Setiap orang mempunyai buah kegemaran
masing-masing. Di sebalik buah yang masak ranum, sedap, menyegarkan, penuh
berkhasiat, terkandung akan rahsia personaliti seseorang. Penuh suspens kan? Jom
baca..
Kajian yang dijalankan di US oleh Dr Barnett
mengenai hubungan unik antara buah kegemaran seseorang yang berhubung kait
dengan personaliti mereka. Tahukah anda terdapat 7 kategori buah-buahan yang
mempengaruhi personaliti seseorang.
Rahsia Personaliti Mengikut Buah Kegemaran
1) JENIS LIMAU (Contoh: oren, lemon, limau nipis & bali)
- Anda sukakan sesuatu yang mencabar dan
cenderung kepada warna-warna cerah. Teman-teman anda pula suka merujuk sesuatu
perkara mahupun masalah kepada anda. Ini kerana anda mempunyai kemampuan dan
kebolehan yang unik sehingga teman-teman yakin dengan nasihat dan pandangan
anda. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri anda yang sebenarnya.
Anda gemar berehat dan kadangkala suka bersendirian. Teman-teman anda selalu berasa
senang bila meluangkan masa dengan anda. Anda tergolong antara individu yang
gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin.
Simbol anda menunjukkan anda seorang yang suka mengambil berat.
2) JENIS BUAH-BUAHAN TROPIKA
(Contoh: betik, pisang, jambu, kiwi,
nenas)
- Anda sukakan pengalaman-pengalaman yang
baru.Orang di sekeliling anda selalu menghadapi masalah dengan anda kerana cara
hidup anda yang terlalu aktif. Kebiasaannya pasangan anda terdiri dari individu
yang tenang berbanding anda. Anda gemar meluangkan masa dengan individu yang
sememangnya akrab dengan anda.Teman-teman beranggapan diri anda seorang yang
mudah didekati. Anda juga mempunyai pendirian yang tersendiri. Anda tidak suka
menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol anda itu melambangkan
anda seorang yang lasak.
3) JENIS BUAH LADANG
(Contoh: epal, pear)
- Anda bukan sahaja kuat pada diri sendiri
tetapi anda juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di
sekeliling anda. Ini kerana anda bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan
anda sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak
terkandung dalam keperibadian diri anda. Anda juga lebih cenderung berdiri atas
kaki sendiri. Anda tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup.
Ramai yang beranggapan anda adalah seorang yang berpengetahuan luas. Anda gemar
mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan anda
berdasarkan pengetahuan yang anda miliki itu. Simbol anda adalah kekuatan.
4) JENIS TEMBIKAI (Contoh: tembikai, tembikai susu)
- Seseorang yang murah hati dan gemar
menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi anda, wujudnya kepuasan apabila
anda berjaya membantu orang lain. Anda memiliki ramai teman rapat dan anda juga
memiliki keperibadian yang romantik. Anda berusaha gigih bagi mengatasi
kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Simbol anda melambangkan diri anda
sebagai individu yang berhati-hati.
5) JENIS BUAH-BUAHAN CERI
(Contoh: strawberi, anggur, tomato)
- Anda gemarkan hiburan! Anda suka
menggembirakan orang lain. Anda juga mudah mendapat teman baru kerana anda
adalah seorang yang periang dan peramah. Anda akan berusaha melakukan apa
sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang
amat pelik. Personaliti anda sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian
personaliti dalam diri anda sendiri.Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti
anda itu saling berkait rapat dan sekaligus menonjolkan diri anda memiliki
keistimewaan yang tersendiri. Simbol anda membuktikan anda mempunyai
personaliti yang menarik.
6) JENIS KEKACANG (Contoh: walnut, hazelnut, gajus)
- Anda ini "moody" lah!! Kadangkala
mood anda berubah-ubah tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang
keperibadian diri anda. Sekiranya anda yakin anda berpihak di pihak yg benar,
anda pasti berdegil dengan pendirian anda itu. Orang yang berada di sekeliling
anda juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana ketegasan anda itu.
Dalam percintaan, anda adalah individu yang setia. Anda sanggup mengenepikan
teman-teman hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati. Untuk
mengenali anda, seseorang perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi
memahami dan mengenali anda lebih dekat. Simbol anda menunjukkan anda adalah
seorang yang berpendirian.
7) BUAH-BUAHAN JENIS LABU
(Contoh: kundur)
- Anda berpandangan jauh. Anda adalah
individu yang sering berperasaan curiga. Boleh dikatakan setiap persoalan yang
anda mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling
anda. Teman-teman anda akan bergantung pada anda dan sikap ambil berat anda itu
pasti dihargai. Simbol anda melambangkan diri anda sebagai seorang yang
bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.
Sumber: Warna 94.2fm Official Fanpage
Terungkai sudah rahsia personaliti
berdasarkan 7 kategori buah-buahan kesukaan. So, di antara ketujuh-tujuah buah
di atas, yang manakah buah-buahan kegemaran anda?
Yumida sukakan buah limau! Di samping rasanya yang ala-ala masam manis, rupanya
ada sedikit kebenaran di situ. Suka kaler cerah, i lettew. Hihi… Suka berehat, suka
bila berada bersama kawan-kawan. Part yang ni ada dicetuskan oleh kengkawan
Yumida, sukar diramal, sukar untuk mengenal sifat peribadi Yumida.
Korang pulak macam mana? Buah mana yang korang
suka? Ada kaitan tak dengan personaliti korang?
Pssssst!
Nak korek rahsia lagi? Jom baca:
28 comments
kalau order jus kat kedai mesti nak jus nenas..huhu..buah2 tropika la kot..:)
Kmk suka jenis limau ;D
salam. eehee baru tau rupanya ada personaliti disebalik buah kegemaran :)
btw menabung ford dan michelin :)
banyak betul ni favourite akak ni Yumida... pssst...pertanyaan Yumida akak dah jawab di dalam entri pertama hari ni...
gadis tropika~~!!
assalamualaikum yumida...mama pun suka yg jenis limau tu...:)
limau..(*_^)
gadis ladang :)
Saya suka semua, macm mana tu. hehehe
Tropika man....kikiki
saya suka kesemuanya. ape persenoliti sya ya?? atau saya x de persenaliti?? hehehe.....
lya suka semua buah boleh :)
dfiqa paling suka epal dan tembikai hehehe :D seronok dapat makan
buah-buahan tropika semestinya..
makan buah pon boleh tau personaliti ye....kite suka makan tembikai....
tembikai sentiasa nombor satu di hati...hak hak
ehem...buah no 1 kot?hehehe..
pisang is my fav fruit
No 3, 4
Agaknya Dress tu ok tak? Komen jap
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/giveaway-by-sha-malek.html
saya suka jenis tembikai dan buah2an ceri..wow, mmg kena la ngn personaliti..hehehe..
nak share info nih boleh tak Yumida???
boleh je share. yumida pun ambik dari sumber lain. jgn lupa bg kredit pd pemiliknya Sumber: Warna 94.2fm Official Fanpage. hihi
Kalau buah memang tak tolak...paling suka buah tembikai!
Ya, ada sedikit kebetulan persamaan dgn personaliti yg diberikan... :)
#3. Wow. Mcm kenak jak.. Hihii. Syukur, kurniaan Tuhan juga tu ^^
ehh macam banyak jenis buah je yang N suka..
TQ Yumida..sumber mmg selalu letak..dah bukan artikel sendiri..
Buah2an tropika....hihi
terbaek dari ladang.. itu laahh feverate buaha2an Zara .. muaahahaha.. =D
mek suka honeydew & kekacang. ada betol nya juak rupa ya.haha.
EmoticonEmoticon