Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun


KLIK BANNER UTK JOIN



BISIKAN KASIH SAYANG UNTUK ADIK AKIFF

Adik Akiff..
Meh ke sini
Ku bisikkan padamu..

Tahukah
adik Akiff..
Perjalanan adalah pelajaran
Adik Akiff akan mendapat ia dalam kehidupan
Jika adik Akiff salah,
Adik Akiff akan belajar erti kesungguhan
Jika adik Akiff jatuh,
Adik Akiff akan belajar makna kewaspadaan
Jika adik Akiff kalah,
Adik Akiff akan belajar hakikat batas diri

Adik Akiff..
Teruslah berusaha
Jangan berhenti berdoa
Jangan adik Akiff berputus asa
Kuatkan keyakinanmu
Tabahkan hatimu..kentalkan semangatmu!
Setiap usaha pasti adanya kegagalan
Di sebalik kegagalan terciptanya kejayaan!
Itulah sebuah kehidupan
Yang bakal adik Akiff lalui
Sebelum nafas terhenti
Selama itu adik Akiff harungi..sebuah perjalanan
Terkandung pelajaran.




 Ya Allah..sempena ulang tahun kelahiran adik Akiff yang bakal menjelang 23 Mac nanti.. Ku mohon padaMu..panjangkanlah umurnya, berikannya sebuah kehidupan yang bahagia..kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak dan juga berkat.

Ya Allah..Kau jadikanlah adik Akiff ini seorang anak yang baik, yang sentiasa mendengar kata-kata kedua orang tuanya, yg sentiasa menjaga dan menyayangi orang tuanya apabila dewasa kelak. Jadikanlah adik Akiff ini seorang insan yang cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupannya.

Ya Allah..bukakanlah kepada adik Akiff ini pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan. Kurniakanlah adik Akiff..kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dariMu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah..Kau berikanlah kepada adik Akiff kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, tunaikanlah hajat adik Akiff baik dalam agama, dunia dan juga akhirat. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

SELAMAT HARI LAHIR ADIK AKIFF...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....
BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT


 -TAMAT-
Pssssssst..meh sama2 kita wish bday kat adik Akiff ni
Manalah tahu akan jadi org yg bertuah dpt t-shirt awesome tu nanti
Jom...jom...jom!!! Before 23 MARCH 2013

4 comments

dari GA yg sama
http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/give-away-ga-birthday-akiff-ke-2-tahun.html

wow... entry terbaek... sangat hargai... TQ joint GA abah k... Gud luck!

http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/give-away-ga-birthday-akiff-ke-2-tahun.html
dari GA yg sama

salam singgah dari GA yang sama..good luck =)


EmoticonEmoticon