Sinopsis Parut Cinta TV2

Sinopsis Parut Cinta Drama TV2
Parut Cinta mengisahkan trauma seorang wanita dalam membina rumah tangga. Farina (Izreen Azminda) terkesan dengan apa yang berlaku ke atas keluarganya ketika kecil. Ayahnya, Kamil (Acong Sweetchild) seorang kaki judi dan sering memukul dirinya dan ibunya untuk melepaskan amarah. Malah bapanya yang berpoligami sering berlaku tidak adil terhadap ibunya. Mereka dilayan agak kasar tanpa memberikan nafkah buat mereka sekeluarga. Lebih teruk lagi, ayahnya sering mencuri duit simpanan ibunya semata-mata untuk pergi berjudi.

Linda (Ika Nabila) anak kepada isteri kedua ayahnya. Hubungan Linda dan Farina agak tegang. Linda menyalahkan Farina atas kematian ayahnya. Baginya, Farina seorang pembunuh!

Ibu Farina berang apabila suaminya menyatakan ingin menjual anak mereka Farina kepada rakannya yang kaki judi. Ketika itu, umur Farina 10 tahun. Ibu Farina menghalang sekerasnya, pergelutan berlaku. Melihat ibunya teruk dipukul oleh ayahnya, Farina menggapai gunting lantas menusuk ke badan ayahnya. Dalam situasi kelam kabut, ibunya cuba menyelamatkan Farina daripada dicekik oleh suaminya. Ibu Farina menikam berulang kali gunting ke badan suaminya. Kedua-duanya rebah, ibu dan ayah Farina disahkan meninggal dunia.  Dek peristiwa itu, Linda menyimpan dendam terhadap Farina.

Farina pernah berkahwin dengan Hasri (Eyzad Genji) namun malangnya jodoh mereka tidak berpanjangan apabila Hasri meninggal dunia. Dalam keadaan tertekan, Farina menyerahkan bayinya kepada pihak hospital.

Siapa sangka, anak yang pernah dia kandungkan bakal dijaga oleh dirinya sendiri. Puteri (Adik Amalin Nazarudin) yang ketika itu berusia 5 tahun memasuki Tadika. Farina merupakan guru di Tadika itu. Ayah angkat Puteri adalah Romzi (Riz Amin) dan ibu angkatnya Shafiqa (Ozlynn Waty). Tanpa Shafiqa ketahui, suaminya telah berkahwin lain iaitu bersama Linda. Ini bermakna anak Farina iaitu Puteri juga dijaga oleh Linda.

Rashidi (Amar Asyraf) jejaka yang menyintai Farina sepenuh hati. Dia menunggu keputusan dari mulut Farina dengan penuh sabar. Walaupun sebelum ini Farina menyatakan dengan terangan dia bukanlah pilihan terbaik untuk dijadikan calon isteri. Rashidi menerima kekurangan Farina seadanya. Namun, syarat yang diletakkan oleh ibu Rashidi iaitu Jamilah (Kismah Johar) anaknya mesti berkahwin dengan wanita yang masih bujang. Bukan bergelar janda! Bukan bergelar bekas isteri orang.


Makluman: Sila berikan backlink ke entry ini jika anda menyalin sinopsis Parut Cinta TV2 ini ke blog anda. Info: Blogger copy paste tanpa bagi link kredit (sumber asal). Harap maklum. 

Bagaimanakah Rashidi menunaikan hasrat ibunya? Sedangkan Farina berstatus janda, wanita yang pernah berkahwin sebelum ini. Bagaimana pula Farina akan bersatu kembali dengan anaknya Puteri? Apa pula reaksi Shafiqa bila mengetahui suaminya telah menduakan cintanya? Adakah Linda akan berbaik semula dengan Farina? Saksikan segalanya dalam drama TV2 Parut Cinta.

Baca sinopsis Parut Cinta macam menarik je! Kan? Kan?? Tergoda la tuuu.. Kalau korang free, tonton drama Parut Cinta ni kat TV2 jam 1.00 petang. Teringin nak tahu episod akhir Parut Cinta ni. Apakah penghujung ceritanya happy ending? Atau ada lagi siri sambungan Parut Cinta 2 ke. Meh tengok sama-sama.

Amar Asyraf – Rashidi
Izreen Azminda – Farina
Ika Nabila – Linda
Riz Amin – Romzi
Kismah Johar – Jamilah
Ozlynn Waty – Shafiqa
Adik Amalin Nazarudin - Puteri

Original Sound Track OST Parut Cinta TV2
Lagu: Parut Cinta
Penyanyi: Ezra Yaakob

Gambar Drama Parut Cinta TV2 
Sinopsis Parut Cinta drama TV2, review Parut Cinta TV2, gambar dan pelakon Parut Cinta TV2,  Parut Cinta episod akhir, lagu tema, Original Sound Track OST Parut Cinta TV2

Saksikan drama Parut Cinta
Tarikh Parut Cinta mula disiarkan: 7 April 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon