Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Orang kampoooong! Kontes kaco mato sodang diadokan! Pakcik..mokcik..meh ramai2 kito join kontes ni..mano la tau..rojoki..boleh menang kaco mato! Horrey!!! Excited ko jang? Moh ler KLIK SINI



Ni ialah kaca mata yg aku pakai sekarang. Bukan utk suka2 tapi ianya kewajipan. Tanpa kaca mata ni..aku hidup dlm meraba2. Segalanya kabur. Sebab...aku pemegang title rabun jauh.

Kaca mata ni aku beli di Jee Kwong Optical, bangunan shopping complex Wisma Sanyan di Sibu, Sarawak. Dibeli pd Disember 2011. Seperti yg korang blh tengok, jenama kaca mata aku ialah Lee’s. [52□17-138 COL.20] Kaca mata ni berharga RM330.00. Ni la kaca mata paling termahal dlm hidup aku! Terketar-ketar tangan aku nak bayar masa tu. Serious!

Sebab brand Lee’s menjadi pilihan aku. Time aku beli ni tauke kedai tu yg serve aku. Memang bg layanan terbaik punye la! Serba tahu! Dah macam pakcik Google yg glemer tu. Taip soalan..enter jawapan. Haaaa...gitu la dia. Dia cakap spek aku ni jenis anti karat. Bahagian hinges bingkai tu jenis kukuh..means bukan jenis yg mudah patah. Amat2 sesuai utk aku yg jenis ganas and lasak! Lagi katanye..eye wires yg ade pd kanta tu menyokong ketahanan kanta dari mudah pecah. Tetibe aku tringat aku pernah beli bingkai jenis frameless nyer.. memang mudah pecah kat cermin kanta. Aku dengar pun melopong.. ooooo... Baru tahu. Before ni aku beli main bedal je..asal cantik di muka aku..and paling penting murah!

Then, dia suggest aku beli kanta cermin mata jenis multicoat dan photogray. Dgn bumi kita yg terdedah dgn sinar uv katanye..multicoat and photogray ni bagus utk perlindungan kat mata aku. Seram weh bila dia cakap camtu..ye la...mata tu kan deria penglihatan kita. Kita kena bg protection utk mendapat mata yg sihat. Kan kannnn. Kanta ni juga jenis anti pantulan. Means..segala bende2 yg silau especially bila aku drive di waktu malam..no hal punye la. Dilengkapi dgn anti scratch! Haaa..aku la tu yg pakai ganas2..habis cermin tu scratch. Memang aku puji ar service yg tauke tu bagi..pandai dia mengayat aku. Cair hati ini..seperti aiskrim goreng. Bagus jugak berurusan dgn pekedai macam pakcik Google nih...misinya bukan sahaja menjual kaca mata..malah mendedahkan ilmu mengenai optic dgn pelanggan..macam aku la.

Aku pakai kaca mata since 2004. Koleksi kaca mata yg pernah aku miliki sebanyak 5 bingkai..termasuk la tahun ni. Meh skodeng kaca mata yg pernah bertenggek atas hidung aku:


Tahun 2004
Jenis bingkai: Frameless
Harga: RM150.00 (harga student)
Sejarah: Cermin kanta retak berdekatan kawasan skru bingkai..gara2 kawan aku melandaikan kepalanya..


Tahun 2006
Harga: RM170.00
Sejarah: Tahap scratch cermin kanta dlm keadaan kritikal..sehingga menyukarkan pandangan..even di lap beribu kali pd cermin


Tahun 2007
Harga: RM240.00
Sejarah: Pembaharuan kanta mata kerana degree mata yg semakin bertambah


Tahun 2009
Harga: RM180.00
Sejarah: Penukaran kanta mata kerana kanta lama membuatkan aku pening


Tahun 2011
Alhamdulillah..aku guna sampai sekarang J

Kenangan manis bila berkaca mata..ku rasakan diriku begitu anggun menawan. Iyeeee!
Pakai kaca mata ni menyuntik keyakinan dalam diri aku. Pasal apa? Everytime aku berkaca mata..org akan cakap, “Muka ko ni kan nampak macam budak baik..pasal tu customer mudah cair dgn engko” See..begitulah impaknya pemakaian kaca mata.

Desas desus org cakap, org pakai kaca mata ni org kuat study. Hehe..ye betul. Aku memang kuat study..study atas katil..pastu bila exam aku x ingat..yg aku ingat segala mimpi2 ku yg sambung menyambung. Nampak x kesahihan fakta tu di situ.

Kaca mata ni kan klo dia hidup..sure dia sronok. Pasal..aku bawa dia ke sana ke mari. Sambil dia bertenggek tuuu..sambil dia sedut angin. Cewah.. Jangan buang angin sudah! Macam tahun lepas, aku sefamili pergi ke Brunei. Sronok! Tengok kecantikan negara orang..tengok bangunan..tengok masjid.. Segalanya menerusi penglihatan mata..disokong oleh kejelasan kaca mata. See..kaca mata amat bermakna buat diriku!

Bagiku, memiliki kaca mata brand Lee’s amatlah berbaloi-baloi! Selain kelebihan bingkai yg tahan karat, aku dapati ianya sangat kebal! Pasal apa? Pasal kaca mata ni sering jatuh ke lantai! Tak scratch pun..cerminnya pun tidak pernak retak/ pecah. Bersyukur sesangat..klo tak...naya aku. Meraba2 dgn visi yg tak jelas.

Bukan itu saja, aku pernah terduduk kat kaca mata aku ni. Bingkainya bengkok! Nervous aku weh... Dgn sepenuh jiwa aku konsentret macam mana nak luruskan bingkai tu balik tanpa mematahkan kawasan yg berdekatan skru bingkai! Ambik 3 hari, baru aku dpt meluruskan bingkai sepenuhnya. See..betapa aku sayangkan kaca mata aku ni.

Pernah suatu hari, aku terlupa dekat mana aku letakkan kaca mata aku. Puas mencari seluruh umah. Last2..aku menangis. Frust! Bayangkan klo kehidupan seharian kita kelihatan seperti tak normal. Cuaca Malaysia yg beriklim khatulistiwa ni didatangi salji! Ye la..dah namanya rabun jauh..sume benda kelihatan kabur..seakan-akan berwarna putih. Bila dah nangis tu kan..baru ingatan aku pulih balik. Rupa-rupanya..kaca mata aku tu nyorok kat tv! Huh..penat aku buat drama sinetron.

Nenek aku pun pakai kaca mata jugak tau. Tapi dia rabun dekat. Nak dijadikan citer..dia berkenan sangat kat kaca mata aku tu. Then, dia try la..konon2 nak test power kanta aku. Tetibe....dgn sound marah dia cakap, “Tak bagus spek ko ni..kabur! Tengok spek nenek punye..terang! Macam tu la orang beli spek”. Woooo..ayat menusuk jiwa. Memang arrr..nenek kan rabun dekat. Hadoiiii...


Dgn teknologi kaca mata ni..aku tak boleh nak kata tidak. Dulu2 aku ske kumpul pakaian..then weekend baru cuci. Klo aku terlewat bangun. Matahari dah menegak. Argh..ku batalkan saja niat utk mencuci. To be continue utk minggu hadapannya. See..aku rajinkan..kehkehkeh.. But now..katakan tidak pada alasan!

Tersebutlah al-kisah sepasang kapel paling romentik di dunia. “Cayang..baju tu i dah mesinkan..nanti jemur” “Orait..jap erk” Tunggu punya tunggu...ting tong pukul 12 tengah hari! “Cayang..dah tengah hari ni...g la sidai baju tu” “Ooops terlupa...sori...” Mata menjeling ke luar..wooo..semangat betul cahaya matahari ni. “I sidai malam je la..kat luar tu panas..tengah hari gini..tak baik kene cahaya matahari..sinar uv tinggi” “Pakai la payung” “Still kene jugak..mata ni silau..bahaya klo sinar uv kene mata” “Eh..bukan spek cayang tu ade benteng ker..sinar uv ker..sinar otromen ker..tak kan tembus punye la” “Tapi...” “Dah..jangan banyak alasan..sidai sekarang jugak” Haaa..see...dah tak boleh nak beralasan dah.


Ni la alat utk aku cuci kanta cermin mata. Lens spray. Segala aktiviti memasak..minyak2 yg terpercik tu..peluh..kesan cap jari..semuanya boleh dihilangkan dgn lens spray ni. Kain bukan sebarang kain! Kain khas utk mengelap cermin. Taraaa..kain kaler oren tu. Lembut rasanya.

Wokeh..tu je kot. Segala penceritaan aku berdasarkan pengalaman aku bergelar gegirl kaca mata. Comel tak orang pakai kaca mata ni? Comel..kan kann kannnn. Lagi comel klo dapat salah satu hadiah kaca mata dari Papa Mifz & Mama Mifz.

 
Pleaseeeeeee..

Assalamualaikum..

TAMAT: 15 MAC 2013 (meh ramai2 kita join!)

7 comments

terima kasih sebab sudi join contest PM...semoga berjaya yer...:)

banyaknya koleksi cermin mata.. ^_^

Gud luck... :)hebat bnyk betul koleksi kaca mata ni yer hehe...

tahniah YUMIDA...sebagai pemenang no.2....contest nie..


EmoticonEmoticon