Bila Berjanji...Tepatilah Janji!

alhamdulillah...Jumaat tiba lagi
sekadar perkongsian utk kita bersama
mengenai JANJI
bila kita berjanji kpd seseorang..
bila seseorang berjanji dgn kita..

Agama Islam tidak melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji-janji itu ditepati dan ditunaikan khasnya dalam perkara-perkara yang baik dan berkebajikan.


Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 1:-



Tafsirnya : 
Wahai orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.



Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3:



Tafsirnya : 
Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.



Menepati janji adalah sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Dan orang-orang mu’min yang menepati janji akan diberi ganjaran yang sebenar-benarnya oleh Allah Subhanahu Wataala iaitu ganjaran syurga firdaus. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 8 - 11:-



Tafsirnya : 
Janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata Insya-Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : mudah-mudahan Tuhanku memimpin ku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.



Soalan apakah perkataan “Insya-Allah” yang diucapkan itu sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikuti hukum syara'? Inilah yang menjadi kebiasaan di kalangan kita apabila berjanji akan mengatakan “Insya-Allah” dengan maksud tidak memberatkan apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain “Insya-Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji.



Perlu diingat dan difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, ini bererti ucapan “Insya-Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji. Bahkan perkataan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala. Walau bagaimanapun menyentuh perkataan “Insya-Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua.



 Betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soalan janji

 oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji atau menerima janji.

Sumber: SINI

13 comments

assalamualaikum yumida. thanks sharing usrah harini.. subhanallah.. Islam itu indah sekali :)

Assalammualaikum..datang membalas kunjungan..janji pasti ditepati..blog yang menarik..pengisian yang bernas

Betul kak..perkataan terbaik adalah insyaAllah.

Syumulnya Islam yg kita nikmati ini kak serba sempurna. Terima kasih atas perkongsian ini (^_^)

kalau seorg y pelupa.. pastikan buat reminder.. hehehhe xD

alhamdulillah..peringatan yg baik yumida...

Dah nama pun JANJI kan,. kenalah tepati...

janji itu satu amanah yang sangat berat.. hati hati apabila berjanji.

memg takut nak janji tapi akan usahakan supaya janji tidak dicapati..huhu

berjanji senang., nak tepati tuu susah sikit., :) tapi kalau namanya janji., tetap janji., :)

betul tu. semoga tak tergolong dalam kalangan munafik.

Tak boleh main main dengan janji kalau tak reti nak tunaikan :)

Susah hati mun berjanji dgn urang takut sik dapat nak tunaikan


EmoticonEmoticon