Hari Mengundi 5 Mei 2013 | Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13


Hari mengundi jatuh pada esok
Selamat mengundi ye u olls


Psssst! Hari mengundi tu ape? Hari untuk vote selebriti ke?
Untuk rancangan ape? Kilauan Emas erk..ker Akedemi Fantasi..oops...AF dah xde lagi..jadi, apanye? Brape RM charge 1 sms? Nanti nak sent talian mana?

Owh..adik-adikku sayang...meh kita selami makna hari mengundi.


Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.

Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

1.    tarikh mengundi;
2.    lokasi tempat mengundi;
3.    waktu mengundi di semua tempat mengundi;
4.    lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Ooo...baru gegirl tahu...klo adik gegirl yg masih meniarap tu pg pengundi boleh tak?
No no no! Adik kene patuhi syarat2 utk menjadi pengundi.
Apanye?


Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-

1.    warganegara Malaysia;
2.    berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
3.    seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
4.    tidak hilang kelayakan.

Ooo..means gegirl tak boleh lagi la pg mengundi ni. Umur gegirl baru 6 tahun. Sweet forever kann. Selamat mengundi ye pakcik, makcik, abang, akak, abah, mama, nenek, atuk, moyang, khas buat seluruh warga Malaysia yg layak mengundi.

PILIHLAH PEMIMPIN YG BERKALIBER
KEPUTUSAN BERADA DI TANGAN ANDA
SELAMAT MENGUNDI

SUMBER: WIKIPEDIA

9 comments

salam.. selamat mengundi yer cik yumida..yeay!!^^

jom kita mengundi!!! pilih pemimpin yg tepat utk masa depan anak cucu kita.

Assalamualaikum..Blog anda telah di reveiw. Sila klik -->>http://www.monologseoranghamba.com/2013/05/review-blog-pemenang-segmen-simple.html untuk membaca entry tersebut.

Tahniah Zana ingin ucapkan.Semoga kalian suksess dalam berblogging.In sha Allah akan ada GA yg akan di lancarkan di blog ini.So rajin2 lah berkunjung ke blog ek..:)

selamat mengundi sis.....yehaa!!!

dah selesai akhirnya... ;)


EmoticonEmoticon