Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30

KLIK BANNER UTK JOIN

Hush…sakit pulak kaki aku duduk lama-lama cenggini. Tak gerak nanti kang, krem! Gerak banyak sangat nanti orang perasan. Da la big day arini. Jadi orang penting! Shhhh…jangan la mengelabah sangat. Cool je wokeh. Fuh..fuuuuhhh (sambil hembus nafas).

Gerak sikit..ke kiri, ke kanan. Mengeliat sambil pura-pura betulkan tudung. Pandai bebeno aku buat action erk.

Tapak tangan dah sebaldi berpeluh ni! Nak lap kat kusyen ni kang nampak macam basah lak. Dah la bebudak ramai depan ni. Kang tak pasal-pasal aku dituduh kencing kat kusyen ni. Oh tidak! Haaa! Nak lap sikit kat awning tudung ni. Hah..hah…hambek! Hehehe..apsal aku seronok sengsorang ni.

Panjang bebeno pantun balas membalas diorang ni. Meh la cepat sikit. Tak sabar nak pakai cincin bling-bling ni. Eh… Encik Hamdan pandang sini la. OMG…pandangan tu bikin aku melting! Oooops..cover sikit! Buat ala-ala ayu sambil pegang tudung!


Maafkan aku tudung. Aku tahu kau tak perlu diperbetulkan. Kerana dirimu cukup ampuh dengan kekerasan awningmu. Takkan mengelepet biarpun ditiup angin kencang. Oh pandangan itu sungguh mempesonakan. Indah sungguh perasaan ni. Tudung…kau telah banyak berjasa dengan ku. Pasti akan ku framekan dirimu untuk tatapan cucu cicit tercinta. Bukan sekarang, tapi di masa akan datang. Dengan tajuk bingkaimu, ‘Teguhnya Cintaku Seteguh Awning Tudung Suci Ini’.

TAMAT: 25 OKTOBER 2013

12 comments

selmt bersegmen.. tp mana dialognya? hihi

Tahulah hadiahnya topup bernilai RM30, ngam2 pula ada 30 peserta yang sudi join. RM1 soranglah nak? Haha gurau je. Thanks atas sokongan korang. Nantikan keputusannya ya. Good luck!

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/senarai-peserta-bikin-dialog-gambar.html

Jalan2 sini dari segmen sama.. Gudluck sis Yumida! Mak aih, panjangnya dialog.. Dah boleh wat skrip pilem.. Hikhik! ^_^
ZON PERMAISURI CHOMEL

Perhatian semua, ada pertambahan hadiahlah :) Suka tak? Suka tak? Hehehe :)

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/pertambahan-hadiah.html

Siapa yang menang tu?? Huhu jom tengok :)

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/pemenang-bikin-dialog-gambar-minah-ni.html

Tahniah sis Yumida! Menang topup RM30 tu.. ^_^
ZON PERMAISURI CHOMEL

Panjangnya dialog Yumida....terbaik ni.....semoga success.....dah success pun dah ni.....tahniah menang ya sayang...lv from kak Ummi ^_^


EmoticonEmoticon