David Teo tidak menghalang Diana Amir berkahwin

Isu larangan bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai bersama MIG Talents yang dibangkitkan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebagai alasan punca mereka merahsiakan hubungan cinta dan perkahwinan mula diperdebatkan.

Tak kurang yang melihat alasan pasangan itu terpaksa mencari sebab takut dimarahi David Teo apabila melanggar kontrak, sekali gus tergamak untuk berkahwin secara rahsia dan menipu demi menyelamatkan diri. Ironinya, kalau dilihat ada artis di bawah bumbung MIG tak kira yang masih diuruskan atau tidak contohnya seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan Intan Ladyana tidak langsung menjadikan alasan bercinta atau berkahwin untuk menyembunyikan kebenaran.

 gambar Diana Amir, Diana Amir bertunang, Diana Amir bakal berkahwin

Malah isu larangan bercinta dan berkahwin itu turut mendapat perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) hingga menggesa syarikat produksi tempatan yang berbuat demikian memansuhkan syarat berkenaan kerana ia dianggap mencabuli hak asasi manusia yang mempunyai fitrah untuk disayangi dan menyayangi.

Di MIG, David bertanggungjawab atas artis naungannya dan apa dilakukannya itu dilihat wajar. Dalam konteks Islam pun, lebih afdal jika menjalinkan cinta selepas kahwin. David sendiri pernah cakap, sesiapa boleh jadi baik jika mengikut ajaran agama masing-masing.

gambar Diana Amir, Diana Amir bertunang, Diana Amir bakal berkahwin

Diana Amir yang juga artis naungan MIG bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelajar peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini, diajukan persoalan sama ada benar larangan bercinta dan berkahwin seperti syarat dalam kontrak bersama MIG menjadi beban kepadanya.

gambar Diana Amir, Diana Amir bertunang, Diana Amir bakal berkahwin

Diana, 27, dan Habibullah, 26, dijadualkan melangsungkan pernikahan selepas solat Isyak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sidang media mengenai pernikahan mereka diaturkan pihak MIG dan berlangsung di pejabat syarikat berkenaan, petang Jumaat lalu. Pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan selama setahun.

gambar Diana Amir, Diana Amir bertunang, Diana Amir bakal berkahwin

B*POP: Berapa lama lagi kontrak bersama MIG?

Diana: Masih berbaki setahun dan Diana sudah bersama MIG sejak 2009.

S: Sepanjang awak jadi artis naungan MIG, ada tak syarat awak dilarang berkahwin?

J: Ya, macam ada... tapi yang Diana tahu tak boleh membabitkan soal cinta sesama artis naungan dan krew MIG. Tapi, perkara macam ini fleksibel, pihak pengurusan MIG pun tak marah apabila Diana beritahu dah bertunang.

S: Apakah syarat larangan berkahwin dalam kontrak MIG menjadi beban kepada awak?

J: Sejak awal lagi, David Teo sudah umpama ayah angkat Diana dan begitu juga dengan artis naungan MIG yang lain. Sejak dulu juga, kalau ada berkawan dengan sesiapa, Diana tak ketinggalan memberitahu perkara itu kepadanya. Selalunya, David memberi nasihat untuk Diana pertimbangkan termasuk soal mencari teman hidup dan hal berkaitan itu dan ini. Bagi Diana, nasihatnya itu semestinya untuk kebaikan Diana. Disebabkan ayah Diana jauh di Johor Bahru, jadi secara tak langsung David yang akan dirujuk Diana kerana dia lebih dekat. Lagipun David sudah lama di arena seni dan apa yang ditegur atau dinasihati demi kebaikan bersama. Diana tak melihat isu larangan bercinta atau berkahwin seperti dalam kontrak kerja sesuatu yang membebankan.

S: Bagaimana pula rancangan awak yang nak berkahwin tak lama lagi?

J: Macam Diana cakap tadi, sesiapa yang menjadi teman akan diperkenalkan kepadanya. Kalau yang kita kawan itu OK, David akan beri lampu hijau dan begitulah sebaliknya. Tak langsung marah sebaliknya jika David tak berkenan dengan sesiapa yang Diana kenali, itu bererti David risau dengan diri Diana. Di MIG, David bertanggungjawab atas artis naungannya dan apa dilakukannya itu dilihat wajar. Dalam konteks Islam pun, lebih afdal jika menjalinkan cinta selepas kahwin. David sendiri pernah cakap, sesiapa boleh jadi baik jika mengikut ajaran agama masing-masing.

Apabila David melarang itu bererti beliau bimbang ia akan mendorong kepada permasalahan sosial. Kalau teman Diana yang David suka dia tiada masalah atau bantahan. Malah, David dan isterinya, Jane serta staf MIG banyak membantu Diana memberi kelancaran dalam hal nak kahwin termasuk mengadakan sidang media mengenai pernikahan. Kalau kita serius dalam sesuatu perkara, MIG pasti membantu apa yang patut. Cuma dalam soal nak kahwin, keputusan itu di tangan Diana.

S: Awak perkenalkan bakal suami kepada David?

J: Diana mengenali bakal suami sejak dua tahun dan Diana akui hanya memaklumkan perkara pertunangan kepada David selepas persetujuan keluarga kami dicapai. David minta Diana memperkenalkan tunang kepadanya. Tetapi Diana hanya memberi gambaran kepadanya saja mengenai tunang. David OK dan memberi sokongan. Lagipun ia perkara baik.

gambar Diana Amir, Diana Amir bertunang, Diana Amir bakal berkahwin

S: Komen mengenai isu Wawa dan Aeril?

J: Diana tak berhak masuk campur dan apa yang terjadi antara mereka dengan David boleh diumpamakan masalah keluarga. Apa yang Diana boleh katakan, Diana tumpang gembira kerana mereka sudah memiliki anak hasil perkongsian hidup. Harap juga kontroversi yang melanda mereka akan surut tak lama lagi.

S: Apa perkembangan terkini?

J: Diana sekarang lebih banyak membabitkan diri dalam dunia pengacaraan berbanding lakonan. Diana ada mengacarakan program Semangat Intelek Swadaya di TV9 yang sudah memasuki musim kedua. Diana turut mengacarakan program Sunsilk Hijabku Gayaku yang akan disiarkan di TV9 dan TV3. Kali terakhir Diana berlakon filem ialah menerusi filem Salam Cinta di samping Kamal Adli.



Tahniah diucapkan buat Diana Amir. Moga dipermudahkan urusan majlis nikahnya nanti.

21 comments

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka & beroleh kebahagiaan dunia & akhirat.. amin. Thanks sharing Yumida.. Salam hujung minggu :)

Tahniah buat pasangan tok.. ;)

setuju syarat itu dimansuhkan.....

macam-macam hal. apa pon. suka tengok diana bertudung.

alhamdulilah akhirnya diana amir akan menamatkan zaman bujangnya..amin

tahniah diana..comel betul dia..

kena tunjuk dekat david teoh dulu yea...hehehe..

apapun, selamat pengantin baru buat diana..

ihihi suka sangat dengan dia ni dan seronok dengar dia nak kahwin. :D

makin cantik dan berseri seri diana amir ni sekarang :)

cantik sungguh diana amir ni :)

ayie rasa mungkin krn faktor usia..wawa dihalang bercinta oleh david teo kerana merasakan dia masih muda..ketika itu usianya baru mencecah 20 tahun...apapun semua dah berlalu kn.

dah macam omputeh pulak ada kontrak takbole kawin. apa pun tahniah untuk Diana Amir :)

Yumida.. cer singgah sini.. mcm yumida menang jea.. http://fiqansz.blogspot.com/

tahniah buat diana amir and tunangnya.. :D

makin cantik diana ni kan... :)

apalah hak david tu nak halang org berkahwin kan.. huhu.. tahniah buat diana dan pasangan.. cantik diana ni.. retis icon!

cantik gambar perkahwinan diana ni...


EmoticonEmoticon