KLIK BANNER UTK JOIN
Alhamdulillah
diberi kesempatan masa dan ruang utk menjoinkan diri bg segmen yg dianjurkan
oleh blogger TanganPunyaKerja. 1st sekali aku tertarik ngan hasil
keje dia dlm melukis. Nice..cantik...kemas..kreatif! Aku pun nak try jugak lah
bab2 melukis ni. Even x secantik org lain..hehe..janji hado! Wokeh bwh ni
merupakan senarai barang2 yg ada dlm handbag ku. Meh terjah!
(1) PURSE
Benda paling
penting nih! Mesti ade dlm handbag. Segala pengenalan diri..macam IC, kad2
bank, lesen keta dan duit terkandung dlm peti rahsia ni. Tanpa purse. Tak boleh
nak order makan. Tak boleh nak beli minyak. Tak boleh nak kenyit mata ngan
abang polis. Pasal nanti dia pikir aku ni pendatang. So, wajib ye! Brand Bonia
je. Tak ori..ahaha..
(2) CAMERA
Ni pun kene
ada..barulah perasan diri tu mamarazi. Pic2 ni aku ske share dlm blog. Buat
tatapan pengunjung. Aku pakai camera brand Sony. Pink opkos! My peberet kaler.
(3) MAKE
UP
Lipstick
(Silky Girl) & eye shadow (Silky Girl). Alaaa..make up nipis je.
Jimat..lambat la nak habis. Nanti, klo jadi artis baru nak make up tebal2.
Hikhikhik..
(4) NOTEPAD
Untuk
mencatit bende2 penting. Or nak bagi mesej kat orang lain, boleh tulis kat
notepad ni, then koyak terus bagi kat orang tu.
(5) BAHAN
BACAAN
Haa..blh
tengok kat pic tu. Aku peminat karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj. Tajuk buku ni Jom Menjadi-Jadi. Buku ni berbentuk
motivasi. Memang syok ar baca. Buku ni tak tebal, mudah nak bawa ke mana-mana.
Sumbat dlm handbag pun ok.
(6) PEN
& PENDRIVE
Pen kene
sentiasa ade dlm handbag. Pendrive pun sama, nak transfer data ke org lain ker,
nak dengar lagu dlm pendrive ni dlm keta ker. Haa..penting jugak!
(7) TISSUE
Haa...yg ni
pun harus ade dlm handbag. Utk lap peluh, lap hingus, lap kotoran pada tangan.
Pemakaian pun senang. Lepas pakai buang. Takyah cuci2. Klo yg rajin cuci, jemur
and pakai balik tu..huhuhu..tak tahulah nak kata ape. Tisu aku ade cop
Jusco..haa kelaaaas gitu!
(8) HANDPHONE
Penting nih!
Aku ade 2 hp. Nokia Asha 303 utk pakai simkad celcom..utk calling2 nyer. Satu
lagi iaitu Nokia C6-00 utk simkad broadband celcom khas utk mengakses internet.
(9) MINYAK
KAPAK
Memandangkan aku ni baby comel makanya minyak kapak harus ade dlm handbag
aku. Utk gosok kat perut, dahi, belakang badan. Penting bila aku sakit perut,
pening kepala dan rasa mengantuk.
(10) LOTION
TANGAN
Sebagai gegirl, lotion pun aku taruk lam handbag. Dipakai bila kulit
terasa kering. Lagipun wangi. Lembut jer tangan bila dah pakai. Aku ske pakai
lotion brand Vaseline. So, bila dah pakai, takde rasa melekit. Tak macam losyen
lain.
(11) PERFUME
Minyak wangi pun kene bawak. Takde la bau hapak. Kikiki.. Aku bawak yg
jenis ni, main gosok nyer. Brand Avon, Women of Earth. Wangiii..
(12) PENCUNGKIL
GIGI
Jangan tak tahu...pencungkil gigi pun aku taruk lam handbag. Tapi aku
simpan dlm bekas plastic la. So, xde la tercemar. Penting nih! Utk keselesaan
diri. Ye la klo gigi tu terselit cebisan daging/ayam/ikan/cili..bende ni la
amat2 diperlukan. Takde lah mulut menyenget2 nak nak tolak bende tu pakai
lidah. Masa dlm keta la aku beroperasi mencungkil segala yg melekat kat celah2
gigi. Klo nak buat kat kedai, segan la..lgpun hormat kat org lain yg tgh mkn.
Sesetengah org kan geli nengok bende sebegini.
(13) PENGETIP
KUKU
Memandangkan kuku aku ni cepat panjang. Bende ni aku mesti letak dlm
handbag. Dlm seminggu aku potong kuku 2 kali. Coz aku ni jenis x selesa klo
kuku panjang. Muka cepat tercalar. Nak mkn pun rs x selesa nengok kuku pjg.
(14) PLASTER
Ni pun kene ade dlm handbag. In case klo aku terluka. Plaster la jd
penyelamat.
(15) PISAU
LIPAT
Haaa...korang2 semua..see pisau lipat pun aku bawak dlm handbag. Macam2
alat dlm pisau lipat ni. Amat berguna. Ade pisau, gunting, playar, pembuka
penutup botol, pengasah kuku and so on. Sebagai wanita, pisau lipat ni penting
sebagai alat mempertahankan diri. Ye la..bahaya kan ade di mana2. So, penting
jugak membawak pisau lipat ni ke mana saja kita pergi. Pisau lipat aku bercop
CIMB. Pisau ni my hb yg bagi..souvenier dri CIMB. Yg dulu2 punye.
(16) LISTERINE
Ni pun kene ade dlm handbag. Aku ni jenis menitikberatkan penjagaan mulut
dan gigi. So, Listerine sentiasa dibawa dlm handbag. Lepas makan..breakfast,
lunch, dinner..haaa pastu kumur pakai Listerine. Segarrrrr.
(17) MAKE
UP REMOVER
Penting utk meninggalkan make-up. Especially bila nak bersolat. Segala
make-up2 yg degil dan liat tu dpt la ditanggalkan sepenuhnya.
(18) ECLIPSE
MINT
Gula2 yg ni aku ske simpan dlm handbag. Senang nak simpan coz ia dlm
bekas. Eclipse mint...hmmm...nyum nyum...
(19) UBAT/
PIL
Dlm handbagku mesti ade 2 pil ni iaitu panadol [paracetamol] dan pil
angin [magnesium trisilicate]. Coz aku ni jenis yg mudah sakit kepala
especially bila cuaca teramat panas. Panadol amat2 diperlukan. Bila datang
gastrik, pedih hulu ati, sakit perut...pil yg 1 lg tu amat diperlukn.
(20) READ
PEN (AL-QURAN DIGITAL)
Read pen & kadnya sekali aku sentiasa bawak dlm handbag. Bila2 aku
free or berada dlm keta, bende ni akan aku pasang. Lgpun mudah je nak bawak
bende ni. Bila nak dengar juz sentuh kad tu guna read pen. Alunan bacaan surah
dan doa pun berkumandang.
(21) SONY
POWER BANK
Power bank ni sebagai penyelamat bila bateri handphone kehabisan. So,
power bank ni akan sentiasa dibawak di dlm handbag. Aku pakai brand Sony nyer.
(22) PIN
Aku simpan pin yg simple camni dlm handbag. Ade dlm 5 butir pin. Penting
pin sebegini..coz sebagai penyelamat bila pakaian terkoyak ker..sebagai ganti
pin tudung yg terjatuh/ hilang...sebagai penyambung tali bra yg terputus.
Iye...alangkah x selesanya bila tali bra kita tetibe putus. Nak pakai
camne..asyik terlondeh je. Haa..sebab tu penting bawak pin sebegini.
Penyelamat!
(23) SARUNG
TANGAN & STOKING UTK SOLAT
Aku selitkan jugak sarung tangan dan stoking dlm handbag seperti yg boleh
dilihat pd pic tu..khas utk solat. Senang kan..klo nak solat mana2 surau. Boleh
pakai yg ni.
(24) TUALA
WANITA/ PAD/ MODES
Bende mesti ade dlm handbag! Iye...sebagai langkah kecemasan. Coz kita x
tahu bila period/ haid kita akan datang. So penting kene letak dlm handbag. Tak
pun kita akan hulurkan pd org lain yg memerlukan. Aku pakai brand Libresse
jenis wings. Ahahaha..pecah rahsia!
Tetttttt...tu je. Agak banyak jugak la barang2 dlm handbagku ni. Tapi
semuanya cilik2. Boleh jer sumbat dlm handbag. Yg penting ia berguna pd kita.
Berbaloi bila nak bawak ke mana saja kita pergi. Oh ya..semua yg kat atas tu
aku lukis sendiri. Even tak seperti yg real nyer. Hikhik.. Cuma yg nombor (5) Bahan Bacaan – Buku Jom
Menjadi-Jadi, (8) Handphone dan (15) Pisau Lipat...yg tu aku x lukis. Juz
ambik gambar then crop. Wokeh...selesai! Assalamualaikum..
2 comments
Akk dah join...
All da best to you tau..
banyaknya!!!! haha
thanks join :D
EmoticonEmoticon