Kedai One Stop SuperStore Murah + Ada Diskaun 30% Lagi. Yey..Murah Giler!!

Sudah la murah, boleh dapat diskaun lagi!! Bukan 10%, bukan juga 20% tapi boleh dapat diskaun dengan 30% untuk kesemua barang mainan! Itu yang syoknya shopping barang mainan baby di Kedai One Stop SuperStore. Semalam ramai yang tanya beli kat mana mainan baby Amirah, entry: Beli mainan baby diskaun 30 peratus. Ha, tu yang terhasilnya entry ni, kisah keistimewaan membeli-belah kat Kedai One Stop SuperStore.

One Stop SuperStore murah
One Stop SuperStore

Aku rasa kedai One Stop SuperStore di Mukah ni antara cawangan terbesar kat Sarawak. Kedainya 2 tingkat. Tingkat bawah jual barang mainan kanak-kanak, juga ada jual peralatan rumah macam pasu, pinggan, gelas, barangan elektrik, peralatan alat tulis, buku. Untuk tingkat atas pula, jual pakaian, handbag, selipar.

Besar eh kedai dia kat sini. Satu bangunan tu kedai dia. Kalau kat Kuching, kat Desa Ilmu Samarahan tak besar mana pun kedai dia. Kat sini, siap ada eskalator dalam kedai dia.

Kedai One Stop SuperStore selalu je buat sale. Setiap kali musim perayaan mesti ada promosi mega sale. Kengkadang diskaun 30% untuk pakaian, 30% untuk alat tulis, yang terbaru ni diskaun 30% untuk kesemua barangan mainan. Banyak eh barang mainan dalam kedai tu. Berlambak!

Benda yang buat aku suka shopping barang mainan kat Kedai One Stop SuperStore sebab harga asalnya memang dah murah! Kebanyakan barang mainan kedai ni barangan dari China. Termasuk juga segala pakaian. Bagus eh kualiti pakaian. Harga pun murah, mampu dimiliki semua. Lepas tu, ada diskaun lagi 30 peratus! Sale gila-gila punye la.

Bayangkan korang, tempat ni la korang habiskan duit dengan cara paling jimat!!!! Jadi, terbongkar la rahsia di mana aku shopping beli barangan mainan baby Amirah yang murah kaw-kaw punya tu.


EmoticonEmoticon