Suamiku Encik Sotong Episod Akhir

Sinopsis Episod Akhir Drama Suamiku Encik Sotong
Erica (Amyra Rosli) telahpun selamat melahirkan bayi lelaki. Dek status anaknya sebagai luar nikah, Erica menyembunyikan diri di tempat terpencil. Semua ini tidak akan terjadi dengan adanya suami sebagai pelindung dan penunai tanggungjawab kepada isteri dan anaknya. Boleh baca 13 Amalan suami semasa isteri hamil. Farish (Sharnaaz Ahmad) yang dikenali sebagai lelaki sotong ataupun Encik Sotong, suami kepada Erica menemani bapa mertuanya, Zahid (Roy Azman) menemui Erica.

Pertemuan Erica dan ayahnya dihujani air mata. Erica meminta maaf kepada ayahnya dan suaminya atas apa yang berlaku. Ayah Erica gembira melihat cucunya. Emak Izhan (Amar Baharin) iaitu Mak Ngah Erica menerangkan keadaan sebenar. Bahawa dirinya yang menjadi penghalang antara hubungan Erica dan Izhan. Izhan merupakan ayah kepada bayi yang dikandung oleh Erica. Pernikahan yang halal dan hubungan antara lelaki dan wanita luar kawalan menyebabkan perkara ini berlaku. Seharusnya hubungan intim suami isteri yang sah dinikmati lelaki dan wanita di malam pertama perkahwinan sahaja. Hubungan Erica dan Izhan kembali pulih.

Farish lega melihat hubungan Erica dan Izhan kembali erat. Di sebalik kegembiraan wajah Farish, ada sedikit gusar di riak wajahnya. Dia masih memikirkan Dhia (Hanis Zalikha) gadis tomboy yang pernah dia cintai. Dhia pergi membawa diri selepas mengetahui status Farish suami kepada isteri orang lain.

Erica dan Farish memutuskan untuk bercerai atas kerelaan masing-masing. Perkahwinan yang didasari atas nama wasiat tidak berjaya mencetuskan perkahwinan kekal antara mereka. Cinta yang hanya berlandaskan nafsu dan logik akal sahaja tidak akan kekal. Tanpa ilmu dan islam sebagai asas. Kasihan nasib anak anak yang lahir dalam perkahwinan sedemikian. Namun, ada hikmah di sebalik wasiat nenendanya, hubungan kekeluargaan dan sanak saudara dalam keluarga kembali bersatu!

Malah, Izhan juga tidak menemui rasa bahagia dalam perkahwinannya bersama Qarina (Tunku Hanis). Izhan nekad menceraikan Qarina. Walaupun pahit, walaupun sedih..Qarina redha atas suratanNya.

Demi menjernihkan keadaan, Erica dan Izhan tekad pergi berjumpa Dhia. Erica menjelaskan kisah sebenar apa yang terjadi antara dirinya dan juga Farish. Pada awalnya, Dhia tampak begitu kecewa. Siapa sangka, usaha Erica membuahkan hasil apabila berjaya memujuk hati Dhia.

Secara senyap-senyap, Dhia menuju ke arah Farish. Farish kelu melihat kehadiran Dhia di depan matanya. Resah, gelisah..itulah gambaran yang dapat digambarkan oleh Dhia. Dirinya juga terpana melihat Farish bertentang mata dengannnya.

Majlis akad nikah berjalan dengan sempurna. Kini, Erica sah menjadi isteri kepada Izhan. Suami isteri yang ingin cepat menimang cahaya mata tidak elok makanan makanan ini. Farish yang berbaju sedondon dengan Dhia turut hadir dalam majlis tersebut. Farish turut merencana bakal menamatkan status dudanya bersama insan istimewa di hatinya, Dhia. TAMAT!

Drama Suamiku Encik Sotong telahpun tamat. Horrey! Dah tahu apa penghujung drama ni. Ending bahagia! Suamiku Encik Sotong a.k.a Farish telah menemui cinta sejatinya, malah nak menjadikan si tomboy iaitu si Dhia jadi permaisuri hatinya. Dulu tomboy, penghujung drama ni jadi wanita ayu. Santek sangat! Drama Suamiku Encik Sotong episod akhir bakal digantikan dengan drama terbaru iaitu Isteri Separuh Masa, drama adaptasi daripada novel karya Suri Lyana, lakonan mantap Emma Maembong dan juga Aiman Hakim Ridza. Sama-sama kita tengok minggu depan.

Pelakon Utama Drama Suamiku Encik Sotong
Farish – Sharnaaz Ahmad
Erica – Amyra Rosli
Izhan – Amar Baharin
Dhia – Hanis Zalikha
Qarina – Tunku Hanis
Zahid – Roy Azman
Idrus – Zulkifli Ismail
Khaleeda – Salimah Mahmood

Pengajaran Drama Suamiku Encik Sotong
1. Jalankan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri dengan sempurna. Kerana kedua-duanya adalah tugasan yang diamanahkan oleh Allah.
2. Jauhi zina.
3. Jangan menabur fitnah.
4. Terima seadanya sifat kekurangan pasangan kita.
5. Jaga batas hubungan.
6. Akui kesalahan diri dan minta maaf pada insan yang telah kita sakiti.

Gambar Drama Suamiku Encik Sotong
 Suamiku Encik Sotong episod akhir, sinopsis episod terakhir Suamiku Encik Sotong, gambar, pelakon, pengajaran drama Suamiku Encik Sotong episod akhir, last episode, ending Suamiku Encik Sotong, episod kemuncak

Drama Suamiku Encik Sotong telahpun disiarkan pada 9 Mac 2015
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Maya HD 135

7 comments

Hihi suka tonton drama ni...lucuuuu je sentiasa hehehhe

Salam singgah sini dik yumida...akhirnya semua berakhir dengan bahagia...

Suka jugak tgk citer ni. Nasib smlm sempat tgk yg akhir. Pandai sharnaz mainkan watak sotong

Maaf, tapi macam ada pembetulan dalam statement akak.. Izhan tak berkahwin dengan Qarina.. Mereka hanya baru bertunang.. Majlis bertunang... Dan Pertunangan mereka putus akhirnya-- makngah yg putuskan kerana serba salah terhadap Erica..

Maaf, tapi macam ada pembetulan dalam statement akak.. Izhan tak berkahwin dengan Qarina.. Mereka hanya baru bertunang.. Majlis bertunang... Dan Pertunangan mereka putus akhirnya-- makngah yg putuskan kerana serba salah terhadap Erica..

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon