Sinopsis Filem Bangunan & Aktiviti Paranormal

Sinopsis Filem Seram Penunggu Bangunan & Aktiviti Paranormal
Filem Bangunan mengisahkan kajian yang dibuat oleh Khir Rahman, Akasha dan Sein terhadap sebuah bangunan yang dikatakan mempunyai kisah misteri dan adanya aktiviti paranormal seperti mana yang mereka dengar dari buah mulut orang ramai.

Ianya bertambah misteri apabila dilaporkan kehilangan 2 orang di dalam bangunan tersebut. Sehingga menjadi kes penyiasatan polis. 3 sekawan ini bertekad merungkai misteri tentang kisah sebenar dan gambar asal mengenai kejadian paranormal.

Dalam filem Bangunan ini, seorang pakar agama, Yusran, telah diundang untuk terlibat sama dalam menyiapkan filem seram ini. Filem ini berkisarkan rakaman sebenar di sebuah bangunan mistik, tiada skrip, tiada jalan cerita, hanya peristiwa yang benar-benar berlaku yang dirakam menerusi kamera.

Menerusi filem Bangunan ini, seorang krew telah dirasuk oleh makhluk halus yang meminta mereka untuk menghentikan rakaman dan keluar daripada bangunan itu!

Sinopsis filem seram Bangunan, review Penunggu Bangunan, filem paranormal, filem seram 2015, filem arahan Khir Rahman, pengarah pelakon dan gambar filem Bangunan, tonton filem Bangunan
Gambar filem Bangunan

Pengarah filem seram Bangunan
Khir Rahman
Sein Qudsi

Pelakon filem seram Bangunan
Khir Rahman, Sein Qudsi, Aqasha, Yusran Hashim, Osh, Azmi Musa, Wan Shahidi dan ramai lagi.

Khabarnya filem Bangunan ini telahpun ditayangkan di pawagam bermula 5 Februari lepas. Lepas baca sinopsis filem Bangunan ni, menjentik diri aku nak tonton sama. Jalan cerita sebenar tu! Real! Original! Nak tengok gambar aktiviti paranormal. Mesti seram sejuk tengok filem ni.

8 comments

alahai..ngeri nak tengok cerita seram macm ni

All the best ! ,

Saya ada buat GA , Sudi tak join ? http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html

hutmm, selalunya crt org melayu cerita hantu x seram then selalu tergantung tak bertali. hehe

Akak tak berapa minat cerita gini..filem yang kamera bergoyang2 ni rasa macam boring je..heheh


EmoticonEmoticon