Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac

KLIK BANNER UTK JOIN









Doa Untukmu Si Sweet Gule

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku...Si Gule pada 19 Mac nanti. Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun yang sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak, berkat dan diredhai olehMu. Ya Allah...Kau bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.

Ya Allah..

Ku panjatkan kesyukuran padaMu..kerana masih lagi memberi nafas buat sahabatku..Si Gule. Menginjak angka usia ke satu tahun lagi...Alhamdulillah. Sempena di hari kelahirannya yang bakal menjelang 19 Mac nanti, aku memohon kepadaMu..kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,  terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..
 
HambaMu ini mengakhiri dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini Si Gule. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Jadikanlah dia sebaik-baik wanita iaitu muslimah sejati.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

TAMAT: 19 MAC 2013


6 comments

Ya Ampun! Gigihnyaaa...Hehe.. Cayalah! Sangat kreatif...

makseh sbb sudi join. kreatif.. :) pastikan dah like n follow suma sponsor k.. :)

wahhh gigih tuh join=)sangat kagum=)hehe

Hai , Mira join jugak segmen ejulz ni ! heheh godek-godek sini sambil tekan apa yang patut ^^


http://cikyanxyanx.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

Kalau Rajin Tolong LIKE ni sekali

https://www.facebook.com/pages/Cik-Mira-yanxyanx/132284383543102

Thanks ya <3

Hai . dari segmen same .
singgah la blog Isyah klaw sudi >.<

http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/02/ucapan-selamat-hari-jadi-pada-si-gule.html

Kreatifnyaa sbb tu menang LOMO , tahniahhh (:


EmoticonEmoticon