Hari Hijab Sedunia / World Hijab Day
Pemakaian hijab atau tudung
mula mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa
apabila satu kempen memakai hijab dianjurkan di seluruh dunia buat kali kedua.
Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung
seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh
dunia.
Bila tarikh Hari Hijab Sedunia??? Hari Hijab Sedunia disambut setiap 1 Februari.
Bertudung
adalah hak individu, terutamanya wanita muslimah dan tidak sepatutnya seorang
wanita yang memakai tudung didiskriminasikan sebagaimana yang umum ketahui
kes-kes tersebut telah banyak berlaku di negara kita, Malaysia.
Bertudung
juga bukan hanya terbatas kepada wanita muslimah sahaja, tetapi kepada semua
wanita dunia. Bukti di Malaysia, model terkenal, Felixia Yeap seorang yang
berbangsa cina berasa selesa untuk mengenakan hijab di kepalanya. Oleh itu, World Hijab Day atau Hari Hijab Sedunia
yang diinspirasikan oleh Nazma Khan
mengajak seluruh wanita dunia untuk mengenakan hijab meskipun cuma untuk satu
hari, supaya semua orang boleh menikmati keselesaan dan ketenangan dalam
bertudung.
Pssst! Yang muslimah…bertudungkan menutup aurat. Berhijablah
selaras dengan syariat Islam.
Sumber: Sinar harian & Nurul Izzati (penulis novel)
14 comments
Baru tahu pasal hari hijab sedunia ni. :)
rupanya hari ni hari hijab sedunia, bangga menjadi muslimah sejati :)
oo..harilah yea...baru tahu gak ni...
Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
selamat hari hijab sedunia
Assalamualaikum dik...baru lak akak tau ada hari Hijab Sedunia...Selamat Hari Hijab Sedunia dik Yumida..
salam sis yumida, ika baru tahu ada hari hijab sedunia..tq for sharing .:)
salam hijab sedunia
wahh.. tak taw pun psl nie..thanks for the info :)
Hari towk rupanya. Heheh.
Alhamdulillah.. seruan yg sgt baik utk kita sokong sepenuhnya.. thanks sharing Yumida.. :)
Ada hari tok duhal.. Nice :)
Subna Allah.. Ada wanita bukan islam turut mengenakan hijab dan memakai pakaian sopan.. kepada wanita islam, anda kena berasa segan dan malu jika ada wanita bukan islam boleh menutup aurat dan mengena hijab.. :)
baruk tauk.. smoga jadi titik permulaan kpd yg x tutup aurat menutup aurat.
EmoticonEmoticon