Joras Melawak Buku Sumpahan 99 Kata-Kata Fattah Amin
Dah tengok rancangan Maharaja Lawak Mega 2017 minggu 1 pada
Jumaat yang lepas? Kah kah! Berbaloi menonton MLM2017. Lawak eh! Lawak
kumpulan Joras buat aku terkenang-kenang! Masuk percuma..nak tengok kena bayar!
Menyumpah pun kena bayar. Bagus betul la. So, yang kuat menyumpah tu kena la
beringat, jangan suka menyumpah sembarangan.
Nak tengok Joras buat lawak pasal buku
sumpahan 99 Kata-Kata Fattah Amin? Tengok sini: VIDEO
MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 MINGGU 1 cari kumpulan Joras dan nikmati lawak
komedi yang confirm, pasti kelakar!
Lawak Joras Di Gelanggang MLM2017
Mula-mula pasal bayaran masuk. Masuk
PERCUMA, tak perlu bayar. Tapi kalau nak tengok, kena bayar RM2. Strategi macam
ni biasa diguna kalau pergi ke fun fair. Masuk free, kalau nak main baru kena
bayar.
Then, pasal orang minyak. Serius, aku
sendiri pun dah terbayang orang hitam legam dengan memakai spender je. tapi
mungkin diorang akan hias orang tu bagi nampak feminin, camtu la sangkaan aku
bila tengok sign board orang minyak. Sekali yang keluar orang minyak bawa pam
minyak. Sambil tanya ‘nak isi penuh ke setengah?’. Aku dah gelak
mengekek-ngekek. Rahim pun tak puas hati la, rasa kena tipu. Tulis kat atas tu
seram. Kat mana seramnya?
Rupanya seram..sebab semakin hari
minyak yang kita isi tu semakin sedikit. Seram! Minyak makin sedikit makin
dikit. Then Rahim tertengok promosi buku sumpahan. Dia yang penuh persoalan
terus tanya, buku sumpahan tu tentang apa. Bila buka kain tu, tertera buku 99 Kata-Kata Fattah Amin. Kah kah! Rahim cam pelik la, part mana yang
menyumpahnya. Shuk pun bagi tau pasal harga buku tu RM58 then banyak orang
pertikaikan pengisian buku tu. orang tak puas hati.
Rahim yang rasa tertipu pun menyumpah
Shuk. Lalu kena bayar RM2. Sebab ada notis bawah tu tulis, kalau menyumpah kena
bayar RM2. Hahah! Lawak betul! Yang last sekali nak tengok pameran seram. Keluar
la ikan duyung penuh kehodohan. Tengok video dia best! Kreatif betul la diorang
ni. Lawak MLM memang best berbanding lawak yang lain. sebab peserta
hebat-hebat!
Beli Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin
Siapa yang pernah beli buku Fattah
Amin? Buku 99 Kata-Kata tu? apa yang dia tulis? Teringin gak nak tahu. Harga kalau
beli buku tu kat Semenanjung RM58. Kalau Sabah dan Sarawak harga buku 99 Kata-Kata
Fattah Amin tu RM65.
6 comments
Thank you share..nak tgk la..hehe
BARU LAST WEEK ADA TENGOK DI INSTAGRAM FATTAH AMIN PASAL BUKU NI...BANYAK YG PERTIKAI LAYAK KE DIA MENULIS WALAUPUN BARU SETAHUN JAGUNG DI DALAM DUNIA SENI...MUNGKIN BAB PENULISAN DAH LAMA KOT BERKECIMPUNG...HAHAHAH
Kamek sik nanggar tapi tauklah jwak sebab anak murid kamek berloyar ngan kamek pasal MLM time kamek sit in. Ingat sidak berguro tek. Hahah.
Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm
Saya pun teringin nak tulis buku begitu.. Tetapj harga yg jauh lebih murah..
Buku sumpahan, hahaha.
Selamba ja melawak buku orang.
memang lawak joras..makin kretif dgn isu semasa.. tak sabar nak tgok MLM harini.. hehe
EmoticonEmoticon