Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang
penuh bersejarah ditandatangani di sini semalam yang memberi pengiktirafan
terhadap kewajaran dan perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka
untuk menentukan masa depan politik melalui satu proses demokratik yang akan
menjamin identiti dan kemakmuran mereka.
Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang
bermakna kepada Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia itu juga
menyaksikan berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina dan
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
“Ia akan membuka laluan ke arah mencapai penyelesaian
politik secara rundingan berkaitan Persoalan Bangsamoro, dan dengan itu
menamatkan konflik bersenjata antara kerajaan Filipina dan MILF serta memupuk
keamanan dan kestabilan di rantau dunia sebelah sini,” demikian antara
kata-kata yang terkandung dalam dokumen lima muka surat mengenai usaha untuk
mencapai keamanan di selatan Filipina itu.
Perdana Menteri
Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Aquino (belakang, kanan)
menyaksikan Ferrer (dua dari kanan) dan Mohagher Iqbal bertukar dokumen
Perjanjian CAB di Manila, Filipina semalam. Turut kelihatan Murad (kiri).
Alhamdulillah. Perundingan membawa perdamaian kedua belah
pihak. Antara kerajaan
Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Perjanjian Bangsamoro mewujudkan hubungan harmoni dan sejagat. Moga tiada
lagi isu permusuhan.
8 comments
Assalamualaikum dik Yumida...Alhamdulillah perundingan berjalan lancar untuk kedamian kedua-dua pihak..
Semoga tiada lagi permusuhan antara bangsa Moro dan suasana di Selatan Filipina kembali aman dan tenteram...
Alhamdulillah. no more conflict please.
Dgn ni, harap bangsamoro akan lbh di lindungi.. xnak dgr lagi pbunuhan2 ni.. adoii..
mudahan hubungan sesama negara akan lebih aman lps nie
alhamdulillah.. moga ianya berterusan...
Assalamualaikum. alhamudllilah. rundingan berjalan dengan lancar~~~
bila tarikh perjanjian ini sebenarnya ?
EmoticonEmoticon