alhamdulillah...Jumaat tiba lagi
sekadar perkongsian utk kita bersama
mengenai JANJI
bila kita berjanji kpd seseorang..
bila seseorang berjanji dgn kita..
Agama Islam
tidak melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak
asalkan janji-janji itu ditepati dan ditunaikan khasnya dalam perkara-perkara
yang baik dan berkebajikan.
Firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 1:-
Tafsirnya :
Wahai
orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Perjanjian adalah
satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak
menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah
Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah
Ash-Shaff, ayat 2 – 3:
Tafsirnya :
Wahai
orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya.
Menepati janji
adalah sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Dan orang-orang mu’min yang
menepati janji akan diberi ganjaran yang sebenar-benarnya oleh Allah Subhanahu
Wataala iaitu ganjaran syurga firdaus. Sebagaimana firman Allah Subhanahu
Wataala dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 8 - 11:-
Tafsirnya :
Janganlah
engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan
yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata
Insya-Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan
katakanlah : mudah-mudahan Tuhanku memimpin ku ke jalan petunjuk yang lebih
dekat dan lebih terang dari ini.
Soalan apakah
perkataan “Insya-Allah” yang diucapkan itu sebagai janji yang mesti dipenuhi
mengikuti hukum syara'? Inilah yang menjadi kebiasaan di kalangan kita apabila
berjanji akan mengatakan “Insya-Allah” dengan maksud tidak memberatkan apa yang
dijanjikan itu atau dengan kata lain “Insya-Allah” itu diucapkan sebagai alasan
untuk tidak memenuhi janji.
Perlu diingat dan
difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, ini bererti ucapan “Insya-Allah”
itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji. Bahkan perkataan
“Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji
agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dibenci oleh Allah
Subhanahu Wataala. Walau bagaimanapun menyentuh perkataan “Insya-Allah” dengan
azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam,
kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan
izin Allah Subhanahu Wataala jua.
Betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soalan janji
oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji atau menerima janji.
Sumber: SINI