Penganjur I Want To Touch A Dog Langgar Persetujuan

Kontroversi Program I Want To Touch A Dog masih hangat dibicarakan. Rupanya, kempen Saya Mahu Sentuh Anjing telah diluluskan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Baca komen di Facebook, ramai yang mempertikaikan mengapa pihak MAIS memberi kebenaran adakan kempen sebegini. Malah, ada pihak yang cuba menyalahkan MAIS kerana tidak memantau ketika program I Want To Touch A Dog ni berlangsung.

Riuh rendah dengan rungutan di sana sini. Dilaporkan, penganjur I Want To Touch A Dog didapati tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya. Pengerusi MAIS berkata, program I Want To Touch A Dog dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam. Objektif kempen Saya Mahu Sentuh Anjing ni untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Program I Want To Touch A Dog, kempen Saya Mahu Sentuh Anjing, kempen pegang anjing, Program I Want To Touch A Dog Langgar Persetujuan MAIS, gambar sentuh anjing
Kesinambungan Kempen Sentuh Anjing:

Namun, apa yang berlaku ketika Program I Want To Touch A Dog diadakan Ahad lepas amatlah mengejutkan! Mana tidaknya, pengunjung beragama Islam bebas memegang, membelai, memeluk dan mencium anjing dengan sengaja. Ianya bertentangan dengan hukum syarak. So, dah tahu apa yang menyebabkan semua ni terjadi, objektif program I Want To Touch A Dog ni terbabas! Lari daripada matlamat asal. Tak patuhi persetujuan yang telah dicapai bersama MAIS.

Kalau dilihat dari nama program tu, pun dah kedengaran kurang enak. I Want To Touch A Dog (Saya Mahu Sentuh Anjing). Pastinya, semua pengunjung ingat boleh sentuh suka-suka kat bulu anjing yang begitu gebu. Sambil bergambar manja bersama anjing, kemudian diupload ke laman sosial.

7 comments

Kalau ye pun nama program tu I Want To Touch A Dog, xkan suka2 juga p sentuh belai peluk anjing tu (utk org islam)...hmm, sedih nyee

objektif persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar - kenapa tak panggil ke orang bukan islam suruh selamatkan anjing tu? kan lagi mudah?

dah pening..
tak tahu nak komen apa dah..

apa yg berlaku jadikan iktibar..
moga2 lepas ni MAIS akan lebih berhati2 dlm memberi kelulusan kpd sebarangan program.
lagi bagus hired part time staff ke, special team ke utk digerakkan ke program2 yg diberi kebenaran.

kepada penganjur pulak kena ingat,
ini negara Islam.
bukan liberal. bukan sekular.
ada peraturan, ada garisan, ada undang-undang.

kalau semua org faham keadaan ni kan senang,
takyah nak lelebih provok sana provok sini.
haish..

ada positif juga perkara macam ni berlaku.
so now semua orang akan cari dalil hukum pegang anjing kan?
^_^"

Semua benda yang berlaku perlu dijadikan iktibar..allhuakbar

objektif tak tercapai.... penganjur sepatutnya pikir dari semua aspek...

umm..xtau pe niat sbnr penganjur..but utk org islm jgn ambil mudah pe yg xboleh jgn di bolehkan..

Kalaupun orang2 kat situ pegang anjing..bawa anak2 pegang & bergambar..saya tak akan sesekali benarkan anak2...sebab dari kecil saya dah diajar..anjing itu tidak boleh disentuh kecuali dlm keadaan yg sangat2 terdesak


EmoticonEmoticon