Isi Minyak Penuh & Haba Panas Punca Tangki Kereta Meletup – PALSU

Aku turut sama menerima mesej pasal khabar angin mengenai pengisian minyak petrol. Kalau minyak tu diisi secara penuh. Besar kemungkinan tangki kereta bakal meletup! Wooo, aku baca pun gerun. Al maklum la, pengetahuan pasal minyak petrol ni aku kurang arif.

Penyebaran berita palsu kontroversi tangki minyak meletup
“Tangki minyak kereta yang diisi penuh dengan petrol mungkin meletup akibat gelombang panas haba”. Mesej teks berkenaan secara palsu menasihati orang ramai untuk mengisi tangki minyak mereka kepada takat separuh kapasiti, dengan menyatakan bahawa tekanan haba akan menyebabkan tangki minyak yang penuh meletup. Kes 5 kenderaan meletup akibat isian tangki penuh dan akibat haba dan kepanasan juga adalah PALSU dan TIDAK BENAR!

Isi minyak petrol penuh tangki kereta meletup adalah palsu, penyebaran berita palsu kontroversi tangki minyak meletup, kenyataan isu berita palsu minyak petrol versus tangki kereta meletup, gelombang haba panas punca tangki kereta meletup, kes kereta meletup, isi minyak petrol

Kenyataan isu berita palsu minyak petrol versus tangki kereta meletup
Khabar angin itu adalah tidak benar, memandangkan teknologi serta penyelidikan semasa telah memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan tangki dapat menampung petrol dengan selamat. Terdapat banyak keperluan yang diletakkan, dan menjadikan kereta berada dalam keadaan lebih selamat dan semakin selamat. Bahkan ketika mengepam minyak ke dalam kenderaan dalam penggunaan biasa, adalah sangat tidak mungkin untuk ianya meletup," - Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Profesor Wong Shaw Voon

Baca berita hari ni, barulah khabar angin tu sah dilabelkan PALSU. Oh lega hati mak, dah la selalu travelling jauh-jauh, duduk dalam kereta 11 jam nak sampai ke destinasi. Minyak kereta memang selalu diisi penuh. Kang tak isi penuh, habis pulak minyak kereta di tengah jalan. Mana nak cari petrol? Stesen minyak pun jauh.

11 comments

Betul tu...semalam kawan pun ada.juga mesej nie...tapi kah ya seram juak asa...

Tue la kan,macam mana la boleh timbul khabar angin isi mnyak penuh boleh mletup..'ishh buat seram je.-

Tue la kan,macam mana la boleh timbul khabar angin isi mnyak penuh boleh mletup..'ishh buat seram je.-

dapat jugak mesej nih.. memang menakutkan.. nasib ianya palsu.

salam singgah

saya mmg akan isi tangki minyak saya penuh supaya cukup seminggu ulang alik bekerja

jangan percaya semua yg anda dengar dari internet... banyak yg membohong jer

sekarang ni berita2 pelik banyak tersebar..paling mudah, kita ambil pendekatan "baca boleh, percaya jangan"..he he..

anyway, blog yumida akak senaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015 pilihan di sini.. http://ctfand.com/2015/02/malaysia-best-blog-2015.html

ade juga baca ni. kat group kerete pun ade. tapi dyeorg cakap semua tu tipu.

kan?akak yang tak tau bab2 kereta ni pun rasa cam tak logik..heheh

Salam, jom tengok siapa menang :D
http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/02/senarai-pemenang-mini-lucky-draw-blog.html


EmoticonEmoticon