As salam buat rakan pembaca,
Sape yang tengok Konsert Minggu Ketiga Akademi
Fantasia (AF 2013) pada 29 September 2013 yang lepas? Well, sebagai
penonton yang menonton konsert minggu ketiga AF 2013 ni.. Apa komen korang
mengenai persembahan mereka pada malam tersebut?
Berikut merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan
oleh bintang AF 2013 di konsert minggu ketiga. Apa yang menariknya mengenai
konsert AF 2013 bagi minggu ketiga ni. Kesemua juri akan memberikan komen dan
kritikan buat kesemua bintang AF 2013! Ho yeah…tu yang best tu. Kepelbagaian
pandangan dari individu yang berbeza. Jom terjah komen para juri.
Irmisa AF 2013 - Sebelah Jiwaku (JaclynVictor)
Komen juri – Edry KRU: Nyanyian bagus. Persembahan Irsa (adik Irmiza)
kelihatan takut-takut seakan-akan tidak pasti. Nampak gugup pada persembahan
Irsa.
Komen juri – Sharifah Amani: Suka pada persembahan Irmisa. Ada interaksi
antara satu sama lain, juga kelihatan agak sedikit nervous persembahan si adik
tu.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan bagus cuma kelihatan mendatar. Cadangan
hanya masukkan sedikit instrument pada lagu dan tonjolkan kehebatan vokal untuk
konsert seterusnya.
Komen aku: Jika
nak dibandingkan dari minggu lepas, minggu lepas nyer lagi bertenaga bagi aku.
Vokal Irsa ada kalanya tenggelam di sebalik bunyi muzik yang gah tu. Vokalnya
sedap, tapi tu la..bagi aku agak lemah kenyaringannya. Suara Irmiza sedap,
vokal power dan aku suka alunan nyanyian dia.
Amira AF 2013 - Getaran Jiwa (P. Ramlee)
Komen juri – Edry KRU: Pemilihan lagu yang sesuai dengan suara Amira. Good
effort!
Komen juri – Sharifah Amani: Good performance.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan yang baik. Pemilihan lagu yang tepat.
Komen aku:
Minggu ni menampakkan hasil usaha kak Ogy Ahmad Daud dalam mengeluarkan potensi
Amira dari kepompong yang biasa. Good effort kak Ogy! Penyampaian lagu yang
menarik, ada turun naik vokal, tak seperti minggu sebelum ni, vokalnya yang
kedengaran mendatar. Juga pandai berinteraksi dengan kamera. Well done! Hope
diteruskan untuk minggu seterusnya.
Suhada AF 2013 - Belaian Jiwa (Innuendo)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan nampak menarik, ada emosi dalam
nyanyiannya. Cuma terkejut dengan high note Suhada secara tiba-tiba.
Komen juri – Sharifah Amani: Good performance. Kisah penceritaan lagu
yang sampai kepada penonton.
Komen juri – Roslan Aziz: Suhada mempunyai bakat yang bagus, imej juga baru dan
menyarankan Suhada untuk menjadi penyanyi yang luar biasa. Yang ada
trademarknya yang tersendiri.
Komen aku:
Persembahan yang hampir perfect bagi aku. Coz terganggu dengan part yang high
note tu. Terkezut i dibuatnya. Suhada harus pandai kawal vokal dalam
nyanyiannya. Takde la rasa terpotong stim. Hehe. Nyanyian yang bez, berjaya
sampaikan mesej lagu. Penampilan baru rambut Suhada nampak kemas. Tak serabai
macam minggu sebelum ni. Nampak macho..hope dapat menarik undian penonton di
luar sana.
Iman
AF 2013 - Noktah Cinta
(Hafiz)
Komen juri – Edry KRU: Pemilihan lagu yang sesuai. Penampilan Iman lebih
yakin. Cuma aura persona Iman tidak menyerlah. Menyarankan Iman agar
menampilkan aura yang kuat sebagai seorang penyanyi solo.
Komen juri – Sharifah Amani: Iman harus sampaikan penceritaan lagu tu
kepada penonton, harus fahami mesej lagu.
Komen juri – Roslan Aziz: Pemilihan lagu yang sesuai. Mempunyai bakat menyanyi
tetapi tidak bagus dalam pementasan. Nyanyian mendatar. Sering ‘lost’ atas
stage. Menyarankan Iman agar mencari kelebihan dirinya sebagai seorang
penyanyi.
Komen aku:
Persembahan yang biasa. Betul kata Sharifah Amani, Iman tak memahami mesej lagu
tu. Emosi nyanyian Iman tak selari dengan kisah lagu Noktah Cinta.
Nona AF 2013 - Srikandi Cintaku (Bloodshed)
Komen juri – Edry KRU: Nyanyian Nona bagus, persembahan kemas, juga mempunyai
energy dalam penyampaian lagu. Menyarankan Nona untuk tampilkan nyanyian secara
berbeza.
Komen juri – Sharifah Amani: Kawalan pentas bagus, ada moment atas
stage. Pemilihan baju yang kurang sesuai.
Komen juri – Roslan Aziz: Nona seorang penyanyi yang baik. Lagu juga disampaikan
dengan jayanya. Juga seperti nyanyian artis lain yang menyampaikan lagu ni.
Menyarankan Nona untuk tonjolkan keistimewaan diri. Agar personaliti Nona
dikenali dalam nyanyian. Juga penting untuk kekal dalam bidang muzik.
Komen aku:
Persembahan mengagumkan. Emosi lagu yang berjaya sampai kepada penonton. Nona
antara salah seorang bintang yang menyerlah minggu ketiga ni. Laungan vokal
yang mantap, lagu pun sesuai untuk tampilkan vokal Nona. Actually,
persembahannya yang awesome tu terganggu oleh pandangan mata yang menatap
pemakaian Nona. Suggest pada Nona, bagi konsert seterusnya pilihlah baju yang
menarik juga sesuai dengan tema lagu.
Azhael AF 2013 - Khayalan (Ruffedge)
Komen juri – Edry KRU: Good performance, menasihati Azhael dengan pujian tu
agar tidak berasa besar kepala..sentiasa low profile.
Komen juri – Sharifah Amani: Good performance, katanya jangan besar
kepala pada pujian yang diberikan, tingkatkan kehebatan nyanyian bagi minggu
yang akan datang.
Komen juri – Roslan Aziz: Good performance! Buat lagi terbaik untuk minggu
hadapan.
Komen aku:
Persembahan yang menghiburkan dan berjaya menggamatkan suasana pentas. Level
confident tinggi. Memang berpotensi sebagai seorang penghibur. Cuma bagi aku,
minggu lepas nyer lagi awesome la.
Nabila AF 2013 - Berlari (Tomok)
Komen juri – Edry KRU: Melihat pada vokal dan nyanyian Nabila, dia belum
bersedia untuk bertanding. Nyanyiannya mempamerkan enjoy di pentas. Cuma bukan
persembahan yang terbaik buat setakat ini.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan yang tidak memukau penonton.
Menyarankan Nabila untuk tingkatkan lagi nyanyian, dengan lebih gigih untuk
persembahan yang akan datang.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan yang bosan. Mendapat undian kedua tertinggi
tapi tak setimpal dengan kebolehan nyanyian Nabila.
Komen aku:
Nyanyian Nabila kurang bertenaga, persembahannya jugak tak menyakinkan.
Penceritaan lagu gagal sampai kepada penonton. Bagi aku vokal Nabila sedap cuma
vokalnya tak power, mungkinkah seperti apa yang diperkatakan oleh Edry ‘Nabila
belum bersedia untuk dipertandingkan’. Kesian pulak aku tengok si Nabila, asyik
menjadi bahan bualan. Oh Nabila, tabahkan hatimu…
Aisyah AF 2013 - Tunggu Sekejap (P. Ramlee)
Komen juri – Edry KRU: Nyanyian Aisyah ada karakter. Persembahan yang simple,
kemas dan lebih baik dari minggu sebelumnya.
Komen juri – Sharifah Amani: Aisyah harus kongsi emosi bersama penonton.
Komen juri – Roslan Aziz: Pemilihan lagu yang tak sesuai untuk minggu ketiga ni.
Seharusnya, pilih lagu yang sesuai dengan jiwa Aisyah. Lagu yang simple tapi
bermakna.
Komen aku:
Persembahan Aisyah menghiburkan. Vokal pun sedap didengar. Pandai bermain mata
dengan kamera. Kalau dapat lagu yang bez, lagi bez kot. Hihihi…
Faizul AF 2013 - Gerimis Mengundang (Slam)
Komen juri – Edry KRU: Pemakaian Faizul simple. Lagu agak berat dinyanyikan.
Pilih lagu yang sesuai dengan vokal Faizul. Menyarankan Faizul untuk
menonjolkan karakter diri dalam nyanyian.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan biasa.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan biasa. Menyarankan Faizul untul tonjolkan
penampilan diri yang menarik. Pakaian yang dipakai kelihatan ‘hodoh’. Nyanyian
sedap cuma terganggu oleh pemakaian Faizul.
Kome aku:
Penceritaan lagu yang sampai kepada penonton. Ada penghayatan lagu, berjaya
membawa emosi buat penonton. Harus baiki lontaran vokal semasa membuat high
note, supaya tak dengaran seperti mengejut. Kalau boleh semasa menyanyi
kurangkan pergerakan kepala Faizul. Coz banyak sangat bergerak ke kiri ke
kanan. Rantai tu rasanya tak perlu pakai kot. Nyanyian lagu harus sesuai dengan
tema pakaian. Lagu balada jangan tampilkan warna yang bermacam jenis, design
baju pun sama. Kurangkan accessories. Simple itu terbaik!
Indah AF 2013 - Pelitaku (Zureda)
Komen juri – Edry KRU: Lagu Pelitaku tak sesuai tonjolkan vokal Indah kerana
penggunaan rangkap dan irama lagu yang berulang-ulang. Baiki sebutan ‘t’.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan menghiburkan, penampilan tak
cantik untuk minggu ni. Menyarankan Indah untuk pilih imej yang tepat untuk
persembahan atas stage.
Komen juri – Roslan Aziz: Good performance. Menyarankan Indah untuk membuat yang
lebih baik bagi minggu hadapan. Gunakan taktik untuk menarik undian penonton.
Komen aku:
Persembahan hebat dan mengagumkan. Lontaran vokal yang sedap sama ada low note
dan high note. Persembahan yang bersahaja tapi cukup memukau. Suka pada
confident level Indah. Meluahkan segalanya menerusi lagu. Emosi yang sampai
kepada penonton dan penonton merasai emosi Indah. Cuma pakaian Indah nampak
kurang sesuai, bulu apakah itu? Hihihi..hope next week Indah akan memberikan
persembahan lagi terbaik dari minggu ke
minggu. Well done Indah.
Ada komen yang positif malah ada kritikan yang pedas. Buat bintang AF 2013, ambil segala komen ni dan baiki lagi persembahan untuk konsert yang akan datang. Jadikan komen ini sebagai pembakar semangat untuk mencabar diri anda di Konsert AF 2013 minggu keempat nanti!
Aku suka tengok AF tapi tak pernah nak undi. Hahaha..kelakar pulak rasa. Sebagai hiburan je untuk bersantai bersama yang tersayang.
Berakhirnya konsert minggu ketiga
AF 2013, disambut dengan penyingkiran..
Ingin mengetahui komen juri di minggu pertama dan kedua? Jom terjah!
14 comments
Wahh detail's yumida bagi info..
sy tak pernah lagi tengok af baru nie
Dya pernah tgk sekali je. Haha. Tu pun konsert pertama. Lepas tu xtgk dah
amboi..semangat ni layan AF..akak pon tengok jugak..yang heran,nape yang tak sedap leh dok tangga teratas..kesian yang lain..cam tak adil..
dlu tak layan gak af ni..baru2 ni dh start layan sbb suke tgk zizan..hihi..apa2 pun mmg tak sangka nabila boleh duk tmpt kedua..dan paling tak sangka dia boleh masuk bertanding..
umah sewa sya takde astro. so tak tengok lagi. kne tunggu balik kg la nmpaknya. tengok ulangan
saya memang pemiant af...hihihi..layan je.
lom dpt tgk lg
Siapakah pemenang dalam berpantun?
http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/pemenang-segmen-berpantun-by-shakira.html
wahhhh betul2 details yumida review pasal AF ni.. mmg peminat tegar sungguh ni.. ala.. tgk pun dah kira bagi sokongan la tu.. x yah undi.. abiskan kedit je..hakhak...
masih tiada yg best minggu ke-3,
bila ler plak nk tgk diorg mnari sambil nyanyi,
xkan menuju puncak je mnari,
x best langsung.
samalah kmk org sigek family.. nangga ajak tapi sik pernah undi, kecuali time hafiz dolok. ya pun sigek undi seminggu. haha! Cuma AF tok jak sik tengok.
peserta man yg paling meyerlah musim ni
af tahun ni mcm x best je.. minat betul awk ye.. hehe bagus2.. info yg menarik tuk kawan2 yg minat. hehe
terbaiklah...!
detail semuanya.. :)
EmoticonEmoticon