Sinopsis Drama Gerimis Salju Naminara

Sinopsis Gerimis Salju Naminara Drama TV1
Gerimis Salju Naminara mengisahkan mengisahkan Ain, Fauzan dan Faiz, tiga sahabat baik yang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Seoul. Bagaimanapun, Ain dan Fauzan adalah sepasang kekasih yang pada masa sama Faiz turut menyintai Ain.

Sinopsis Gerimis Salju Naminara drama TV1, gambar Gerimis Salju Naminara, pelakon drama Gerimis Salju Naminara

Konflik timbul apabila selepas menamatkan pengajian di Seoul, Ain mahu balik memulakan kerjayanya di Malaysia sementara Fauzan pula mahu terus menetap di negara itu untuk mencari pengalaman bekerja di bumi asing.

Sekembalinya Ain ke Malaysia dia bekerja di firma milik bapa Mira. Tanpa pengetahuan Ain, kedua-dua keluarga Mira dan Fauzan mahu menjodohkan mereka berdua. Akhirnya atas desakan keluarga, Fauzan pulang ke Malaysia dan bertunang dengan Mira lalu meninggalkan Ain dalam kekecewaan.

Mira juga tidak mengetahui yang Fauzan dan Ain pernah bercinta sehinggalah mereka bertiga pergi ke Seoul semula atas urusan perniagaan. Untuk mengetahui apakah yang berlaku kepada mereka bertiga, kita tonton drama Gerimis Salju Naminara (GSN) di TV1.

Pelakon Drama Gerimis Salju Naminara
Tasha Shilla – Ain
Nazim Othman – Fauzan
Afiq Muiz – Faiz
Syatilla Melvin – Mira
Qistina Abdain – Qis

Gambar Drama Gerimis Salju Naminara
Sinopsis Gerimis Salju Naminara drama TV1, gambar Gerimis Salju Naminara, pelakon drama Gerimis Salju Naminara

Saksikan drama Gerimis Salju Naminara
Jumlah episod drama Gerimis Salju Naminara: 26
Lokasi penggambaran drama TV1 Gerimis Salju Naminara: Seoul, Korea
Akan datang
Saluran: TV1

1 comments so far

Salam. saya nominate sis, harap sudi balas entry dan jawab soalan-soalannya ^_^

http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html


EmoticonEmoticon