Sinopsis Cinta Ilahi Drama TV3

Sinopsis Drama TV3 Slot Zehra Cinta Ilahi
Cinta Ilahi mengisahkan jejaka kampung bernama Hud (Johan As’ari) yang berusaha memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Sebelum ini, Hud mempunyai sikap yang suka boros, kebanyakan gajinya dihabiskan bersama kawan-kawannya. Ibu Hud (Dian P.Ramlee) sering membebel dan menasihati Hud untuk mengubah perangainya.

Sinopsis Cinta Ilahi drama TV3 Slot Zehra, review drama Cinta Ilahi, gambar drama TV3 Cinta Ilahi, Original Sound Track OST Cinta Ilahi, lagu tema drama Cinta Ilahi, download OST Cinta Ilahi – Taubat (Nineball Band), pelakon drama Cinta Ilahi TV3, Johan As’ari – Hud, Diana Amir – Maryam, Shakila Khoriri – Syakira, Ramona Zam Zam – Zara

Suatu hari, Hud terserempak dengan gadis bertudung labuh. Gadis cantik, lemah lembut dan penuh kesopanan. Hati Hud terpaut secara diam-diam terhadap Maryam (Diana Amir). Semenjak hari itu, Hud nekad ingin memikat hati Maryam.

Mendekati Maryam bukanlah perkara yang mudah, tambahan lagi Maryam merupakan guru mengaji di kampung tersebut. Maryam dan dirinya diumpamakan seperti burung gagak dan pipit. Hud menyedari kekurangannya. Sejak jatuh cinta pada Maryam, Hud mula mempelajari ilmu agama.

Hud pergi berguru dengan ayah Maryam sendiri iaitu Ustaz Hashim (Shamsul Ghau-Ghau). Personaliti Hud yang menarik, penuh semangat dan kelakar membuatkan hati Ustaz Hashim tertarik melihat keletah anak muridnya itu. Namun, jauh di sudut hati Ustaz Hashim sememangnya perasan Hud menaruh hati pada anak gadisnya. Pada awalnya, niat Hud mendalami ilmu agama hanya kerana Maryam, namun lama-kelamaan dia semakin tertarik dengan ajaran Islam.

Siapa sangka di sebalik sikap Hud yang penuh humor, ada insan lain yang menaruh perasaan terhadap dirinya. Rakan lama selaku teman karib Hud, Zara (Ramona Zam Zam) menyatakan hasrat cintanya terhadap Hud. Namun, Hud menolak mentah-mentah kerana baginya Zara hanya berstatus sahabat. Hati zara terluka dan kecewa. Sudahlah cintanya ditolak, Hud pula mencintai orang yang paling rapat dengan dirinya. Hatinya hancur!

Hud dikejutkan dengan berita kekasih hatinya sudah bertunang! Ini bermakna selama ini dia mencintai tunangan orang! Rupanya selama ini Maryam telah pernah bertunang. Hud terkejut dengan kehadiran Basri (Beego).

Bagaimanakah penerimaan Hud tentang berita itu? Redhakah dia? Pasrahkah dirinya? Adakah Maryam mengetahui perasaan isi hati Hud? Jadi bagaimana pula dengan sesi pembelajaran Hud bersama Ustaz Hashim? Adakah Hud bakal meneruskan juga? Ataupun perubahannya hanya berhenti sekerat jalan? Sama-sama kita saksikan menerusi drama Cinta Ilahi di TV3.

Pelakon Drama Cinta Ilahi
Johan As’ari - Hud
Diana Amir – Maryam
Shakila Khoriri – Syakira
 Ramona Zam Zam – Zara
Shamsul Ghau-Ghau - Ustaz Hashim
Beego - Basri
Dian P. Ramlee, Nazrief Nazri dan ramai lagi

Gambar Cinta Ilahi
 Sinopsis Cinta Ilahi drama TV3 Slot Zehra, review drama Cinta Ilahi, gambar drama TV3 Cinta Ilahi, Original Sound Track OST Cinta Ilahi, lagu tema drama Cinta Ilahi, download OST Cinta Ilahi – Taubat (Nineball Band), pelakon drama Cinta Ilahi TV3, Johan As’ari – Hud, Diana Amir – Maryam, Shakila Khoriri – Syakira, Ramona Zam Zam – Zara

Original Sound Track OST Cinta Ilahi │ Lagu Tema Cinta Ilahi
Lagu: Taubat
Penyanyi: Nineball Band

Saksikan drama Cinta Ilahi Slot Zehra
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 – 10.00 malam
Saluran: TV3 

1 comments so far

Macam menarik cerita ni, boleh tengok nanti bila freee :)

Jemput singgah blog kami :)


EmoticonEmoticon