Kalau kat tempat korang ada aircond, Notebook Cooler Pad tak la diperlukan sangat. Sebab Notebook Cooler
Pad fungsinya untuk menyejukkan laptop
korang. Begitu jugak untuk CPU komputer yang besar gedabak tu, pun ada gak
kipas khas untuk sejukkan CPU.
Gambar Notebook Cooler Pad – kipas angin penyejuk laptop
Harga: RM35
Jenama Tinytech model NB-C021
Ciri-Ciri Notebook Cooler
Pad:
- ada 2 kipas
- kipas beroperasi dengan senyap, takde bunyi weh
- coller ni boleh digunakan untuk laptop bersaiz dari 9 inci
ke 17 inci
- kelajuan kipas 750 – 1500 RPM
- suhu kipas 6.5 – 4.5 degree
Memandangkan kawasan kediaman aku berhampiran tepi laut, suhu
kat sini memang tinggi. Start jam 11 pagi dah terasa bahang matahari. So, bila
takde Notebook Cooler Pad rasa risau gak bila on laptop. Takut motherboard
terlampau panas, boleh rosakkan motherboard laptop. Harga motherboard tu
perghhhh… Bak kata orang kedai, daripada gantikan motherboard better belikan
laptop baru. Sebab harganya mahal wooo..
Pernah terjadi kat laptop lama aku. Laptop Acer bersaiz 14 inci, harga masa beli RM2,599. Time tu aku
agak aktif guna laptop tanpa penggunaan Notebook Cooler Pad. Masa menaip memang
terasa la jugak panas kat keyboard tu, tapi ON je menaip. Tetibe…tup! Laptop
terpadam! Bila di tekan ON, laptop dah tak mau hidup lagi. Nervous giler!
Banyak weh data kat dalam laptop tu.
Lepas tu hantar laptop tu kat kedai, suruh orang kedai check
apa masalah laptop tu tak mahu ON. Bila dibedah siasat, orang kedai kata motherboard rosak sebab terlampu panas
(overheating motherboard). Lepas tu dia suggest, better beli laptop baru
daripada gantikan motherboard rosak. Pasal, harga motherboard pun mahal,
lagipun tiada jaminan motherboard baru akan berfungsi dengan baik. Takut 1-2
tahun je pakai tetibe jadi problem.
La sudah! Terpaksa aku beli yang baru. Korek duit lagi. Nasib
baik jumpe notebook murah. Semestinya brand Acer pilihanku. Acer Aspire One D270 yang bersaiz 10.1
inci pada harga RM998. So, dah belajar dari pengalaman, aku pun sentiasa pakai
Notebook Cooler Pad untuk kasi sejukkan laptop.
Kalau kat tempat korang tu agak panas, aktif menggunakan
laptop dan korang sayangkan laptop, korang belilah
alat penyejuk laptop. Ini langkah pencegahan. Kalau laptop buat hal,
runsing pulak kita jadinya. Nak hantar ke kedai pun perlu duit lagi, bayar
service mereka, belum lagi bayar gantian komponen dalam laptop tu. Sekian, hihihi..
Mesej dibawa oleh pengguna tegar laptop.
6 comments
notebook cooler pad ini memang perlu...
:) selamat pagi
singgah pagi
anum pun guna
sangat diperlukan bila buat kerja atau men game x behenti2
Barang laptop lama boleh lagi guna tu. Mcm harddisk, ram....sbb cuma motherboad saja yg rosak.
saya pakai kipas berdiri je...buka laptop je sejuk, tuan laptop pun sejuk sama :p
EmoticonEmoticon