Jangan Gunting Rambut Anak Orang Sembarangan

Kengkadang pasal benda remeh pun boleh buat orang gaduh, bermasam muka, mengamuk sakan. Gara-gara gunting rambut anaknya. Ye, pasal gunting rambut je pun boleh buat sedara mara gaduh. Benda yang pernah terjadi kat kawan aku.

kerat rambut, gunting rambut, potong rambut, style rambut pendek, hairstyle, haircut
Aku suka rambut pesen macam ni, mudah nak urus
Masa tu kita orang form 6. Manakala sepupu dia ni perempuan, darjah 1. Al kisah sebab terlalu rimas dengan rambut sepupu dia yang ikal bergulung-gulung, mengerbang plus ada kutu. Dia pun gunting rambut sepupu dia pesen square. Tak ada la pendek sangat. Rambut cecah bahu. Cuma tak panjang la macam sebelum ni, mayang mengurai.

Tengah hari tu dia gunting rambut budak tu. Petang tu mak dia balik kerja, datang mengamuk ke rumah. Weh nebes aku weh! Pertama kali aku tengok orang mengamuk. Marah-marah kat kawan aku tu. Kerana rambut punya pasal lalu tak bertegur sapa. Hadoi..

Budak tu lepas gunting rambut aku nampak kemas sikit. Tapi mak dia tak suka. Ermm..susah jugak kan. Kadang-kadang kita rasa tindakan kita terbaik buat dia. Tapi..complicated la manusia ni kan..haha.

Sebaiknya, kalau kita nak gunting rambut anak orang, kita kena inform atau minta kebenaran mak ayah dia. Supaya tak terjadi macam cerita di atas. Lagi la kalau jumpa orang cerewet. Itu tak boleh, ini tak boleh. Err…lariiii..

2 comments

macam macam kan...tapi betul juga la...kena minta izin dulu, supaya xterjadi perselisihan...

hehe..kena la gtau mak dia tu dulu sebelum buat apa-apa kat anak dia. kang tak pepasal hehe


EmoticonEmoticon