Lafaz Niat Puasa Sunat Enam Syawal | Puasa 6

Alhamdulillah, kini Aidilfitri dah menjelang hari ke-6. Bermakna 6 hari juga kita dah beraya. Pastinya puasa enam ni puasa yang di tunggu-tunggu buat umat Islam. Ada yang dah tahu baca niat puasa enam syawal? Alhamdulillah. Pada yang belum tahu, jom sama-sama baca. Manalah tahu nak buat puasa enam syawal untuk raya tahun ni atau tahun hadapan.

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam Syawal

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam Syawal | Puasa 6, kelebihan puasa 6 syawal.

“Daku berniat puasa hari esok dari enam hari bulan Syawal, sunat kerana Allah Taala”

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” (Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah). 

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

10 comments

Assalamualaikum dan salam pgi sabtu dik Yumida..terima kasih atas perkongsian d atas..InsyAllah tahun ni berpuasa 6 seperti tahun2 lalu..

Thanks untuk perkongsian ini..apapun minggu depan nak mulakan dengan qada puasa dulu..

yup berpuasa syawal seperti berpuasa satu tahun lamanya, kata ustad :)


EmoticonEmoticon