Makanan Ini Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri

Makanan Menambah Kesuburan Lelaki & Wanita Cepat Dapat Anak

Bagi setiap pasangan yang inginkan cahaya mata, kepentingan dalam memastikan pengambilan makanan yang sihat adalah penting. Makanan sangat penting untuk semua peringkat usia, dari baru berkahwin, ibu mengandung dan semasa berpantang dan menyusu badanIni adalah kerana apa yang berlaku pada sekarang adalah bergantung kepada apa yang anda makan sebelum ini. Kita adalah apa yang kita makan. Makanan kita hari ini akan menjadikan kita di hari esok

Jadi, bagi memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. 
Jadi perlu sebagai ibu bapa kita menerapkan pemakanan yang sihat dalam diri kita terlebih dahulu.

Namun begitu, terdapat juga pasangan yang sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Bila membuat pemeriksaan dengan doktor pakar, doktor memberitahu bahawa kedua-dua pasangan adalah subur. 

Pelbagai kaedah telah dilakukan, namun tidak berhasil. Pernahkah anda terfikir bahawa, cara pengambilan makanan, mungkin antara penyebab anda sukar mendapat anak? 


Jika anda menjawab Ya, mari kita kenali apakah makanan yang boleh meninggikan peluang mudah mengandung.


Makanan Yang Meningkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita

1. Produk Tenusu Seperti Susu, Keju, Yogurt & Ais Krim

makanan tenusu untuk kesuburan lelaki wanita, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee

  • Kalsium adalah antara nutrisi yang penting bagi perempuan dalam semua tahap kehidupan, termasuk kehamilan.
  • Kalsium sangat penting untuk kesihatan gigi dan tulang lelaki dan wanita.
  • Kebanyakan ibu hamil memahami betapa pentingnya untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi bagi menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan serta kegunaan tubuhnya sendiri.
  • Tanpa kalsium yang mencukupi dari makanan, risiko untuk kerosakan gigi dan sakit sendi lebih tinggi
susu untuk gigi dan tulang kuat
Senyuman tidak lagi menawan dan cantik di pandang
  • Kalsium sangat penting dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  • Pasangan yang mahu mendapat zuriat, perbanyakkan pengambilan sumber kalsium seperti makanan yang kaya dengan lemak susu, seperti susu, yogurt, aiskrim dan keju.
  • Ia bukan setakat memperkuatkan tulang, malahan sistem reproduksi wanita juga dapat meningkat.
  • Walaupun perhubungan pengambilan kalsium dengan membantu tahap kesuburan wanita belum dapat difahami, namun sudah banyak kajian yang dilakukan yang menjurus kepada kebaikan pengambilan kalsium boleh menyihatkan reproduksi wanita.
  • Wanita yang ingin hamil, perlu mengambil sekitar 1,000 mg Kalsium setiap hari, iaitu sama dengan 8 auns gelas susu.
  • Ini memang masalah kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia kerana susu bukan minuman ruji.
  • Memang ramai dari kita yang berasa loya dan tidak gemar akan rasa susu.
  • Antara alternatif adalah mengambil suplemen kalsium berkualiti tinggi seperti Ostematrix daripada Shaklee.
ostematrix makanan untuk kesuburan lelaki dan wanita, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee

  • Ostematrix di adun dengan ramuan khas kalsium dan vitamin D dan mineral molybdenum, zink dan lain lain untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  • Hanya telan 2 ke 4 biji ostematrix sehari untuk keperluan kalsium harian yang di perlukan tubuh.
  • Kajian terbaru yang menyimpulkan bahawa pengambilan susu yang tinggi lemak dapat membantu meningkatkan kesuburan, berbanding jika mengambil susu yang rendah lemak.
kalsium untuk cepat dapat anak
  • Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, pengambilan susu yang rendah lemak, boleh menurunkan tahap kesuburan wanita.
  • Jadi pilihan terbaik adalah mengambil susu segar berbanding susu tinggi kalsium dan rendah lemak untuk diet harian yang cemerlang.

2. Karbohidrat Kompleks

  • Pengambilan karbohidrat seperti biji-bijian, dapat membantu meningkatkan kesuburan, tidak seperti karbohidrat yang ditemui di dalam roti buatan atau nasi putih.
karbohidrat untuk kesuburan suami isteri
  • Dengan pengambilan karbohidrat dari sumber buatan ini, boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin dalam badan.
berat badan untuk kesihatan dan kesuburan

  • Peningkatan gula dalam darah serta insulin boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi, samada boleh menunda atau mencegah pengovulan.

3. Buah dan sayuran berwarna cerah

  • Buah dan sayur adalah sumber gizi yang sangat penting, tak kira lelaki atau wanita.
buah buahan untuk makanan kesuburan
Buah buahan kaya dengan khasiat vitamin serat dan mineral yang diperlukan badan untuk kesuburan dan sistem pembiakan
  • Selain dari kaya dengan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas.
  • Ketika radikal bebas berkumpul di dalam tubuh, mereka boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk mengganggu hormon reproduksi.
  • Pengambilan buah-buahan dan sayuran dapat menghilangkan racun yang dapat mengganggu pengovulan.
  • Semasa membuat pemilihan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda perlu memilih yang berwarna cerah.
  • Umumnya, semakin cerah warnanya, semakin banyak kandungan nutrisi.
  • Buah beri adalah antara buah yang sangat bergizi. Makanan ini membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan dan membantu mencegah penuaan sel.
  • Buah bukan sahaja boleh mempengaruhi tubuh anda, malahan, ia juga mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem reproduksi anda

4. Daging ayam

  • Daging ayam sangat penting kerana ia memiliki tinggi protein dan zat besi, yang penting untuk wanita yang ingin hamil.
protein daging ayam untuk kesuburan suami isteri
  • Besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan selama kehamilan.
  • Meskipun zat besi dan protein dapat ditemukan dalam produk bukan haiwan, tetapi terdapat perkaitan antara protein haiwan dengan peningkatan tahap kesuburan.
  • Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih cenderung untuk mandul berbanding mereka yang banyak mengambil zat besi yang mencukupi
  • Anda perlu memilih daging haiwan tanpa lemak, dan memasak ayam tadi dengan cara memanggang, dan bukannya digoreng atau yang tinggi lemak.
  • Walaupun daging ayam bagus, tetapi Ayam non organik banyak mengandung antibiotik dan hormon. Ayam ini disuntik dengan hormon semasa pembesaran di ladang supaya cepat matang dan sedia di jual.
  • Kesan antibiotik dan hormon dalam daging ayam tidak organik ini merugikan dan menggangu keseimbangan hormon dan kesihatan.
ESP Shaklee membekalkan protein zat besi kesuburan, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
ESP Shaklee membekalkan protein dan zat besi untuk kesuburan dan kesihatan badan. Bebas dari racun perosak, antibiotik dan suntikan hormon
  • Adakah anda ingin tahu makanan lain yang meningkatkan kesuburan di kalangan wanita? Apa yang anda perlukan adalah makanan yang kaya besi. 
  • Zat besi adalah salah satu daripada khasiat utama yang perlu ada dalam diet makanan untuk meningkatkan kesuburan anda. 
  • Kebanyakan pelan diet kesuburan termasuk makanan yang kaya dengan besi seperti kacang, sedikit daging tanpa lemak dan sayur-sayuran hijau. 
  • Doktor memang menyarankan pasangan yang ingin hamil untuk mengambil suplemen zat besi untuk pesakit-pesakit mereka. 

5. Telur

  • Telur juga dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduksi.


tlur makanan untuk cepat dapat anak
  • Ini kerana, telur kaya dengan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin.
  • Kolin adalah penting untuk di ambil sebelum dan saat kehamilan, kerana ia meningkatkan kemampuan tubuh menyerap asid folik.
  • Asid folik sangat penting bagi tempoh perancangan dan awal kehamilan, bagi mencegah bayi yang lahir cacat saraf seperti spina bifida.
  • Pengambilan sehari sebiji telur dapat meningkatkan kadar kolin yang mencukupi untuk meningkatkan penyerapan asid folik sebanyak 2 kali ganda.

6. Sayuran hijau

  • Selain semua antioksidan yang ditemukan dalam sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung, sayuran ini juga kaya dengan zat besi
sayur sayuran untuk kesuburan lelaki dan wanita

  • Zat sangat penting untuk membantu dalam peredaran kitaran haid yang seimbang, kerana kebanyakan wanita yang kekurangan zat besi, cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid yang teratur
vitalea makanan tambahan untuk kesuburan, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Bagi yang tidak suka makan sayur, seperti suami saya. Vitalea boleh membantu membekalkan keperluan 12 vitamin dan 7 mineral badan. Terutama zat besi
  • Dengan menambah pengambilan sayuran berdaun hijau ke dalam menu harian, dapat meningkatkan kadar zat besi dalam tubuh

7. Kekacang dan biji-bijian

  • Kekacang dan biji-bijian di cerna dengan lebih perlahan di dalam tubur.
bijiran dan kekacang untuk kesuburan
Kekacang dan bijiran bagus untuk snek dan lazat di makan. Juga baik untuk kesuburan
  • Ia membantu mengatur peningkatan insulin dan meningkatkan ovulasi.
  • Selain daripada itu, kekacang dan biji-bijian juga mengandungi lemak omega 3, yang membantu secara langsung pada peningkatan hormon.
  • Kekacang dan biji-bijian memiliki tahap antioksidan yang sangat tinggi.
  • Selain menghilangkan radikal bebas, antioksidan turut membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengurangi kemungkinan tubuh warna menolak sperma suami.
berat badan dan obesiti di malaysia

  • Kita semua tahu bahawa bijirin boleh membantu kawalan individu dengan berat badan mereka. 
  • Apabila seorang wanita dapat mengawal berat badannya, meningkatkan kemungkinan beliau menjadi hamil. 
obesiti dan produk kesuburan

  • Ini adalah kerana masalah kesuburan adalah biasanya dikaitkan dengan obesiti. Selain daripada fakta-fakta tersebut, mereka adalah sumber-sumber baik karbohidrat kompleks yang banyak merujuk kepada sebagai “baik karbohidrat”. 
  • Roti gandum, gandum, quinoa, oatmeal dan beras merah diketahui untuk melepaskan gula ke dalam aliran darah secara beransur-ansur tidak seperti lain-lain sumber. Ini bermakna bahawa anda tidak perlu bimbang tentang peningkatan secara tiba-tiba gula dan insulin dalam darah. 
makanan berserat dan kseuburan lelaki dan wanita

  • Bahawa pertambahan jumlah insulin dan gula yang tertentu yang boleh menjejaskan kesuburan anda menjadi menghalang itu dari berlaku.

8. Minyak Zaitun

  • Omega 3 memiliki kesan yang tinggi kepada peningkatan tahap kesuburan.
minyak zaitun untuk kesuburan hamil
Minyak zitun juga tergolong dalam pemakanan sunnah
  • Omega 3 biasanya ditemui di dalam minyak zaitun
produk kesuburan minyak ikan omega 3, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Minyak ikan juga kaya dengan Omega 3. Aternatif kepada minyak zaitun. Minyak ikan juga kaya dengan DHA untuk minda yang cerdas. Kami sekeluarga amalkannya
  • Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat membantu meningkatkan kuantiti, tidak kira sperma atau telur wanita, dan merupakan sebahagian diet yang penting dalam meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki, terutamanya mereka yang ingin hamil
9. Pengambilan Air Kosong Yang Mencukupi
air untuk kesihatan dan kesuburan
  • Seperti yang anda mungkin sudah tahu, air adalah penting untuk badan kita kerana ia membantu dalam pembersihan tubuh dari toksin dan diisi cecair dalam sel-sel kita. 
  • Minum lebih banyak air membantu pengeluaran sperma dan keaktifan dan perwatakan. 
vitamin bcomplex untuk kesuburan, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Vitamin bcomplex memerlukan medium air untuk di bawa ke seluruh badan. Ia vitamin larut air. Vitamin C juga memerlukan air untuk larut d dalam badan


vitamin c untuk kesihatan, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Vitamin larut air tidak dapat di simpan di dalam badan. Ia perlu diambil setiap hari untuk memenuhi keperluan harian. Produk Vitamin C Shaklee  membekalkan pembebasan vitamin c secara sekata sepanjang hari
  • Bagaimana anda tahu jika anda tidak akan minum air yang cukup? 
Lihat warna air kencing, sekiranya air kencing itu tidak jelas dalam warna, menunjukkan air minum yang tidak mencukupi. 


10. Makanan Yang Kaya Antioksidan & Pelawas

Boleh anda fikirkan apa-apa yang kaya dengan serat dan antioksidan? Ya, sayur-sayuran dan buah-buahan segar bukan sahaja membantu meningkatkan kesihatan kita secara keseluruhan, mereka juga boleh menyumbang dalam meningkatkan kesuburan. 
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrien penting dalam meningkatkan kesihatan reproduktif. 
  • Tambahan pula, sesetengah sayur-sayuran berdaun hijau serta buah-buahan sitrus mengandungi banyak asid folik. 
  • Adakah anda tahu bahawa asid folik adalah salah satu nutrien yang diperlukan oleh tubuh wanita kerana dia cuba untuk hamil? Ia boleh membantu mengurangkan kemungkinan kecacatan kelahiran.


Khasiat Dan Zat Di Perlukan Lelaki & Wanita Untuk Kesuburan

1. Asid Folik
  • Asid folik terbukti sangat mempengaruhi keadaan bayi yang dikandung
  •  Mengurangkan 70% risiko untuk bayi menghidap Spina Bifida. 
vitamin bcomplex untuk kesuburan, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Vitamin bcomplex Shaklee dilengkapi Asid Folik dan Biotin serta rangkaian vitamin b yang lain. Kualiti vitamin bcomplex di tentukan oleh kandungan asid folic dan biotin nya. 

2. Zink

  • Zinc adalah antara nutrient yang penting untuk lelaki & wanita. 
  • Zink adalah mineral surih yang semulajadi. Bermakna ia mesti diambil dalam kuantiti kecil untuk kesihatan
  • Zink ditemui dalam makanan seperti kekacang, biji benih, debunga lebah dan rumpai laut. 
zinc complex untuk kesuburan lelaki wanita, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Produk Zinc complex dari Shaklee untuk kesuburan dan kesihatan
  • Ia juga merupakan antara nutrien asas yang penting dalam pembentukan genetik tubuh badan. 
  • Kekurangan zink menyebabkan perubahan kromosom sama ada untuk lelaki & wanita
  • Antara penyebab kurang kesuburan dan meningkatkan risiko untuk keguguran ibu hamil
  • Zink amat mustahak untuk tubuh mengoptimumkan hormon kesuburan, seperti estrogen dan progestron.
  • Zink ditemui dalam air mani lelaki yang kaya dengan sperma. Dengan meningkatkan pengambilan zink, suami akan dapat  menghasilkan sperma dalam air mani suami yang berkualiti.
  • Zink diperlukan untuk membentuk lapisan luar sperma dan ekor sperma itu sendiri. Jadi pastikan makanan kita mengandungi zink untuk pembentukan sperma yang normal yang sihat. 
  • Kekurangan zink dalam diet lelaki akan menyebabkan bilangan sperma dalam air mani lelaki turun & kualiti sperma juga terjejas
  • Kesan-kesan sampingan pengambilan zink berlebihan termasuklah muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit. 
  • Anda mesti ambil perhatian bahawa penggunaan lebihan zink akan mengganggu penyerapan mineral lain dalam badan anda. 
Walaupun makanan tertentu seperti tiram mempunyai kuantiti zink yang baik, pengambilannya untuk bekalan zink tidak digalakkan kerana kandungan logam berat dalam makanan laut.
tiram untuk makanan kaya zink
Siapa mampu dan lalu makan tiram hari hari untuk bekalan zink harian?

Jika tidak dibersihkan dengan betul, tiram juga boleh membawa bakteria, patogen ditanggung air, pencemaran laut dan juga logam berat seperti merkuri dan plumbum, yang boleh membawa kepada keracunan. 


Lebih di galakkan mengambil supplemen zink complex shaklee untuk sumber zink yang bersih halal dan selamat.

Hanya makan 2 biji zink complex Shaklee untuk kesihatan dan kesuburan sistem pembiakan


3. Selenium

  • Selenium adalah bahan antioksidan yang membantu menolong untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal-radikal bebas. 
produk kesuburan vitamin e shaklee, Makanan menambah kesuburan cepat dapat anak, makanan menambah kesuburan wanita, makanan untuk tambah kesuburan wanita, makanan yang meningkatkan kesuburan wanita, Shaklee, Set Subur Shaklee
Produk vitamin E Shaklee mengandungi unsur selenium untuk kesuburan. Ia juga selamat di gunakan
  • Selenium boleh mencegah kronosom dari terpecah belah, iaitu sebab yang menjadikan bayi cacat dan keguguran. 
  • Paras selenium yang baik juga membantu pembentukan sperma yang sempurna. 
  • Kajian menunjukkan bahawa kadar selenium yang rendah dijumpai dalam air mani yang rendah bilangan spermanya.

4. Vitamin E
  • Vitamin E pun merupakan anti oksidan yang meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita.
vitamin e untuk cepat dapat anak

  • Ia juga bagus untuk kesihatan jantung dan membantu pembekalan oksigen yang mencukupi untuk sistem peranakan
  • Lelaki yang manjalanai IVF Treatment (Rawatan Kesuburan In Vitro atau di kenali sebagai bagi tabung uji) yang mengambil Vitamin E berjaya meningkatkan tahap kesuburan dari 19% kepada 29%.

5. Vitamin C

vitamin c makanan buah citrus
Buah oren mengandungi kandungan vitamin c yang baik untuk kesuburan suami isteri
  • Vitamin C membantu meningkatkan kualiti sperma, dan melindungi DNA dari rosak.  
  • Vitamin C juga mengurangkan risiko sperma untuk berkompol, lalu meningkatkan kadar pergerakan dan keaktifan sperma untuk berenang menuju ovum di dalam tubuh wanita untuk persenyawaan.
  • Vitamin c juga memberikan rawatan resdung terhadap penghidapnya.

    Makanan Yang Perlu Dielakkan Wanita Untuk Kesuburan



    Kehamilan adalah sesuatu ciptaan indah dari tuhan yang diciptakan oleh-Nya untuk manusia.
    makanan yang perlu dieelakkan untuk kesuburan
    Elakkan makanan di bawah untuk meninggikan peluang mudah hamil
    Ada orang yang senang hamil, ada orang yang memerlukan usaha yang gigih untuk hamil.

    Selalunya orang akan cari mana-mana ubat, tempat berurut, rawatan kesuburan untuk hamil.

    Tetapi tahukah kita aspek pemakanan juga perlu dijaga.

    Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh kita kuat dan mampu menampung keperluan bayi di dalam kandungan.

    1. Makanan Segera/ makan proses

    • Diet anda adalah sangat penting untuk kesuburan anda. 
    • Makanan segera/ proses termasuk makanan segera sangat tinggi kandungan garam, lemak dan bahan perisa makanan. 
    • Sudah diketahui sangat tidak elok jika di ambil secara berlebihan.
    • Terdapat banyak makanan diproses luar sana yang mempunyai sedikit atau tiada kandungan nutrisi dan mengandungi banyak bahan tambahan tiruan atau pewarna. 
    • Bahan kimia ini diketahui menyebabkan masalah kemandulan.
    • Pewarna makanan tertentu seperti Tartrazine sangat toksik dan kini ianya perlu dilabelkan dengan jelas pada makanan Berbungkus. 
    • Bahan kimia ini menyebabkan masalah kesuburan di kedua-dua lelaki dan wanita, dan harus dielakkan.


      2. Makanan yang manis dan enak sememangnya berbahaya kepada kesihatan.

      • Hasil kajian mendapati, pengambilan makanan manis sama bahayanya dengan merokok.
      • Seorang pakar kesihatan, Simon Capewell dari Universiti Liverpool, England berkata, pengambilan makanan manis mempunyai hubungan dengan peningkatan berat badan dan obesiti.
      • Walaupun gula tidak mengandungi lemak, namun ia dapat menaikkan berat badan seseorang.
      • Dalam laporan Medis Xpress, Capewell mendapati, obesiti mempunyai hubungan dengan berjuta-juta kematian akibat penyakit jantung dan diabetes setiap tahun.
      • Hal itu boleh dicegah dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula
      • Pesakit gastrik tidak boleh membiarkan perut lapar. Jadi elok makan makanan berserat tinggi dan lambat di hadam

      3. Makanan Dan Minuman Berkafein 

      • Kadar pengambilan kafien yang tinggi akan mengurangkan tahap kesuburan.  
      • Kajian mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan setengah tahap kesuburan. 
      • Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.

      4. Dadah/ Ubat Sintetik

      • Ubat sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan.
      • Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. 
      • Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). 
      • Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.

      5. Racun atau Toksin Dari Makanan

      • Antara penyebab utama kemandulan lelaki dan wanita ialah makanan yang tercemar dengan racun perosak dan hormon dalam makanan bukan organik. 
      • Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. 
      • Elakkan atau kurangkan makan di luar sekiranya dapat dielakkan
      • Sayur sayuran yang hendak dimasak sekurang-kurangnya perlu dibasuh dan dibersihkan dengan baik sebelum memasak atau penggunaan. 
      • Sayuran dan makanan organik (ditanam tanpa menggunakan racun dan baja kimia) amat di galakkan sebagai alternatif.
      • Makanan organik bukan sahaja bebas daripada pengubahsuaian genetik, ia juga mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan selamat untuk dimakan
      • Toksin boleh mengganggu kesuburan.

      6. Nikotin Dari Rokok

      • Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). 
      • Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. 
      • Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda
      • Toksik dari rokok merosakkan telur wanita, mengganggu kesuburan dan menyebabkan ovari anda terlebih matang. 
      • Ovari perokok berusia 35 tahun berfungsi seperti ianya milik wanita berusia 42 tahun oleh itu ia kurang subur. 
      • Merokok boleh merosakkan kesuburan anda tetapi jika anda tidak merokok , anda akan mendapat fungsi ovari tersebut semula.

      7. Minuman Beralkohol

      • Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. 
      • Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 
      • Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan


      8. Minuman Sejuk & Berais

      • Orang dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. 
      • Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku.

        Cara Dan Petua Gaya Hidup Yang Tidak Baik Untuk Kesuburan Lelaki & Wanita

        Ramai dari kita tidak sedar tentang keburukan amalan yang di lakukan seharian terhadap kesuburan suami isteri.

        Lelaki dan wanita perlu mengelakkan perkara di bawah supaya peluang untuk mudah hamil lebih tinggi.

        1. Elakkan menggunakan komputer melebihi lima jam sehari.

        Jika pekerjaan memerlukan anda duduk berjam-jam lamanya di depan komputer, sebaik-baiknya anda segera mencari aktiviti lain.

        Kajian mendapati, perbuatan menggunakan komputer terlalu lama dapat menyebabkan seseorang mengalami kemurungan.

        Dalam kajian ke atas 25,000 orang pekerja, ramai antara mereka mengeluh kerana berasa tertekan, cemas dan sukar bangun tidur pada keesokan paginya.

        Mereka juga mendapati, kualiti tidur terganggu dan sukar berkomunikasi dengan rakan sepejabat.

        Kajian oleh para penyelidik di Universiti Chiba, Jepun itu menyimpulkan bahawa pihak atasan perlu mengehadkan waktu untuk kakitangan mereka bekerja di depan komputer.

        “Hasil kajian ini menunjukkan gangguan mental dan tidur yang berpunca daripada penggunaan komputer. Waktu maksimum untuk tujuan itu disarankan tidak lebih lima jam sehari,” ujar salah seorang penyelidik, Dr. Tetsuya Nakazawa.

        2. Mandian air panas

        • Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. 
        • Tapi awas! suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. 
        • Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.

        3. Pencuci Intim Wanita

        • Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. 
        • Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. 
        • Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'


        4. Amalan Pemakanan

        Elakkan mengawal diet anda secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan

        5. Obesiti dan Masalah Berat Badan Tidak Ideal

        12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan.

        Berat badan berlebihan bukan sahaja menjadikan kita kurang stamina untuk hubungan intim suami isteri.


        Malah ia juga secara tidak sedar mengganggu fungsi tubuh.


        Bagi wanita yang mempunyai berat badan yang tidak sihat disebabkan lemak badan berlebihan.


        • Badan kita akan menghasilkan beberapa hormon yang boleh mengganggu proses ovulasi.
        • Ini menyebabkan kesuburan wanita terganggu dan peluang untuk anda hamil semakin tipis.
        • Disebabkan kitaran menjadi kurang teratur dan kurang berovulasi.

        Baik, jangan salah faham ya.


        Lemak di perlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik.


        Jika badan berlebihan lemak dan obes, kesuburan akan menurun seperti dikongsikan sebelum ini.


        Sekiranya kita terlalu kurus dan kurang lemak dalam badan, peluang untuk hamil juga akan terganggu.


        Kurang lemak pada badan bermakna badan menyebabkan tubuh tidak menghasilkan hormon yang mencukupi untuk mengovulasi setiap bulan atau untuk mengekalkan kehamilan.


        Senaman boleh menolong untuk mengekalkan berat badan yang sihat akan tetapi jangan terlebih melakukannnya.

        6. Terlalu aktif sukan/ aktiviti fizikal

        Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal.

        Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.


        • Wanita yang bersenam dengan terlalu kuat seperti berlari dengan laju atau pesaing atlet akan berhenti berovulasi atau kurang berovulasi. 
        • Peningkatan risiko keguguran jika senaman berlebihan. 
        • Sebelum anda cuba untuk hamil berbincanglah dengan doktor anda tentang rutin bersenam yang sesuai dilakukan.


        Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.


        Sebaliknya, berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.


        Tapi berita baik bagi masalah ini ialah - kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.

        6. Seluar Dalam Ketat

        Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi.

        Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki


        7. Tukar Produk Penjagaan Peribadi Yang Lebih Selamat Dan Dari Sumber Semulajadi


        Lelaki dan wanita moden bekerjaya amat menitikberatkan penjagaan penampilan.


        Mereka mahu tampil lebih kemas dan berketrampilan sesuai dengan status dan kerjaya.


        Barangan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan mendapat permintaan tinggi dari lelaki dan wanita.


        Malangnya pada hari ini produk kecantikan  tersebut mengandungi bahan kimia seperti sodium lauril sulfat, parabens, pewarna tiruan, wangian yang dikilang.


        Produk-produk penjagaan peribadi seperti buih bercukur, washes badan, sabun, syampu dan penghawa, gel, spray rambut dan banyak lagi yang benar benar selamat di gunakan amat sukar di cari.


        Sebagai alternatif, suplemen kecantikan dalaman dan juga barangan penjagaan kulit luaran untuk kulit yang cantik dan badan yang sihat.


        Pada masa yang sama tidak menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita untuk cepat hamil


        Dan ia terbukti selamat dan bebas daripada kandungan bahan kimia yang memudaratkan.


        Bahan kimia ini boleh menyebabkan masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.


        Oleh itu adalah disyorkan bahawa anda menyemak bahan-bahan dalam produk penjagaan diri anda dan mengelak daripada membeli atau menggunakannya jika ia mengandungi bahan kimia ini.

        Pandangan Doktor Pakar Tentang Makanan Yang Menggalakkan Kesuburan

        Menurut sebuah artikel yang di terbitkan di akhbar Utusan daripada ruangan soal jawab bersama Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

        Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)


        Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang


        Dr Nik Hazlina mengatakan amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.


        Katanya lagi, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.


        Kemudian beliau mengulas keperluan pengambilan vitamin juga mengikut kadar yang telah digariskan. 
        Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.

        Antara contoh vitamin yang larut air adalah vitamin b komplex dan vitamin c. 
        Jadi makan menurut sukatan dan tidak belebihan kerana badan hanya akan menyerap mengikut keperluan harian.

        Prof Nik Harlina juga menekankan bahawa sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A, D, E dan K. 
        Di akhir artikel beliau menekankan amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan.

        Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

        2 comments


        EmoticonEmoticon