Blogger Cik En Dalam Utusan Online

Tahniah! Blogger Cik En dalam akhbar Utusan Online! Wah, ni kali ke-2 aku berkesempatan tertengok, terlihat sahabat blogger dalam paper. Sebelum ni: Blogger Syira Lokman Di Harian Metro. Kagum dengan mereka yang dapat masuk paper. Sebagai rakan maya, aku sentiasa menyokong mereka.

Dari dulu lagi aku mengenali blogger Cik En ni, sebelum beliau berdomain lagi, rasanya sekitar tahun 2012 kot. Ker awal lagi? Lupa pulak aku. Menariknya blogger Cik En ni sebab perkongsian yang ada di blognya lain daripada blogger lain. Berkisarkan bidang veterinar.

blogger veterinar, blogger pencinta haiwan, penjagaan haiwan, pencinta kucing, cara rawat haiwan

Laman blog Cik En: http://www.nurfuzie.com
Umur: 28 tahun
Asal: Kuala Kangsar, Perak
Pekerjaan: Pembantu veterinar

Part ni aku suka sangat! Sebab aku pun pencinta kucing. Meh baca:
Cik En menjelaskan, penulisan tentang bidang veterinar menjadi keutamaan dirinya kerana pada masa sekarang, muncul begitu ramai pencinta kucing dan anjing dalam kalangan generasi muda yang merupakan penternak ruminan.

Disebabkan tidak banyak laman web atau blog berkaitan veterinar ditulis dalam bahasa Melayu, maka Cik En berasa bertanggungjawab untuk membantu pencinta haiwan khususnya kaum Melayu dan bumiputera tentang ilmu veterinar yang tepat.

Jika ada pun blog tentang veterinar selama ini, kebanyakannya menggunakan istilah-istilah veterinar yang sukar difahami oleh mereka yang bukan dari bidang tersebut. Malah, ada juga mengeluh kerana kos rawatan haiwan yang mahal meskipun rawatan yang diberikan adalah asas.

Oleh itu, dengan sedikit ilmu yang saya miliki ini, saya akan cuba sedaya upaya membantu dengan memberi penerangan melalui cara yang mudah. Wah terbaik la! Tapi memang benar, kat blog Cik En memang banyak ilmu pasal penjagaan haiwan nih. Moga Cik En terus sukses berblog. Tahniah Cik En masuk paper!

11 comments

Assalammualaikum.. yumida ,

tahniah yer kepada blogger Cik En..

mselim3

mekasih2.. wa, x sangka ada org appreciate.. mekasih banyak2.. sik sok.. terharunya... :)

mekasih2.. wa, x sangka ada org appreciate.. mekasih banyak2.. sik sok.. terharunya... :)

tahniah ye cik en ;)

Tahniah pada Cik En.. Semoga Cik En sukses selalu.. ;)

Alhamdulillah tahniah cik en...PC pun rajin juga bertanya dengan cik en pasal kucing...hihi..


EmoticonEmoticon