Perjanjian Bangsamoro

Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang penuh bersejarah ditandatangani di sini semalam yang memberi pengiktirafan terhadap kewajaran dan perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka untuk menentukan masa depan politik melalui satu proses demokratik yang akan menjamin identiti dan kemakmuran mereka.

Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang bermakna kepada Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia itu juga menyaksikan berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

“Ia akan membuka laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara rundingan berkaitan Persoalan Bangsamoro, dan dengan itu menamatkan konflik bersenjata antara kerajaan Filipina dan MILF serta memupuk keamanan dan kestabilan di rantau dunia sebelah sini,” demikian antara kata-kata yang terkandung dalam dokumen lima muka surat mengenai usaha untuk mencapai keamanan di selatan Filipina itu. 
Sumber: Kosmo Online

gambar Perjanjian Bangsamoro, isi Perjanjian Bangsamoro, kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Aquino (belakang, kanan) menyaksikan Ferrer (dua dari kanan) dan Mohagher Iqbal bertukar dokumen Perjanjian CAB di Manila, Filipina semalam. Turut kelihatan Murad (kiri).

Alhamdulillah. Perundingan membawa perdamaian kedua belah pihak. Antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Perjanjian Bangsamoro mewujudkan hubungan harmoni dan sejagat. Moga tiada lagi isu permusuhan.

8 comments

Assalamualaikum dik Yumida...Alhamdulillah perundingan berjalan lancar untuk kedamian kedua-dua pihak..

Semoga tiada lagi permusuhan antara bangsa Moro dan suasana di Selatan Filipina kembali aman dan tenteram...

Alhamdulillah. no more conflict please.

Dgn ni, harap bangsamoro akan lbh di lindungi.. xnak dgr lagi pbunuhan2 ni.. adoii..

mudahan hubungan sesama negara akan lebih aman lps nie

alhamdulillah.. moga ianya berterusan...

Assalamualaikum. alhamudllilah. rundingan berjalan dengan lancar~~~

bila tarikh perjanjian ini sebenarnya ?


EmoticonEmoticon