Pheonix Giveaway

KLIK BANNER UTK JOIN

PENGALAMAN YUMIDA DI BULAN RAMADHAN:


Masa aku kecik-kecik dulu, aku paling suka bila tibanya bulan Ramadhan. Sebab apa? Sebab..inilah masanya aku mengumpul wang simpanan. Mak aku bersama makcik-makcik aku yang lain aktif running kan business persendirian berhad. Bisnes membuat kuih. Manakala tugas aku pula sebagai penjaja kuih. Sape tak kenal suara buluh perindu ni??? “Kuih! Kuih! Karipap..donut..cucur pisang..kuih!! kuih!!!” Haa...dari jauh orang dah cam suara aku.
  


Bila jumpe pelanggan...ala makcik pakcik kat kampung tu. Aku pun bodek la diorang..kasi suruh beli kuih aku.
  


Ayat biasa aku pakai.. “Karipap ni sedap makcik..ni budak-budak kompom suka! Esoknya..kompom diorang semangat nak puasa dan mintak beli karipap lagi. Tak caya..makcik test beli sebungkus. Wait and see tomorrow makcik!”. Aku cakap dengan konfiden nya. Of course la hati makcik tu cair dengar pujukan aku kan. Lebih-lebih lagi budak-budak susah nak tahan puasa. Nampak tak skill mengayat aku kat situ. Hahaha..
  


Tu bila jumpe makcik. Lain pulak bila jumpe pelanggan kategori nenek. Haaa..yang ni bez! Tak perlu aku nak promote kuih bagai. Nenek tu kompom akan tanye kuih apa aku bawak hari ni. Sebungkus dua kompom dirembat oleh sang nenek. Lepas tu kan...ehem-ehem..nenek tu akan bagi aku lebihan syiling yang dia ada. “Nah..ni untuk Yumi..buat belanja sekolah”. Aku apa lagi..rasa macam nak melompat je.
  


Penat tu..memang penat la. Bulan puasa katakan..nak kena jalan lagi..kasi jaja kuih. Setiap bungkus kuih yang berjaya aku jual, aku dapat komisen 10 sen. Imaginekan korang kuih tu ade 20 bungkus. Means sehari upah jualan aku RM2. Banyak tu weh! Dulu duit memang sukar nak carik! Nak mintak dengan orang tua...takkan kena layan nyer. Sian kan..huhuhu..

So, dengan cara menjaja kuih di bulan Ramadhan ni peluang untuk aku carik duit sendiri. RM2 darab 28 hari berpuasa..haaa..kan dah dapat kumpul RM56. Tu belum campur duit syiling yang nenek-nenek di kampung derma kat aku. Wah...hepi giler bila nampak duit banyak. Mata pun jadi bling-bling gitu.

Yang beznya lagi..bila time Hari Raya. Aku paling banyak dapat angpau Raya. Makcik, pakcik, nenek-nenek yang kenal muka aku si penjaja kuih ni akan bagi angpau kat aku.
  


Zaman dulu-dulu susah weh tuan rumah nak kasi angpau. Tak macam sekarang, boleh dikatakan setiap rumah akan bagi angpau pada budak-budak yang datang beraya. Zaman dulu-dulu...sob..sob..sedeh! Ye la..dulu-dulu kehidupan pun sukar. Duit susah nak cari. Dan sehingga sekarang menjadikan aku seorang yang berjimat-cermat. Alhamdulillah...

Itulah kenangan terindah everytime mengimbau balik pengalaman berpuasa ketika diriku di zaman kecik dahulu. Sungguhpun begitu...pelbagai dugaan yang harus ku tempuhi sepanjang bergelar sebagai penjaja kuih. Nak tahu???

Jalan punye jalan....’pap!’ aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa ni????! OMG...takmo! takmo! Sambil kaki menguis-nguis kat rumput. Bau semerbak weh..
  


Kaki menghayun langkah dengan pantas dan cepat. Semangat menjaja kuih berkobar-kobar. Kene pulak cuaca panas..membakar metabolisma badanku! Pergerakanku seperti pelari pecut negara. Nak cepat sampai umah pelanggan katakan. Tetibe.... ‘tup!’ Eh! Apsal lain macam je kat kaki aku ni. Hampir-hampir jugak menyebabkan aku jatuh tersembap! Rupanyaaaaa...



Malang tak berbau..aku pernah dikejar oleh haiwan ni. Menyebabkan aku berlari lintang pukang. Habis segala selipar, bakul kuihku terpelanting dek kerana muncungnya yang keramat! Argh.....benci bangat aku dengan haiwan ni..
  


-TAMAT-

Hope korang enjoy membaca kisah Ramadhanku ketika ketika zaman kecikku.

Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Mari kita mengerjakan ibadah dengan hati yang mulia,
Perbanyakkan amal jariah..ikhlas keranaNya,
Moga hidup kita diberkati olehNya..aamiin.

SALAM RAMADHAN BUAT RAKAN BLOGGER SEKALIAN :)

TAG:

TAMAT: 28 JULAI 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments

he3 pnjg gak 2 =) good luck..nk join jugak la nnti

heheheh...10 sebab tuh sy buat memain jer lah...x yah bwat pon x pe...hehehe...n'way,thanx coz pk sebab...n'way,x letak url kat comen box lg...thanx join...hehehe..mungkinkah anda salah seorang pemenang???semoga berjaya...heheheeeh...kalau nak join skali hadiah misteri buang 10 sebab n gantikan ngan cerita...heheheh...

datang klik iklan...n'way tarikh tamat diawalkan pada 28/07/2013 sebab adiah misteri sampai minggu depan..hehehe...

tahniah!!!cik yumida pemenang 2 hadiah!!!
1)tuppuware bulat brand tesco
2)the best entry angpau raya rm20
http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/07/senarai-pemenang-pheonix-giveaway.html