Memandangkan
ada orang tanya, kena la jawab. Mana tahu bagi inspirasi pada orang lain nak
buat 1 lagi blog baru. Ni pengalaman aku sendiri la. Blog Yumida ni ditubuhkan
tahun 2009, blog baru aku uWish ditubuhkan tahun 2015, tahun
lepas.
Terima kasih pada yang bertanya. Ada jugak idea buat entry..hihi.. |
Manage
2 buah blog untuk konsisten update entry setiap hari…amatlah susah. Kalau
sebuah tu aku fokus, blog 1 lagi terabai. Lagi la kalau balik kampung. Kalau
cuti 2 minggu balik kampung, selama sebulan tu mood blogging aku ke laut.
Hilang keghairahan nak update blog. Baru-baru ni, hampir 2 bulan blog yang ni
tak dikemaskini gara-gara malas, tak ada mood nak up cerita dalam blog.
Tapiiiii…
Dalam
pada aku malas tu, ada la jugak rasa takut di hati. Takut income blog tak
masyuk. Haha..pandai takut! So, lepas berfikir panjang..aku jalankan strategi
berblog aku. Fokus pada blog baru dulu. Blog yang ni, blog lama hanya fokus
untuk entry personal contoh macam story kisah sendiri, kira macam diari la.
Blog
yang ni guna iklan Innity dan Nuffnang. Blog baru guna iklan Google Adsense dan
Nuffnang. Memandangkan income Innity agak slow nak naik so aku fokus blog baru.
Sebab target nak dapat income tiap-tiap bulan. Payment dalam bentuk USD tuuu…masyuk.
Dipendekkan
cerita, alhamdulillah apa yang aku rencanakan menjadi. Dengan blog baru, dah
beberapa bulan ni aku dapat bayaran RMxxxx hanya dari iklan Google Adsense,
berjaya raih income Google Adsense 4
angka. Dan aku dapati jugak income Nuffnang blog baru aku lagi masyuk dari
blog lama, blog lama susah nak dapat CPUV. Annoying betul. Blog baru murah
rezeki dengan CPUV. Azam 2016 aku telah berjaya, melepasi target yang aku nak. Nak
tahu apa azam berblog aku tahun ni, boleh refer sini: AZAM BARUKU
TAHUN 2016
Dua-dua
blog tu aku guna platform blogspot percuma. [xxxxxx.blogspot.com]. Means tak
berdomain la. Kalau berdomain kena bayar tahunan. Barang free harus digunakan
sebaiknya. Manfaatkan apa yang ada dengan semaksimumnya.
Kalau
korang serius nak jana side income dengan berblog, cubalah buat blog baru 1 lagi.
Semestinya memerlukan komitmen, pengorbanan masa dan wang ringgit. Kalau dibuat
dengan konsisten, inshaallah tercapai la hajat yang dikehendaki. Dah ada blog
baru try apply iklan Google Adsense. Tak pun blog lama korang tu mohon
G.Adsense. Kalau tak ada masalah, akan diluluskan. Bermulanya pengalaman
seronok bersama Adsense..
Sekian
sahaja perkongsian cara aku handle 2 buah blog. Nak buat blog baru senang, nak
maintain update tu yang susah. Moga kisah ni beri semangat buat u olls semua
dalam berblogging. Daripada kita layan Facebook berejam-rejam, buat blog boleh
jana income. Kannnn…
10 comments
menarik! tapi memang salute la sbb mampu control dua blog..satu blog pon saya dah kelam kabut..kalau dua..taktau la cmne..inshaAllah nak try jgk nanti..hehe
wow menarik
Assalamualaikum yanggg. Lama sheila tak bw sini. Sihat ke? Baby sihat? Waaa makin teror bab ni. Sheila dah 8 tahun blogging pun masih tak khatam bab earnings ni. Hihiii semoga terus dimurahkan rezeki ye yanggg ;)
Tahniah! Susah nak dapatkan income kalau tak konsisten tapi salute dengan akak!
barang free harus digunakan sebaiknya..sy suka ayat nie hahah,,buat apa nak bayar kalau ada yag free kan..
terima kasih utk tips ye kak dan tahniah
uishh hebat tuuu. saye yg 1 pun tercungap nk update
Apa2 pun nak komitmen tu..
AM pun ada 2 blog dan 1 blog lama dah bersarang dah x update..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
bestnya sis hehe
http://mellyacrayola.blogspot.com/
mood tidak menentu..boleh ke laut atau ke udara...
terpulang dengan kesempatan waktu yang ada ..
EmoticonEmoticon