Telefilem Crush Next Door (Astro)

Sinopsis Crush Next Door (Astro)Crush Next Door mengisahkan pertemuan 3 kali tanpa sengaja membuatkan Hani jatuh cinta pada Zarif. Setiap kali berjumpa, pasti ada insiden yang mana Zarif akan jadi penyelamat Hani.

Hani seorang yang cuai dan tergopoh gapah sering mencipta insiden memalukan. Ketika Hani menjadi pengapit rakan karibnya, kasut yang dipakainya bersaiz kecil namun disebabkan tiada pilihan dia terpaksa juga menyarung kasut tersebut. Ketika menghampiri pelamin pengantin kasut Hani terlanggar kayu lantas menyebabkan dirinya jatuh. Mujur ada Zarif yang menyambutnya ketika itu. Hani berasa amat malu dengan insiden tersebut.

Sinopsis telefilem Crush Next Door (Astro), pelakon dan gambar telefilem Crush Next Door (Astro)
Crush Next Door lakonan Nelydia Senrose dan Aiman

Kali kedua, kasut Hani tersepit di celah simen hingga menyebabkan dia jatuh tersembam. Zarif yang mneyaksikan keadaan itu membantu menarik tumit kasut Hani yang terbenam ke dalam. Akhir kasut itu berjaya ditarik keluar. Hani menjadi bertambah malu dan segan.

Kali ketiga, kasut Hani terlekat di celah lif hingga dia membuat keputusan untuk meninggalkan kasut tersebut. Dia hanya berjalan kaki ayam hingga sampai ke rumah. Zarif mengambil kasut Hani yang terlekat itu dan menyimpan di rumah. Zarif berkira-kira ingin memulangkan kasut tersebut terhadap Hani.

Pertemuan Hani dan Zarif bermula bila mana mereka berebut-rebut naik ke dalam teksi yang sama. Hani menyangka Zarif mengajuk dia berbual dengan ibunya di dalam telefon, rupa-rupanya ketika itu ibu Zarif juga turut menelefon dirinya. Hani yang tersalah sangka meluat dengan tingkah laku Zarif. Semenjak kejadian itu, hubungan Hani dan Zarif sentiasa tegang.

Namun siapa sangka, ia mencetus rasa suka dalam diri mereka masing-masing. Disebabkan ego kedua-duanya saling terus menyakiti hati masing-masing. Lagu nyaring di sebelah rumah menyebabkan Hani tersentak dan suka pada lagu tersebut. Hani keluar beranda untuk mendengar lagu tersebut dengan lebih jelas. Baru sepatah Hani menyanyi, tuan rumah sebelah menutup radio. Hani berasa sakit hati, baginya jiran rumahnya kedekut!

Siapa sangka, jiran yang dikutuknya itu merupakan lelaki yang menjadi penyelamat dirinya di kala insiden memalukan menimpa dirinya. Zarif merupakan jiran sebelah rumah Hani. Kedua-duanya terbengam dan terkejut!

Suatu hari, Zarif terdengar jeritan dari rumah sebelah. Zarif segera datang. Seekor lipas telah menakutkan Hani. Zarif memburu lipas tersebut. Rupanya lipas tersebut lipas mainan! Zarif ketawa geli hati melihat Hani tertipu dengan lipas tersebut. Ketika sedang mengusik Hani, terdengar suara memberi salam. Mereka kelam kabut kerana hanya mereka berdua di dalam rumah. Takut ditangkap basah!

Dalam keadaan kelam kabut itu, mereka cuba menyelamatkan diri dari luar koridor, tapi tersalah rumah. Ibu Hani dan Zarif tercengang melihat kedua-duanya datang dari rumah berbeza. Kantoi! Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Crush Next Door di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Crush Next Door (Astro)
Hani – Nelydia Senrose
Zarif – Aiman Hakim Reza
Erin – Mia Nasir
Marissa – Fifa Nasir
Farah – Ainul Aishah
Iskandar – Zowa Iskandar
Bad – Hakim Yazid
Kay – Awie Deen
Kuza
Aleeza Shahdan

OST Crush Next Door (Astro)
Lagu Beautiful – Aziz Harun

Lagu Tema Crush Next Door (Astro)
Potret – Akim Ahmad

Gambar Telefilem Crush Next Door (Astro)
Sinopsis telefilem Crush Next Door (Astro), pelakon dan gambar telefilem Crush Next Door (Astro)
Nelydia Senrose dan Aiman Hakim pelakon utama drama Crush Next Door (Astro)

Saksikan telefilem Crush Next Door (Astro)
Tarikh disiarkan Crush Next Door disiarkan: 30 Januari 2016
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

2 comments

good combination of hero and heroin i guess

Sweeet sgt both of them. Good combination harap mereka berdua dpt digabungkan lagi utk drama nanti. Pasti meletop.


EmoticonEmoticon