Sinopsis Bercakap Dengan Jin Drama Seram Astro
Bercakap Dengan Jin mengisahkan Tarmizi yang sering diganggu oleh
mahkluk halus. Ketika itu, dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya.
Dia sukar untuk fokus dalam pekerjaannya. Tarmizi mengambil keputusan untuk
berjumpa kaunselor.
Tarmizi meluahkan segala yang
terpendam mengenai makhluk halus yang menganggunya. Pada awalnya, kaunselor itu
memberikan kata-kata positif untuk menenangkan Tarmizi. Menurutnya, apa yang
kita fikir, itulah yang dilihat menerusi mata kita. Ianya seolah-olah permainan
otak. Tarmizi mengeluh kerana kaunselor seperti tidak mempercayainya.
Melihat reaksi Tarmizi, kaunselor itu
memusingkan badannya. Dia memberitahu Tarmizi sama ada Tarmizi percaya atau
tidak di dalam bilik tersebut didiami jin. Apabila kaunselor memusingkan
kepalanya, Tarmizi begitu terkejut! Mata kaunselor berubah putih! Kaunselor itu
sendiri merupakan jin!
Tarmizi berasa semakin kurang selesa
di pejabatnya. Seolah-olah ada yang memerhatinya. Rakan sekerjanya memberitahu
ada orang meninggalkan kotak hadiah di atas motosikalnya. Tarmizi segera
bergerak ke arah motornya. Dilihatnya, ada sebuah kotak berwarna putih. Tidak
jauh dari situ, ada seorang wanita berpakaian serba putih. Tarmizi menyapanya
dan memberitahu adakah itu hadiah diberikan untuknya. Wanita itu mengangguk dan
terus hilang dari pandangan.
Selepas membuka kotak hadiah tersebut,
ada sebuah buku lama catatan jawi. Semenjak penerimaan buku lama itu, gangguan
makhluk halus semakin kerap! Tarmizi syak gangguan itu berpunca dari buku
tersebut. Tarmizi cuba membakar buku tersebut namun ianya tidak musnah. Tarmizi
cuba mencari wanita yang memberikannya hadiah buku itu. Dia mahu memulangkannya
memandangkan buku itu tidak dapat dihapuskan. Ia tidak mahu buku itu asyik
menganggu dirinya.
Tarmizi berjaya berjumpa wanita itu
yang dikenali Mawar. Mawar membawanya ke suatu tempat. Tarmizi terkejut kerana
ada seorang lagi menyerupai Mawar melarang Tarmizi mengikut wanita itu. Tarmizi
serba salah kerana dia tidak tahu mana satu Mawar yang betul. Namun Tarmizi
tetap mengikuti perempuan itu. Tarmizi berang apabila wanita tersebut tidak
mengambil buku tersebut tetapi asyik meneruskan perjalanan. Ketika wanita itu
berpaling, wajahnya yang cantik berubah hodoh! Tarmizi menjerit ketakutan!
Apa hubungan Tarmizi dengan Mawar?
Mengapa makhluk halus sering menganggu Tarmizi? Benarkah diri Tarmizi sedang
diganggu oleh jin? Mengapa jin ini sering menganggu dirinya? Apa hubungan
Tarmizi dengan Tamar dan Long Piah? Saksikan segalanya dalam drama Bercakap Dengan Jin yang diadaptasi
dari kisah benar.
Gambar Bercakap Dengan Jin
Bercakap Dengan Jin sebuah karya asal Tamar Jalis
Penerbit drama Bercakap Dengan Jin Datuk Yusof Haslam
Ulasan ustaz penghujung drama Bercakap Dengan Jin
Perkataan jin diambil daripada
perkatan huruf ‘jim’ dan ‘nun’. Sesuatu perkara yang tidak nampak, biasanya
menggunakan perkataan ‘jim’ dan ‘nun’. Sebagai contoh bayi yang ada dalam perut
disebut janin. Ada perkataan ‘jim’ dan ‘nun’.
Makna jin itu sendiri kata para ulama,
sebenarnya adalah benda yang kita tidak nampak. Benda-benda yang kita tidak nampak
itu disebut dalam istilah kita iaitu jin. Jin merupakan suatu bangsa. Sama
seperti manusia, manusia itu dikategorikan bangsa.
Bapa kepada manusia disebut Adam. Bapa
kepada jin disebut Jan. Iblis anak kepada jin. Syaitan merupakan suatu sifat
yang boleh ada kepada bangsa jin dan juga bangsa manusia. Sebab itu bila
benda-benda jahat, kita sebut ianya syaitan. Manusia yang jahat dipanggil
syaitan. Jin yang jahat juga dipanggil syaitan.
Saksikan drama Bercakap Dengan Jin
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Mustika HD 134 &
Astro Bella 133
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
6 comments
best....
Best ni.. trill.. Thanks sharing Yumida..
baru tau kaitan jim dgn nun tu..thanx for sharing..boleh laa tengok nanti :)
Dulu bunda pernah tengok buku2 kisah bercakap dengan jin...tapi bunda tak pernah baca pun...kini didramakan pulak...belum tentu juga bunda tengok...takuttt...
Ooo karya Tamar Jalis ya..kita baru baca mengenai this guy dekat satu Blog yumida...Dia banyak simpan rahsia mengenai makhluk halus ni.....kita ni penakut sikit..he..he
suka baca citer nie...
EmoticonEmoticon