Ending Ariana Rose

Majlis perkahwinan Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil berlangsung dengan meriah. Ariana cukup bahagia berada di sisi Tengku Adam, suaminya. Turut diraikan bersama dengan kehadiran Liyana (bekas kekasih Tengku Adam), Ramzul (rakan lama Tengku Adam) dan Harith (bekas majikan Ariana).


Harith hampa selepas mengetahui Ariana Rose telah menjadi milik Tengku Adam. Lebih membahagiakan apabila Ariana Rose dan Tengku Adam merancang percutian mereka sejurus selepas majlis perkahwinan mereka.

Semasa Liyana sampai di rumah, seseorang datang menghampiri dan menyuntik sesuatu pada badan Liyana hingga akhirnya dia pengsan. Liyana membuka matanya perlahan-lahan dan mendapati dirinya diikat pada sebuah kerusi. Liyana meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri, namun ikatan tersebut sangat teguh.

Muncul seorang lelaki dihadapannya. Abangnya sendiri…Ramzul! Ramzul begitu marah dengan segala perbuatan Liyana terhadapnya. Dikhianati, ditipu oleh adiknya sendiri. Malah Liyana sendiri cuba untuk membunuh Ramzul dengan meracun Ramzul!

Dengan kasar Ramzul merentap rahang Liyana dan memaksa Liyana minum sebotol racun. Liyana merayu pada Ramzul untuk dilepaskan tetapi tidak diendahkan. Ramzul menuang racun tersebut ke dalam mulut Liyana. Berbuih-buih mulut Liyana, akhirnya Liyana meninggal dunia.

Ariana Rose menghabiskan percutian bulan madu mereka dengan berjalan-jalan bersama suaminya, Tengku Adam. Mereka kelihatan sangat bahagia, romantis. Tengku Adam berjanji untuk menjadi seorang suami yang baik, menjadi imam bagi isterinya dan memperbaiki kehidupan ke jalanNya. Ariana merasa keihklasan hati suaminya, bertambah-tambah sayang di antara mereka.

Suatu hari, Ariana menerima mesej yang mengatakan Tengku Adam mempunyai anak bersama Liyana. Ariana terkejut..kecewa! Ariana membawa diri. Tengku Adam resah akan kehilangan isterinya, dan mencari Ariana di segenap pelusuk.

Ariana masih dalam kesedihan. Dia tidak menyangka suaminya sendiri mempunyai anak luar nikah yang masih hidup. Ketika Ariana melayani kesedihannya, dia terserempak dengan Samuel. Samuel cuba menenangkan Ariana dan memujuknya untuk berbincang dengan Tengku Adam bagi mengetahui cerita sebenar. Pada masa yang sama, Tengku Adam berjaya menemui isterinya, Ariana. Melihat sahaja Ariana bersama Samuel, Tengku Adam berasa cemburu.

Arina meminta maaf kepada Tengku Adam kerana pergi tanpa memaklumkannya. Tengku Adam meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila melihat isterinya berjalan bersama orang lain. Namun segera ditenangkan oleh Ariana. Ariana meminta penjelasan dari suaminya berkaitan anaknya bersama Liyana. Akhirnya, Tengku Adam menjelaskan keadaan sebenar. Bahawa, Liyana telah lama menggugurkan anak tersebut ketika mana Tengku Adam menolak untuk berkahwin dengan Liyana. Selesai krisis dan salah faham. Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil hidup bahagia selamanya. –Happy ending-

Photo: Poster drama Ariana Rose - Slot Akasia TV3, ariana rose episod akhir, ariana rose episode akhir

Tamat dah drama Ariana Rose ni. Ariana Rose episode akhir. 28 episod semuanya. Siapa sangka, pengakhiran hidup Liyana terseksa sebegitu rupa. Lagi teruk, apabila perbalahan dan pengkhianatan antara adik-beradik sehingga mengorbankan nyawa yang mempunyai pertalian darah sesama mereka. Syok je tengok lakonan mantap Nur Fathia (Ariana Rose) dan Nabila Huda (Liyana). Terkesan di sanubari penonton. Minggu depan, mesti ada drama baru. Sama-sama kita nantikan.

6 comments

dah sik terlayan dah kmk drama tok. haha

Isnin ni kita tengok Jika Itu Takdirku ;)

tgk masa diorng kawin jaa....ending xdpt tgk.:(

At last dah habis... Buat baik dptlah baik, buat jahat mcm Liyana tu, Hurmmm, paham2 je la kan? Apapun wedding diorg grand habis..Hehe

akak tak dapat tengok endingnya..


EmoticonEmoticon