Pernahkah
korang sendiri alami ataupun terbuat tanpa sedar? Moga perkongsian ini menyuntik
kesedaran dalam diri kita. Ikhlaslah dalam memberi.
Ikhlas Dalam Pemberian & Bersedekah, Jangan
Mengungkit
"Sekiranya
kamu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, kamu tidak akan lagi mengenang-ngenangnya,
memikir-mikirkannya, apalagi mengungkitnya. Kerana apabila kamu mengungkit
pemberian atau apa sahaja yang telah kamu lakukan, kamu telah hilang pahala
ikhlas."
-
Imam Ghazali –
Iye,
jangan mengungkit bila kita dah memberikan sesuatu kepada seseorang. Terutamanya
dalam bersedekah. Bila dah bagi, kita lapangkan dada, berusaha membuat sesuatu
dengan hati yang ikhlas. Bersedekah kerana Allah Taala. Moga-moga amalan
kebaikan kita diterima olehNya.

Moga
kita terhindar dari perasaan riak dan suka menunjuk-nunjuk, yang mana akhirnya
orang yang suka mengungkit itu, tidak mendapat apa-apa manfaat, pahala ikhlas
hilang begitu sahaja.
2 comments
Betul..jangan mengungkit bila dah beri..tapi biasanya orang memberi sebab nak kan balsan balik..bukan sebab ikhlas pun..heheh..tu yang bila bergaduh keluar la ayat.."dulu aku tolong kau..sekarang aku minta tolong kau tak nak tolong..." ..nampak jelas tak ikhlas nya tu...
Cx kalau da bg org.. cx sndiri yg lupa haha
EmoticonEmoticon