Konsert AF 2013 Minggu Kelima | Komen Juri

As salam buat rakan pembaca,

Sape yang tengok Konsert Minggu Kelima Akademi Fantasia (AF 2013) pada 13 Oktober 2013 yang lepas? Well, sebagai penonton yang menonton konsert minggu kelima AF 2013 ni.. Apa komen korang mengenai persembahan mereka pada malam tersebut?

Berikut merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh bintang AF 2013 di konsert minggu kelima. Jom terjah komen para juri.

Nabila AF 2013  Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan Nabila biasa sahaja, pakaian nampak cantik.
Komen juri – Sharifah Amani: Nampak peningkatan Nabila minggu ni, juga Nabila nampak ceria di pentas.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan Nabila menghiburkan!
Komen aku: Persembahan Nabila nampak menyakinkan, happy di stage, boleh baiki lagi part vokal agar kelihatan kukuh dan bertenaga.

Amira AF 2013 Skyfall (Adele)
Komen juri – Edry KRU: Lagu Skyfall sesuai dengan suara Amira.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan yang menyerlah. Amira boleh lagi baiki pronounciation/diction.
Komen juri – Roslan Aziz: Wow! katanye. Suka pada nyanyian Amira. Setuju komen Sharifah Amani.
Komen aku: Genre lagu yang sesuai dengan Amira. Persembahan nampak menarik, menyakinkan.

Azhael AF 2013 Pecinta Wanita (Irwansyah)
Komen juri – Edry KRU: Nyanyian Azhael hanya ok sahaja. Jarak antara satu sama lain di stage agak jauh. Tak nampak keserasian sebagai penyanyi duo.
Komen juri – Sharifah Amani: Energi lagu ni menurun.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan mengecewakan! Persembahan menurun dari minggu ke minggu selepas nyanyian ‘Khayalan’.
Komen aku: Bagi aku terlampau banyak arrangement lagu. Yang mana akhirnya kedengaran gubahan lagu tu menjadi kurang sedap dinikmati. Nyanyian Azhael kurang menarik minggu ini. Cuma, kehadiran artis-artis jelita di pentas berjaya menceriakan suasana.

Indah AF 2013 Pergi Aizat)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan simple. Tayangan video menenggelamkan sinar bintang Indah.
Komen juri – Sharifah Amani: Setuju dengan komen Edry.
Komen juri – Roslan Aziz: Penyanyi hebat, nyanyian baik. Indah merupakan gifted singer. Juri mengharapkan Indah akan meneruskan karier nyanyian selepas keluar dari AF nanti.
Komen aku: Persembahan Indah yang bersahaja tetapi cukup memukau! Emosi lagu sampai kepada penonton. Indah menyanyi dengan penuh keyakinan dan menjiwai lagu tu. Good job Indah!

Irmisa AF 2013 My Heart (Irwansyah & Acha Septriasa)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan menarik, vokal juga ok, ada keharmonian lagu. Nampak kelemahan Irmisa, hanya sesuai sebagai penyanyi latar. Kelebihan diri tidak menonjol.
Komen juri – Sharifah Amani: Setuju dengan pendapat Edry. Ada sesuati yang ‘missing’ mengenai Irmisa. Menyarankan pada Irmisa untuk untuk mendalami lagu.
Komen juri – Roslan Aziz: Irmisa penyanyi yang berbakat!
Komen aku: Persembahan Irmisa yang menarik, arrangement lagu yang sedap didengar, nyanyian lebih harmoni.

Faizul AF 2013 Ajari Aku (Annuar zain)
Komen juri – Edry KRU: Lagu ni tak sesuai untuk Faizul. Terlalu besar bagi Faizul. Yang akhirnya mendedahkan kelemahan/kekurangan diri Faizul.
Komen juri – Sharifah Amani: Cari kelebihan diri sendiri. Tonjolkan keunikkan diri sendiri.
Komen juri – Roslan Aziz: Faizul seolah meniru penyanyi asal lagu ni. Lagu yang tak sesuai untuk Faizul.
Komen aku: Persembahan Faizul yang nampaknya terlalu mencuba. Part high note kedengaran kurang menarik untuk didengar. Dan aku setuju pada Edry, jiwa lagu ni terlalu besar, hanya sesuai dinyanyikan oleh orang tertentu sahaja.

Suhada AF 2013 Aku Mahu Dia (Hazama)
Komen juri – Edry KRU: Suhada ada karakter tersendiri, cuma Suhada perlu tampilkan kebolehan diri. Persembahan, nyanyian, pakaian nampak kasual, lagu ni tidak memberikan apa-apa perasaan.
Komen juri – Sharifah Amani: Setuju dengan pendapat Edry. Persembahan Suhada rasa kosong.
Komen juri – Roslan Aziz: Suhada ada imej tersendiri. Nyanyian sumbang, persembahan kelihatan seperti badut. Movement Suhada di stage nampak kasual, tak pandai menggunakan ruang pentas.
Komen aku: Pakaian nampak kelakar, penampilan Suhada minggu ni kurang kemas. Vokal Suhada lemah dalam menyanyikan lagu ni. Adakalanya suaranya tidak kedengaran. Tenggelam di sebalik tariannya.

Aisyah AF 2013 Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslow)
Komen juri – Edry KRU: Pakaian Aisyah nampak pelik. Nyanyian Aisyah ada karakter, persembahan yang original tanpa meniru penyanyi asal.
Komen juri – Sharifah Amani: Pakaian Aisyah agak mengganggu pandangan. Juri suka pada suara Aisyah, ada connection dengan penonton, juga berjaya menjiwai lagu.
Komen juri – Roslan Aziz: Pemilihan lagu yang sesuai dengan suara Aisyah. Menyarankan Aisyah baiki part high note tu. berharap agar suatu hari nanti Aisyah boleh menjadi somebody.
Komen aku: Arrangement lagu tu adakalanya sedap didengar, tapi ada beberapa part tak sedap didengar. Nyanyian ok, penghayatan lagu ok, kalau pakai kasut lagi ok. Haha..

Konsert AF 2013 Minggu Kelima | Komen Juri, Konsert Akademi Fantasia 2013 Minggu Kelima, kritikan Konsert AF 2013 Minggu Kelima, komen Konsert AF 2013 Minggu Kelima, gambar Konsert AF 2013 Minggu Kelima

Berakhirnya konsert minggu kelima AF 2013, disambut dengan penyingkiran..

Secara keseluruhannya, nampak ada peningkatan beberapa orang bintang AF 2013 minggu kelima ni. Pemilihan lagu jugak turut membantu menyerlahkan  potensi mereka. Ada prestasi yang menaik, statik, malah menurun pun ada. Kalau ditanya siapa bintang AF 2013 kegemaran aku? Pastinya INDAH the best! Minggu ke minggu!

Ingin mengetahui komen juri selama Konsert AF 2013 berlangsung? Jom terjah!

17 comments

singgah. :) yumida suka yang mana? hehe

Shark punya komen x sertakn skali ke.
Hehe.

tahu kt sini jer tak der peluang nak tengok kt tv astro..

yumida sihat ker?

wahh minggu ke 5 suda..sedar tak sedar.cepatnya :D

Next AF bole panggil Yumida la untuk juri...ada ciri2 juri dah ni...hehe...

Next AF bole panggil Yumida la untuk juri...ada ciri2 juri dah ni...hehe...

Next AF bole panggil Yumida la untuk juri...ada ciri2 juri dah ni...hehe...

Next AF bole panggil Yumida la untuk juri...ada ciri2 juri dah ni...hehe...

Suka baca komen2 tu.. syabas ye :)

Akak mmg tak layan dh konsert af nie.. hehehe

mggu ni nye AF tb xlyn la..bz berjalan hehehe..TB da isi tabung yumida jugak.. ;)

1st time km nangga AF dari awal.. cuma sampe part sidak berdangdut jak ya lah.. paling suka Indah, org madah nya dolok penyanyi.. bena kah?

deqla x penah tgk.. x berminat rasanya..huhu


EmoticonEmoticon