Beli Telekung Lycra Murah Di Shopee Online Shop

Kat mana boleh beli telekung lycra murah? Ni haa nak bagitau kat korang, nak beli telekung murah boleh beli kat Shopee. Ish asyik promote Shopee je aku ni kan. Ye, barang baik harus la dihebahkan bersama. Biar orang lain dapat berjimat duit. Tapi nak beli dengan seller lain, terpulang pada individu. Kan duit korang. Aku cuma nak share kat mana aku beli telekung lycra murah. Bukan beli sehelai, 2 helai pun bukan, tapi aku dah beli 6 helai telekung lycra setakat ni kat Shopee.

Oooops jangan salah sangka. Aku beli telekung tu untuk aku kumpul dulu. Sebab niat aku nak bagi kat sanak-saudara bila rumah kami dah siap nanti. Ala-ala perasmian rumah la. Telekung tu untuk ole-ole diorang. Jadi, start hujung tahun lepas aku mula kumpul duit, beli telekung lycra sikit-sikit. Beli pun masa tengah sale.

Beli Telekung Lycra Murah Di Shopee Online Shop
Beli Telekung Lycra Murah Di Shopee Online Shop

Harga telekung lycra kat Shopee RM25. Free postage. Ada free tasbih. Bila ada sale bagi diskaun 20% atau pun 15% baru aku buat order. Jadi, aku hanya perlu bayar dalam RM20 – RM21 lebih la. Jimat la. Tak perlu bayar pos.

Aku pernah jugak survey harga telekung lycra kat Insta. Paling murah boleh dapat harga RM25 bila beli telekung lycra minima 10 helai. Kos postage tak termasuk. Wooo berapa la caj postage. Bayangkan kain lycra tu berat. Kalau sehelai hampir cecah 900 gram.

Buat korang yang tengah tercari-cari hadiah untuk ibu, haa sesuai sangat telekung lycra ni dijadikan hadiah. Beli la masa tengah sale. Kena intai la bila sale tu ada. Hihi.. Berbaloi beli telekung lycra kat Shopee, jimat. Service pun bagus. Puas hati.

1 comments so far

EHH..MURAH BETOI TU...SELALU TENGOK TELEKUNG PUN HAMPIR SERATUS RINGGIT & ADA YANG MAHAL LAGI DARI TU...


EmoticonEmoticon