Saya
sayang Malaysia kerana…
1)
…Malaysia aman damai. Rakyat hidup dalam
harmoni. Rasa selamat tinggal di negara sendiri. Even setiap hari berlakunya
kes jenayah namun kegiatan tu masih dalam kawalan pihak polis. Juga terkadang
berlakunya demonstrasi jalanan tapi keharmonian sejagat tetap utuh. Kukuhnya
kedamaian negara kita bak tertera dalam prinsip
Rukun Negara yang keempat iaitu Kedaulatan
Undang-Undang. Undang-undang yang menjamin keselamatan rakyat Malaysia.
Sangat berterima kasih pada barisan keselamatan dan pertahanan Malaysia.
2)
…rakyat Malaysia prihatin. Bertuahnya saya kerana menjadi salah seorang penduduk
bumi Malaysia. Jika disiarkan program kebajikan, ramai yang menghulurkan bantuan. Tidak kira agama,
bangsa…Melayu, Cina, Tamil dan
lain-lain lagi. Semuanya bermurah hati memberikan bantuan. Jika berlaku
kemalangan di jalan raya, masing-masing menawarkan diri membantu mangsa
kemalangan. Walaupun tanpa pertalian darah. Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat
prihatin dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni.
3)
…mempunyai ekonomi yang kukuh. Begitu besar
peranan perdana menteri kita dalam menerajui bidang ekonomi negara. Walaupun
baru-baru ini kita dikejutkan dengan krisis
kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter. Saya akur menerimanya. Andai
itu yang terbaik untuk memulihkan keadaan ekonomi kita. Juga telah disarankan
oleh mereka yang arif dalam pembangunan negara. Bayangkan jika keadaan negara
dengan ekonomi yang tidak stabil dan merudum jatuh, pastinya kita sebagai
rakyat akan terjejas teruk! Tapi Alhamdulillah, indahnya menjadi rakyat
Malaysia dengan ekonomi yang stabil dan
kukuh.
4)
…pemerintahan yang adil. Pembahagian
pembangunan yang sama rata buat semua negeri-negeri yang tertakhluk di bawah
Malaysia. Walaupun Sabah dan Sarawak nun jauh di sana dipisahkan oleh Laut China
Selatan. Namun, kami di sini juga merasai pembangunannya. Di bandar dibangunkan
pelbagai frasarana. Di desa diberikan kemudahan jalan raya, bekalan air,
bekalan elektrik. Seperti yang kita ketahui, begitu besar dan luasnya kawasan
Sabah dan Sarawak. Tapi pihak pemerintah
sangat adil dan bermurah hati, dengan memperuntukkan sejumlah dana sebagai
pembangunan. Moga bajet 2014 nanti,
kita akan mendengar lebih banyak isu pembangunan yang akan dibentangkan nanti.
5)
…pihak kerajaan sentiasa membantu mereka yang
kurang berkemampuan. Contohnya melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program e-kasih, bantuan ibu
tunggal, bantuan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU)
dan sebagainya. Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban
mereka yang berpendapatan rendah. Alhamdulillah, beruntungnya menjadi rakyat
Malaysia. Yang miskin dibantu, hulurkan tangan ringankan beban. Malahan ia
bukan hanya menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah, malahan golongan umum
turut menerima faedah.
Program lain antaranya Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), Bantuan
Khas Awal Persekolahan, Skim Amanah Rakyat
1Malaysia (SARA 1Malaysia), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar
Buku 1Malaysia (BB1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma), Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA), 1AZAM, Coop 1Malaysia (Coop1M), Rebat RM200 – Pakej Komunikasi Belia, Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dan banyak lagi!
6)
…perpaduan yang utuh! Seperti yang kita
ketahui, Malaysia amat kaya dengan pelbagai
bangsa, agama, kaum dan kesemuanya hidup secara harmoni. Saling menghormati
antara satu sama lain lantas mewujudkan perpaduan.
Sehinggakan konsep 1Malaysia itu
diwujudkan demi menyemai perpaduan sejagat. Alhamdulillah, gembiranya kita
apabila bangun dari tidur setiap hari memikirkan perancangan yang akan
dilakukan hari ini tanpa risau memikirkan tentang rusuhan kaum.
I’m proud to be Malaysian!
Alhamdulillah,
yumida memenangi tempat pertama untuk karangan ni yang bertajuk Giveaway Saya Sayang Malaysia. Terima
kasih diucapkan buat tuan penganjur GA, JiwaRosak. Juga penaja hadiah yang baik
hati: Izzat Nazmi, Ieta Mat Sa’ad, Delima Zamrud, Mohd Ridzwan, Cik Gksb. Moga korang sentiasa dimurahkan rezeki. Hadiah yang Yumida dapat ialah:
Syukur
Alhamdulillah…
33 comments
tahniah yumida memang bertuah :)
murah rezeki yumida...
tahniah..!
tahniah ! entry ringkas dan padat.. senang di fahami..^^
tahniah dear (^_^)
congrats dear.. awak memang layak..huhu saya klik2 sini ye.. ^_^
CONGRATS DEAR..
Tahniah!
wahhh terbaiklah karangan yumida tu.. mmg layak menang tmpt pertama.. tp.. err.. malaysia x berapa nak aman la sekrg.. byk kes bunuh sana sini.. takot..huhu...
Tahniah . I'm proud ♥
tahniah kak yumida..=)
Tahniah Yumida :) murah rezeki ktk tek..klik tabung kat sini..semua nak klik ni..
syukur.. rezeki yumida..
taniah syg! :)
rezeki u dear dpr rm1o0...sapa nak bagikan..heee
congrats sis... me too...love msia so much!!! hehe
fa dah menabung kat cnie..jom menabung n click2 kat page fa ^_^
tahniah yumida :)
tahniah kak Yumida! ^^
Tahniah yumida (^_^)
Tahniah Yumida :)
tahniah...
tahniah kak umi, semangat patriotik akak tu patut dicontohi oleh belia skrg..kalau kta x syg negara sndiri dan agung2kan negara lain,macam x layak dipanggil rakyat Malaysia :)
tahniah... semoga berterusan murah rezeki =)
tahniah!!!
╔════════════════════════╗
║
║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
║
╚════════════════════════╝
wah tahniah sis...:)
tahniahhh... :D
saya sayang malaysia sebab malaysia tempat sy dilahirkan.. walau apa jua keadaan malaysia dulu kini dan akan dtg insyaAllah tetap akan syg..
kathy pun syg malaysia..
Tahniah....done klik tabung.
Tahniah Yumida..
tahniah... hehe
saya bangga dengan Malaysia :)
Tahniah Yumida :)
wauu kalau saya tahu ada giveaway macam ni tentu sy join jgk nih..
tahniah dear..........
EmoticonEmoticon