Cashout Earning Nuffnang RM1,239.56

Alhamdulillah, rezeki lagi. Duit dah masuk bank bulan November ni. Selepas sebulan lebih menunggu ketibaan cheque Nuffnang. 30 September 2016, tarikh aku cashout hasil pendapatan beriklan bersama Nuffnang berjumlah RM1,239.56. Yey.. Baru update sekarang, selepas duit dimasukkan ke dalam akaun bulan November ni. Tambah duit tabung!

Jom buat duit dengan Nuffnang
Jom buat duit dengan Nuffnang

Atas tu masa aku cashout bulan September 2016. Tapiiii sebelum tu ada jugak cashout. Pada bulan Mei 2016 CASHOUT IKLAN BLOG NUFFNANG TOTAL RM1,106.81. Hanya selepas 4 bulan (Mei – September) cashout earning Nuffnang lagi. Best..best. Iklan Nuffnang ni even slow, tapi bila dikumpul-kumpul jadi banyak.

Cashout hasil iklan Nuffnang di blog jumlah RM1,239.56
Cashout hasil iklan Nuffnang di blog jumlah RM1,239.56

Berita gembiranya juga sebab earning Nuffnang RM1,239.56 adalah hasil gabungan 2 buah blog. Blog aku yang ni, blog Yumida dapat raih RM285.57 manakala blog baru aku yang baru berusia setahun lebih berjaya jana RM953.99. Bila ditambah keduanya total earning income Nuffnang berjumlah RM1,239.56.

Nuffnang ni makin banyak dapat kempen CPUV, earning makin masyuk tapi tu la nak dapatkan kempen CPUV tu bukan senang. Contoh macam blog Yumida aku tu, even selalu update, even update entry pelbagai jenis, tapi CPUV jarang singgah. Berlainan pula dengan blog baru aku: uWish, kempen CPUV sentiasa masuk. Jadi aku simpulkan kat sini, pemberian CPUV macam ikut nasib.

Bulan ni nampaknya CPUV makin menyempit. Haha..kan perasan tak. Sikit CPUV bulan ni. Harap-harap bulan depan, bulan Disember lebih banyak kempen CPUV ditawarkan. Selamat menjana side income dengan berblog, happy-happy berblogging semuanya. Assalamualaikum..

Jom jana income dengan berblog:

15 comments

Alhamdulillah..
Rezeki pendapatan pasif tu..

masyuknya nya sis...huuu tahniah..rezeki

Assalammualaikum,...yumida,

tahniah yer dapat cashout rezeki dengan nuffnang sentiasa ada.. Aminn... rezeki.

mselim3

Salam singgah....wahh...banyaknya...tahniah semoga sentiasa di murahkan rezeki lagi...

Alhamdulillah. akak punya mmg dh twrbantut xnak naik2. apsal ntah. huhu

tahniah.. camner ek handle 2 blog skali..hehe.. saya ni nak update 1 entry pun jenuh pk..hehe

Tahniah..
Cukup hebat dapat income dengan nuffnang sampai ribu2..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

wow masyuk nya akak...apa2 pun tahniah...blog akak memang hebat

banyak tuuuu... jeles kita. Ni tgh cari idea dan panduan nk tarik hati cik nuff... kiki


EmoticonEmoticon