Masalah Kekeringan Idea Update Entry Blog
Sebagai penulis blog, kerap kali kita
dilanda sindrom kekeringan idea. ‘Oh takde idea la nak buat entry’. Idea stuck, otak blank, fikiran buntu dan
banyak lagi sebab penyebab punca kita kehilangan idea. Ada kalanya ketiadaan
idea itu menjadikan blog kita sunyi sepi tanpa entry terbaru.
Malah aku sendiri sering kali diserang
kekeringan idea nak update blog. Tambahan lagi kekangan masa beronline, lagi
menambah cabaran diriku konsisten dalam berblog. Sabar k, ada caranya untuk
mengatasi masalah kekeringan idea. Nak tahu?
Tips Elak Kekeringan Idea Dan Cara Mencari Idea Menulis Blog
1.
Bertenang dan set minda positif
Tenangkan fikiran dan jangan terlalu
memikirkan masalah yang dihadapi. Punca utama kita mengalami sindrom kekangan
idea ini disebabkan emosi kita sering terganggu. Justeru, sebelum menaip di
hadapan komputer, pastikan minda kita dipenuhi dengan fikiran positif serta
tiada perkara yang boleh mengganggu fikiran. Bila kita dah bertenang, baru idea
dapat dijana dengan baik. Idea mencurah-curah nak update entry terbaru.
Menjadikan kita lebih fokus menaip entry blog.
2.
Jadikan objek sekeliling sebagai inspirasi
Dapatkan inspirasi daripada objek yang
ada di sekeliling kita. Carilah inspirasi daripada gambar, objek ataupun
kata-kata semangat daripada orang lain untuk mengolah sesuatu topik blog.
3.
Pilih topik entry blog yang kita minat
Topik yang dipilih berasaskan minat
boleh meningkatkan kreativiti dan menyebabkan idea kita bercambah dari semasa
ke semasa. Bila kita menyukai sesuatu topik, mudah bagi kita nak huraikan
isinya, lantaran itu menyuntik elemen kualiti dalam penulisan kita.
Itulah 3 cara yang aku sering gunakan
ketika mengalami kekeringan idea nak update blog. Jangan cepat berputus asa
jika kita kerap mengalami masalah ketiadaan idea. Cool je wokeh! Semua penulis blog
merasakan masalah yang sama dan ianya sudah menjadi lumrah dalam hidup sebagai
seorang blogger. Ada pelbagai cara untuk keluar daripada belenggu masalah ini.
Apa yang penting, kita sendiri harus bertindak segera mencengkam dada keyboard
blog untuk terus menaip dan menyiapkan entry terbaru blog. Happy berblogging!
17 comments
Thanks for the tips. Lagipun SR memang tengah kekeringan idea sekarang ni.. Nak cari idea untuk update blog :)
copy and paste..hehe
bagus bagi idea macam ni..saya pun now dah jarang buat entri sebab tak de idea.
nice sharing! cx plak byk benda nak up entry tp tak berapa nak ada masa. hahaha
ada masanya kita memang akan kekeringan idea..tak tahu nak tulis apa..boleh cuba tips ini..
kalau kering idea..kita basahkan.... ehh
thanks for the tips yumida..ni mmg tengah blurr ni
thanks a lot...memang tengah taktau nak cerita apa ni...benar2 membantu sekarang ni...^_^
thanks. mmg tips yg menarik :D
tips yang membantu,hehe :) tq! :)
thanks for the tips. ^_^
Tips yg bagus ni.. klu idea kelaut mmg susah.. fening.. :D
objek sekeliling tu mmg awesome.. sangat membantu.. :D
TQ sis for sharing with us. :D
objek sekeliling tu mmg awesome.. sangat membantu.. :D
TQ sis for sharing with us. :D
kmk suka belek balik gambar pusak. nang ada jak olah sidak nya. hehe
Nice sharing ;D
betul tue..selalunya Mv anak3 punya ceta lah jadi mangsa
EmoticonEmoticon