Berhijab dengan sempurna dan ketahui tujuan berhijab
Hari
Hijab Sedunia disambut setiap 1 Februari. World Hijab Day atau Hari Hijab Sedunia yang diinspirasikan
oleh Nazma
Khan mengajak seluruh wanita dunia untuk mengenakan
hijab meskipun cuma untuk satu hari, supaya semua orang boleh menikmati
keselesaan dan ketenangan dalam bertudung.
Melihat pada hukum menutup aurat bagi wanita beragama Islam, adalah wajib hukumnya! Sebagai mana terkandung dalam firman Allah Taala.
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.”
(surah Al-Ahzab: ayat 59)
Hijab, selain tujuannya menutup aurat, ada hikmah tersembunyi yang mana kurang disedari oleh masyarakat. Nak tahu? Jom kita kupas kepentingan hijab buat wanita.
Sesiapa yang menggunakan hijab, pasti menyedari dirinya sedang berpakaian muslimah. Pakaian indah menepati syariat Islam. Dengan ini, si pemakai hijab akan berusaha mengelakkan diri dari terjebak dengan perkara maksiat atau kejahatan. Tidak memeras ugut, tidak mencuri, terhindar dari gejala bohsia, terhindar dari vendalisma, gangster dan sebagainya.
Berhijab, menutup keseluruhan bahagian badan dan kepala. Pakaian longgar, baju berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan, seluar longgar, berstoking, mengenakan tudung sehingga menutupi bahagian dada. Berpakaian sebegini tidak menimbulkan perasaan berahi di kalangan lelaki. Sebelum ini, sering kita terdengar berita kes rogol yang mana mangsanya sering berpakaian seksi. See, banyak hikmahnya bila kita berhijab.
Seseorang yang berhijab, sentiasa menjaga kehormatan sebagai seorang wanita. Ini kerana kerana nilai dan harga diri seseorang wanita itu adalah pada kehormatan dan maruahnya. Jadilah muslimah super, khalifah Allah di muka bumi yang sentiasa taat pada suruhanNya dan tidak mempamerkan auratnya pada pandangan umum.
Berhijab mempamerkan akidah sebagai seorang wanita beragama Islam. Orang yang memandang seseorang yang mengenakan hijab di kepalanya, membuatkan mereka berfikir akan cahaya Islam, kebenaran Islam, patuh pada agama Islam, akan tuhan yang satu..Allah Yang Maha Esa. Di samping itu, ia memperlihatkan akan keindahan Islam melalui tingkah laku yang baik dengan menampilkan diri sebagai seorang muslimah sejati.
Hijab memberi ketenangan buat si pemakainya. Muslimah yang mengenakan hijab, akan merasa tenang, rasa rendah diri, menzahirkan peribadi yang mulia. Berlainan dengan mereka yang suka mendedah aurat, risau akan perkembangan fesyen, takut-takut fesyen yang digunakan ketinggalan zaman. Juga berhabis duit dengan mendandan rambut, membeli pakaian baru. Muslimah berhijab hanya sentiasa menjaga penampilan diri, agar pakaiannya menepati syariat Islam. Tenang kerana mereka tahu, Allah sentiasa bersama mereka. Terpancar nur di sebalik wajah mereka, menghiasi penampilan diri dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. SubhanAllah..
15 comments
zara bru mklum kelmarin adalah hari hijab sedunia ..
kalo xpakai tudung, memang byk berhabis duit utk rambut. tul tak. xkan diaorg nk kuar dgn rambut kusut masai selekeh bagai kan. soo. mohle kita berubah kearah yg lebih baik. IAllah :)
itulah indahnya Islam.. :)
Islam menjaga kehormatan wanita . :)
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/02/syria-mujahidin-menguasai-jabatan-di.html
Doakan mujahideen syria..
<3
Betul. Sangat penting!!!! :D
kalau tak penting takde lah wajib hehe :D
terbaik
alhdulillah sekrang ni ramai yg dh berhijab. skrg ni. head to wide hijab ! :)
insyaAllah kita sama2 akan perbaiki pemakaian hijab kita
wanita berhijab mmg nampak cantik dan manis jer.. kalau tengok kat kulit2 majalah pun lebih banyak gambar wanita berhijab sekarang nie jadi.. sedap sikit mata memandang...
ramai yg belum terbuka hati.
perkongsian yg baik :)
alhamdulillah. hijab perlu ikhlas kerana ALLAH..:)
alhamdulillah...bertudung tak semestinya sudah menutup aurat :D
Tu la smlm ada terbaca jg ttg hijab day ni...
perkongsiaan yang baik.. islam itu indah jika kita memahaminya.. begitu juga pemakaian hijab
Semalam baru tahu. Terbaca tantang hari hijab :)
EmoticonEmoticon