Sinopsis Drama Ajaibnya Cinta - Spain Uoolss

Sinopsis Drama TV3 Ajaibnya Cinta Sambungan Telefilem Spain Uoolss
Ajaibnya Cinta mengisahkan Halimatun (Nora Danish) anak gadis Mak Cun (Eirma Fatima) yang belajar di Spain. Gaya hidup Halimatun ala kebaratan. Siapa sangka, ibunya berjaya menjejak kaki ke Spain untuk menemui anaknya.

Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki

Selepas bersusah payah belajar berbahasa Inggeris dengan Pak Akob (Dato Rahim Razali), akhirnya Mak Cun berjaya menguasai bahasa asing itu. Misinya agar memudahkan dirinya sepanjang berada di Spain kelak. Pak Akob mempunyai perasaan terhadap Mak Cun. Namun, Mak Cun buat-buat tidak tahu.

Berita kepulangan Mak Cun dari Spain telah menggemparkan seluruh kampung. Seluruh kampung teruja menunggu kedatangan Mak Cun. Orang balik dari negara orang putih, mestilah semuanya tak sabar nak dengar cerita dari luar negara. Pak Akoblah orang yang paling gembira bukan kepalang! Buah hatinya dah balik!

Mak Cun turun dari teksi dengan bergayanya. Semua memandang Mak Cun dengan penuh kagum. Mak Cun mengagihkan ole-ole yang dibelinya dari Spain. Melihat Mak Cun yang dah balik, Pak Akob tersenyum kambing. Gembira sungguh hatinya.

Malam itu, dengan wajah sugul Mak Cun mengingati memorinya sepanjang berada di Spain. Hatinya cukup terluka dengan sikap Halimatun. Anaknya seperti tidak mengalu-alukan kedatangannya di sana. Gaya hidup anaknya juga seperti orang di sana. Sudah hilang ciri kemelayuan dalam diri anaknya. Malah tidak juga menggenakan pakaian kebangsaan Malaysia iaitu berbaju kurung.

Sepanjang di sana, Halimatun jarang meluangkan masa dengan emaknya. Masa yang penuh kelapangan itu, Mak Cun gunakan dengan menjual bedak sejuknya. Siapa sangka, produk kecantikan Mak Cun begitu laris di sana. Bedak sejuk buatannya sendiri. Mak Cun bangga dengan hasil usaha dirinya.

Namun, kegembiraan hati Mak Cun terhalang oleh Halimatun. Halimatun menegur ibunya agar tidak lagi menjual bedak sejuk. Dia malu kerana baginya, orang Spain hanya memperolok ibunya yang sungguh kekampungan bagi dirinya. Mak Cun sering berkecil hati dengan Halimatun.

Akif (Shaheizy Sam) merupakan teman rapat, teman istimewa Halimatun. Kerana Mak Cun, Halimatun bertekak dengan Akif. Ini kerana Akif telah memepertahankan ibunya. Hammara (Sharifah Amani) merupakan teman serumah Halimatun. Sejak akhir-akhir ini, Hammara jarang meluangkan masa bersama teman serumahnya. Dia lebih gemar mendengar ceramah di kelas agama.

Sikap Hammara yang banyak berubah itu menyebabkan rakan serumahnya terkesan dengan sikapnya. Bagi mereka, Hammara begitu obses dengan mendalami agama. Hammara juga mengajak Akif untuk turut serta menghadiri kelas agama.

Apakah misi Hammara bakal berjaya membuka pinta Akif dalam mendalami agama? Bagaimana pula hubungan Halimatun bersama ibunya, Mak Cun? Saksikan segalanya menerusi drama Ajaibnya Cinta di TV3.

 Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki
Drama Ajaibnya Cinta kesinambungan dari telefilem Spain Uoolss. Meh layan keletah comel Mak Cun yang begitu menghiburkan! Speaking London tuuu... Mak moden!

Pelakon Utama Drama Ajaibnya Cinta
Nora Danish - Halimatun
Shaheizy Sam - Akif
Eirma Fatima - Mak Cun
Sharifah Amani - Hammara

Pelakon Pembantu Drama Ajaibnya Cinta
Dato Rahim Razali - Pak Akob
Balkisyh Semundur Khan - Saidatul
Betty Rahmad - Maya
Norish Karman - Suzana
Mimi Ernida - Mia

Gambar Drama Ajaibnya Cinta
 Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki

Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta
Lagu: Ajaibnya Cinta
Penyanyi: Sa-Orang Lelaki

Saksikan drama Ajaibnya Cinta
Slot Lestary
Ajaibnya Cinta merupakan kesinambungan telefilem Spain Uoolss
Tarikh drama Ajaibnya Cinta mula ditayangkan: 18 Mac 2015
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon