Cara Mengetahui Siapa Sahabat Sejati Kita

Nak tahu macam mana mengetahui kita ada sahabat sejati atau tak, boleh buat pemerhatian dan uji sahabat kita. Berikut merupakan 12 ciri sahabat sejati menurut Imam Al Ghazali.

Cara Mengetahui Siapa Sahabat Sejati Kita
1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.
2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.
5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan berupaya menutupinya.

12 ciri sahabat sejati menurut Imam Al Ghazali, cara bagaimana menjadi sahabat sehati sejiwa, cara ketahui siapa sahabat sejati kita, teman rapat rakan terbaik kita, kawan baik

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.
8. Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka dia akan bertanyakan masalah yang kamu hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan membantu rencana itu.
12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah. sumber  

Haa, begitu la 12 ciri-ciri sahabat sejati. Semuanya yang baik-baik sahaja. Benda baik kita harus ikuti. Jika kita nak mempunyai sahabat sejati yang ramai, kita dulu yang berubah. Menjaga sikap dan tingkah laku kita. Orang mesra dan baik hati mudah didekati orang. Orang panas baran dan talam dua muka akan dijauhi rakan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

morning yumida :)
PG tag kat sini ya :)

http://www.mrsyatie.blogspot.my/2016/01/australias-souvenirs-giveaway-by.html

Assalammualaikum... yumida,

terima kasih entry cara mengetahui sahabat sejati nie.. sahabat sejati payah dicari.. tetapi tetap percaya ia ada.

mselim3

bersyukurlah andai kita memiliki sahabat yang mempunyai ciri-ciri tersebut..hargai sebaik-baiknya...