Anonymous menggila!!!

Baru je semalam aku kosongkan bahagian komen spam. Harini, tetibe aku dihujani komen anonymous. Banyak giler weh!

komen Anonymous, santai 
Komen anonymous di bahagian spam blog


komen Anonymous, spam link
Tetibe yang ni, terbabas keluar. Masuk dalam publish komen. Hish..bikin sakit hati ini. Macam mana komen ni boleh terbabas keluar.

Cbox dah diremove dari blog ni. Yang mana aku rasakan kehadirannya kurang membantu. Lebih banyak promosi perniagaan di sana. Ada gak yang masih tak berubah, dengan menempel link iklan yang nak kasi kita klik.

komen Anonymous, link spam 

Blog ni dah di settingkan boleh dikomen oleh semua orang termasuk anonymous. So, mana-mana pembaca yang takde akaun blog boleh jugak tinggalkan komen menerusi anonymous ni. Tapi tu la, ni yang aku tak suka. Link spam.  

Sebenarnya boleh je kalau nak buat awaiting moderation untuk komen. Tapi aku ni jenis malas nak tick-tick, aku lebih suka kalau ianya automatik keluar. So, tak merumitkan aku. Haha… Aku ni kan pemalas. Hmm..dah malas katanye..ni la harga yang aku kena tanggung. Pengomen spam! Maybe 1 day, komen hanya diperuntukkan untuk mereka yang ada id je. Masih dalam peninjauan ni.

29 comments

Assalamualaikum yangg, betul! cbox tu tak guna pun. kalau orang nak tinggalkan jejak, better komen je kan. btw dulu sheila pakai domain, hari2 banyak gila dapat spam komen dari anonymous. alhamdullilah tukar blogspot jadi kurang.. dalam seminggu tu, cuma 1-2 je tersesat masuk. hehehhee

setakat ni ia masuk spam je..tak terbabas lagi dan harapanya sampai bila-bila ianya tak terababs masuk publish

bahaya tu.. hihi. kena berhati-hati..
singgah ke mari.. lama x menjengah kat sini

samelah...tp dah tukar kat setting dah..hehe

paling tak suka la kalau ada mkhluk anony tu muncul

susahlah sekarang kan..semuanya nak spam

wah banyak tu.... ramai yang mendengar luahan kan..

mmg banyak sangat sejak2 nie..

banyaknya.. :/ buat semak komen org je anon ni. haih

blog abe kie pun ada komen spam ni. pelik tul...entri abe kie ttg Pemakanan Rasulullah tp komen tu ntah apa2 la...ttg kereta sports pun ada. pas tu dlm BI plak...gamaknya mrka ni akan tulis dlm tulisan Cina kot x lama lg...adoiiii!!! sakit kepala kawe..

Assalam, Yumida...
Banyaknya komen dari si anon tu... nrl pun ada jgk... dah delete semua tu... sejak 2 menjak ni asyik masuk je si anon ni...

Nad letak setting comment tuk sapa yg ada id je.. senang hehe

akak pun dah delete banyak...tp still ada lagi...

fiza buat awaiting moderation sbb nak elak org komen pelik2.. kadang2 yg sakit hati pun ada.. kita tapis siap2..

uit..
awat bnyak sgt komen cmtu..
mmg tensen kalu dapat..
hope blog shark x bjangkit ler..
siksa nk buang.

samalah kita yumida..kekadang tak larat nak delete...huhuh

Kena ubah setting untuk yang berdaftar sahaja. baru selamat rasanya.

Kena jaga-jaga jika selau jadi macam ni akak.

Kalau anonymous tu komen yang baik2 kira ok lah jugak... dibuatnya yang komen semacam menyerang... itu lagi haru

Hari ni pun.akak dpt buk sgt anon. Mmg deletw jela..

elok la tukar setting untuk pengkomen tu.

sekrg dah selesai kan... no cik anon lagi...yeahh


EmoticonEmoticon