Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu | Tundukkan Playboy Itu mengisahkan jejaka kacak yang angkuh dan playboy jatuh cinta dengan wanita bertudung. Segalanya bermula apabila Nurin datang untuk temuduga di syarikat jejaka playboy itu.

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Tundukkan Playboy Itu di bookstore berdekatan.

Gambar Novel Tundukkan Playboy Itu 
Sinopsis novel Tundukkan Playboy Itu, review, ulasan novel Tundukkan Playboy Itu, drama Tundukkan Playboy Itu adaptasi novel, gambar novel Tundukkan Playboy Itu, penulis novel Tundukkan Playboy Itu Anjell, novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Tundukkan Playboy Itu RM29 – RM32
Drama Tundukkan Harraz Naufal merupakan adaptasi dari novel Tundukkan Playboy Itu
Penulis novel Tundukkan Playboy Itu: Anjell
Harga novel Tundukkan Playboy Itu: RM29 – RM32

Drama adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu, novel Tundukkan Playboy Itu juga antara karya yang dijadikan drama tv. Nanti kita tonton kat tv k.

Novel Tundukkan Playboy Itu merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2016. Jom dapatkan novel Tundukkan Playboy Itu di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓