Suri Rumah VS. Cuti Hari Pekerja


Tatkala Cuti Hari Buruh di sambut seluruh pekerja Malaysia, namun mereka ini tetap menjalankan tugas2 mereka seperti biasa. Tiada makna dlm kamus mereka cuti di hujung minggu. Tugas tetap tugas. Merekalah golongan SURI RUMAH yg byk berkorban dlm keluarga mereka. 

Petikan dari Berita Harian: BUKAN SENANG JADI SURI RUMAH

Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha melahirkan generasi pewaris negara. 
Kerja di rumah tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah ketika berada di pejabat. 



Apa tidaknya, celik je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur. 

Malah sebelum tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya. Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah, membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari. 

Waktu senggang bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding bapa. 

Nah! Payah nya kan menjadi SURI RUMAH..


Menjadi seorang ibu,  isteri & suri rumah memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun setiap pengorbanan pastinya ada ganjaran yang diberi. Berikut ganjaran pengorbanan isteri & ibu sebagai renungan bersama, semua ini adalah ganjaran oleh Allah s.w.t bagi yang ikhlas melaksanakannya dengan hati terbuka.

* PAHALA WANITA MENGANDUNG
 Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
  
* PAHALA WANITA BERSALIN
 Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
 Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
 Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK
 Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI
 Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH
 Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

 * GANJARAN MENTAATI SUAMI
 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

* KELEBIHAN SEORANG IBU
 Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

 ******************************************************************
 Lakukan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri, ibu or suri rumah dgn sebaiknya & ikhlas kerana Allah s.w.t. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dirahmati olehNya.








.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

27 comments

wah, beruntungnya kita mnjadi wanita :):) nak jadi anak, isteri, ibu mithali :)) hi3

beruntung kita kan..!
nur bercita2 mnjadi isteri yg solehah suatu hari nanti..

Tapi entah bilalah jodoh tu..nur
sentiasa bdoa moga ALLAH ketemukan jodoh nur dengan lelaki yg mencintai dan myanyagi nur kerana ALLAH..!

InsyaALLAH..

ya... wanita adalah supermom! :)

di sebalik superb duper power seorang lelaki..adanya seorang perempuan...

Salam...

Untung jadi wanita, mun ekot jak apa suruhan agama mudah masuk syurga tapi perkara tok sik semua urang dapat ekot..

Setuju ngn Ustaz Razak ya... Pa polah ktk time cuti SOm? Mesti bermanja2 ngn hubby... Lomentiknyerrr... haha...

wanita mmg power lah..buat dua kerja la.kt umh dgn pjbat.

true true...memang bukan mudah...bukan tanggungjawab yang ringan...banyak yang perlu dijaga...that's why,kita xperlu tgk jauh untuk superhero ni...dekat aje dorang ngan kite... :)

aduhh..entri membuatkan rase bestnye nak jadi isteri !muahaha ..sabo2.belum tiba masa lagi.

wah..

hahhahah..terasa bertuah sangat jadi wanita nih...hee..:D

nang sik da istilah cuti utk wanita... :)

nang sik da istilah cuti utk wanita... :)

setuju sangat2..hehe

ya betul tu... rehat hanya waktu tido aje

setuju sgt..surirumah patut diberi gaji juga..haha..

alhamdulillah.. bersyukur menjadi seorang wanita :)

Alhamdulillah. Bersyukur d lahirkan sbg seorang wanita. :)

cuti2 layan citer korea jerr jd orang bujang ni...hehe

Alhamdulillah, moga Allah mengurniakan kebaikan atas segala kebaikan yang kita beri..

alhamdulillah sbb kmk dilahirkan sebagai seorang wanita :')

wanita melengkapi kehidupan lelaki haha

mek bangga jadi perempuan ^^
and i respect my mom the most.. and respect all women out there. they had done a lot for us :)

cita cita aku sekrg nak jadi suri rumah sepenuh masa. best woo..senang giler nak dpt pahala. tp tu la taraf hidup skrg tak mengizinkan.huhuhuhu..

Btul sgt! Suri rumah ni mana ada cuti.. Hehe, mngkin sbb tu la kita ni special jgk dlm Islam.. Byk bnda kita kna brsbar..