Sinopsis Udin Glamor Balik Kampung 2 TV2

Sinopsis Drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 RTM TV2 Selekta Prima | Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 mengisahkan Udin (Johan Ashaari) seorang pelakon popular dan glamour telah balik ke kampung. Kedatangan Udin disambut meriah oleh penduduk kampung yang juga merupakan peminat fanatik Udin.

Sinopsis drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 RTM TV2, pelakon dan gambar drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 TV2, Udin Glamor Balik Kampung episod akhir – episod 13
Jom tonton Udin Glamor Balik Kampung musim ke-2 di TV2

Udin sudah mempunyai buah hati. Namanya Zack (Nabila Huda). Zack seorang gadis lasak, sedikit tomboy namun menjadi gadis idaman Udin. Cinta Udin terhadap Zack tetap utuh meskipun Udin bergelar artis popular. Udin melamar Zack dan ingin menjadikan Zack sebagai isterinya. Lamaran Udin diterima.

Mamarazi, seorang wartawan hiburan telah mensensasikan kisah cinta Udin dan Zack. Artikelnya ditokok tambah untuk melariskan ceritanya. Ini menyebabkan terjadinya salah faham antara Udin dan Zack. Malahan mereka sering sahaja bergaduh akibat kisah panas yang ditulis oleh Mamarazi.

Samat (Qazeem Nor) cuba mencari jalan supaya “diceraikan” oleh isterinya, Mak Timah Kayo (Khatijah Tan). Samat betul-betul dah tak tahan lagi duduk di rumah Mak Timah Kayo sebab dia rasa dah jadi macam orang gaji Mak Timah Kayo dan anaknya, Jenab G (Memey Suhaiza) pulak.

Kampung Zack dijadikan lokasi penggambaran untuk drama yang dibintangi oleh Udin. Pengarah drama yang sakit kepala sebab pelakon yang sepatutnya melakonkan watak perempuan kampung hilang tanpa khabar berita melihat potensi Zack yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pelakon. Pada mulanya Zack menolak tetapi setelah dipujuk oleh pengarah drama tersebut, dia pun mengalah dan bersetuju untuk berlakon.

Perangai Wiwi, heroin dalam drama tersebut yang suka tergedik-gedik dengan Udin menyebabkan Udin dan Zack selalu bergaduh di set penggambaran. Zack semakin bengang apabila Udin mempertahankan Wiwi dan menegur sikap Zack yang tidak professional yang suka mencampur-adukkan hubungan peribadi dengan urusan kerja. Zack yang terasa hati membawa diri .

Faizal, seorang pelakon lelaki yang turut sama berlakon dalam drama tersebut cuba memujuk Zack. Hubungan mereka semakin lama semakin rapat sehingga tidak disenangi oleh Udin. Akibatnya Udin dan Zack semakin kerap bergaduh sehingga menyebabkan penggambaran drama tersebut seringkali terganggu dan tidak dapat berjalan lancar.

Sinopsis drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 RTM TV2, pelakon dan gambar drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 TV2, Udin Glamor Balik Kampung episod akhir – episod 13
Udin Glamor Balik Kampung 2 TV2 lakonan Johan Asaari

Keadaan di set penggambaran menjadi semakin huru-hara bila Mak Timah Kayo datang dan memberi kata dua kepada pengarah samada untuk mencipta satu watak ala-ala ‘Puteri Gunung Ledang’ untuk dia atau mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan penggambaran di dalam kampung tersebut. Pengarah yang terkejut dengan permintaan Mak Timah Kayo pengsan selama beberapa hari.

Hubungan Faizal dan Zack semakin rapat. Zack akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan perhubungannnya dengan Udin kerana tak tahan akibat selalu sangat bergaduh dengan Udin.

Pada masa yang sama Bos editor Majalah Pelam melompat-lompat kegembiraan sebab jualan majalah tabloidnya semakin laris disebabkan cerita kontroversi yang direka oleh Mamarazi. Mamarazi pulak yang rasa bersalah sebab Zack dan Udin tak jadi kahwin disebabkan cerita-cerita kontroversi yang ditulisnya. Akhirnya Mamarazi mengambil keputusan untuk menyiasat latar belakang Faizal.

Zack pada mulanya melenting bila diberitahu oleh Mamarazi siapa Faizal yang sebenarnya, tetapi kemudiannya terdiam apabila dicabar oleh Maarazi untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri diri Faizal yang sebenarnya.

Udin sedar kesilapan yang telah dilakukannya dan cuba untuk berbaik semula dengan Zack tetapi tidak diberi peluang kerana Zack tidak menjawab panggilan telefonnya lagi. Mamarazi yang rasa bersalah cuba membantu memperbaiki hubungan Udin dan Zack semula. Saksikan segalanya dalam drama Udin Glamor Balik Kampung di kaca tv anda.

Pelakon Drama Udin Glamor Balik Kampung Musim Ke-2 TV2
Johan Asari – Udin
 Nabila Huda - Zack / Zakiah
 Memey Suhaiza - Jenab G
 Khatijah Tan - Mak Timah Kayo
Qazeem Nor – Samat

Gambar Drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 TV2 
Sinopsis drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 RTM TV2, pelakon dan gambar drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 TV2, Udin Glamor Balik Kampung episod akhir – episod 13

Tonton drama Udin Glamor Balik Kampung Musim Kedua
Tarikh Udin Glamor Balik Kampung Musim 2 disiarkan: 11 Januari 2016
Jumlah episod drama Udin Glamor Balik Kampung Musim 2: 13
Udin Glamor Balik Kampung episod akhir – episod 13
Hari: Selasa - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓