Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Di Dalam Rumah

Info ni aku cedok dr FB
Sumber dari SINI


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH:

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.




.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

24 comments

okey, baca entry ni tgh2 mlm buat kepala lutut menggeletar. hahha xD

Ummi pernah duduk hotel,ada bunyi seperti orang mengalih perabot, hampir sepanjang malam..memang tertanya-tanya, tak tau pula ada tanda macam ni.

maca time malam2 mcm tok lalu ngerembang bulu tangan mek..

ok ok...terbaca entry ni tetiba rasa seram pulak...>_<

oyeh.. menakutkan.. errr letak kat penjuru rumah er... kalau nak cover tuk kawasal halaman rumah blh tak letak kat tepi pagar :)

huuuu .. meremang kejap .

sangat2 menarik dan berguna. fuh...terasa seram sekejap baca tadi. apasal buat malam ni. patutnya buat malam esok baru seram lebih sis

aadesss dah lah lepas nangga kuch2 ho tahey sorang2 kat dibah tek . blogwalking jak alu nangga hal jin. tidur lok eh :D

salu jugak dengar malam2 kat ruma sewa .. hukhuk

kat rumah sewa pernah diganggu jin sampai pintu bergegar, dinding diketuk2 pukul 3 pagi...ketukan yg sgt kuat kat pintu, sampai sekarang trauma :( sgt menakotkan sbb xtidur lg masa tu..1 rumah sampai 8 pagi xtidur T___T jin ikot balik rumah sewa masa lalu A Famosa Resort pukul 10 mlm..hee @_@

tenkiu for sharing..xpernah tau pon psl ni.. moga kt smua dilindungi allah swt

tenkiu for sharing..xpernah tau pon psl ni.. moga kt smua dilindungi allah swt

alhamdulillah rumah yg js duduk takde benda2 camtu...semoga senantiasa dilindungi olehNya..ameen.

perkongsian yang bagus...akan guna sebagai panduan

ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html

mun benda tok ada dalam atau sekitar rumah nang seram... mintak di jauhkan jak...

bila ckp tang nie...umah sewa lama mmg ada pontianak. tmpt dia suka lepak kt pokok limau dekat tingkap bahagian dapur. setiap kali nak memsak sure naik bulu roma...mintak husband temankan memasak

seram lak bc.....anyway terima kasih sharing :)

singgah blog sy & sy nak share something

nk ajak awk join giveaway mudah:

Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

ok.tips macam ni yg akan aku copy paste simpan.lepas ni bole amalkan.tak rugi pun kalau buat sebelum apa apa berlaku kan.

mun nasik cepat basi, ada jin la ya? aduhhhh..cpt basik nasi d rmh huhu

ada orang padah..setiap rumah nang ada jin yang tinggal... huhu.. dan mun 3 hari rumah or bilik ditinggalkan... jin ya akan menghuni tempat ya...

btw..kamek tag ktk utk join segmen tok...

http://skatykupown.blogspot.com/2012/05/exclusive-giveaway-by-cik-bunny.html