Semalam,
keluar shopping beli barangan dapur. Lokasi kami membeli belah kat kedai yang
tak guna pakai sistem GST (cukai barang dan perkhidmatan). Sebelum ni, kami
pernah ke sana. Sebab kawan cakap kedai tu tak ada caj GST. Peluang dah ada di
depan mata, yey! Jimat duit tau kami beli barang.
Resit kedai Gafu Supermarket Mukah tanpa caj GST
Pasaraya ni baru je dibuka awal tahun ni. Harga
pakaian pun murah! Boleh tahan la kualiti kainnya, even bukan pakaian berjenama
terkenal. Rasanya pakaian diimport dari negara luar. Sebab masih ada tag negara
asal pengeluar pakaian tu. Macam-macam design!
Mengenai
GST ni, setakat nak beli barangan dapur, ia tak la terasa sangat kenaikannya. Sebab
GST hanya di caj pada barangan tertentu. Makanan keperluan utama, beras, gula, bahan
mentah macam ikan, ayam tak ada GST, sayur-sayuran, buah-buahan pun tak ada
GST. Melainkan kita beli barangan yang memang dah tertera dikenakan GST macam
keropok, perencah masakan segera dan sewaktu dengannya.
Sempat rembat Rexona Man pada harga RM4.50 - 1 unit
Amat-amat murah kedai ni
Kalau
beli pakaian, haaa tang tu ada terasa sikit la ongkosnya. Setiap helai yang
kita beli akan dikenakan caj cukai 6 peratus. Makin mahal kita beli, makin
besar nilai kita kena bayar. Beli baju, seluar, baju kurung, kasut, sandals,
beg tangan kena kira dulu berapa jumlah nilai GST kita kena bayar. Kang tak
pasal-pasal wang tak cukup nak bayar. Kalau peniaga tu ada letak harga selepas
caj GST, ok la, tak perlu kita kira untuk darab bagai.
Nak menambah
kejelesan korang kat kami, kihkihkih.. Boleh la kami rembat baju 3-4 pasang
sekaligus. Tak ada cukai GST. Yey! Jimat bebeno. Hanya kedai ini je yang tak
guna sistem GST. Kedai lain dah guna pakai. Tak tahu akan datang, mana tahu
tuan kedai tu berniat nak daftar GST ke. Buat masa terdekat ni, harap-harap la
jangan. Orang tengah syok nak shopping kat kedai kamu ni.
Nak check
peniaga tu daftar GST ke tak, rujuk entry ni: Cara
Semak Status ID Peniaga Kedai Daftar GST. Jangan tertipu dengan peniaga
yang kaut kuntungan, tapi tak daftar GST.
9 comments
bestnya kedai macam nih.. ok laa tuh, tak ada laa mahal sangat barangnya walaupun tanpa GST..
Harap2 la smpei bila2 x charge gst. Hehe
best tu dapat gi kedai x ad GST ;)
X smua kedai yg xde gst....bestnya membeli tanpa gst...
nanti mesti kena paksa dengan kerajaan untuk laksanakan GST.
adarain.com
Akak kat Kajang shopping kat Mydin tak de gst...ehehhee...
ramai peruncit kecil yg dah daftar gst, tapi pehtu batalkan.
Sekarang ni ramai yang tipu pasal GST ..Nak beli barang pastikan ada resit ..
Bagus tu.. sikap peniaga mcm ni yg kita mahukan ye tak.. syabas.. :)
EmoticonEmoticon