Sinopsis Magic - Sinetron Astro Ria

Sinopsis Magic Sinetron Astro Ria 104

Magic mengisahkan 3 sekawan, dari golongan remaja yang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Aditya, Reza, dan Broki berkawan sejak kecil dan bersekolah di sekolah yang sama. Setia kawan di antara mereka sangat utuh.

Aditya, berwajak kacak, menaruh perasaan pada seorang gadis bernama Kimmy. Namun, Kimmy sudah mempunyai kekasih bernama Chris. Aditya hanya mampu memendam perasaannya. Kimmy menerima Chris sebagai kekasih hatinya selepas Chris membantu membayar pembedahan ibunya.

 Broki berasal dari keluarga Betawi asli, seorang yang kelam kabut. Manakala Reza pula begitu meminati bidang fotografi. Kerana itu, Reza tidak pernah berenggang dengan kameranya.

Suatu hari, ketika Aditya memerhati langit. Muncul hujan meteor. Hujan meteor disaksi bersama sahabat rapatnya iaitu Broki dan Reza. Tidak diduga, sebuah meteor jatuh di hutan tidak berapa jauh di belakang mereka. Mereka bertiga terkejut!

Kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak, Aditya, Reza dan Broki bergegas menuju ke lokasi tempat meteor tersebut jatuh. sah! Di depan mata mereka ada sebuah meteor yang jatuh terbenam ke dalam tanah! Mereka bertiga begitu tertarik dengan cahaya yang keluar dari meteor tersebut.

Tiba-tiba meteor memancarkan cahaya terang-benderang. Silau! Hingga menyebabkan mereka bertiga terpelanting dan tidak sedarkan diri. Keesokan harinya, Aditya, Reza, dan Broki merasakan sesuatu yang aneh terjadi pada diri mereka. Mereka dapat menggerakkan objek sekeliling tanpa sentuhan fizikal. Magic!

Bahkan mereka juga mampu memindahkan objek dengan hanya tatapan mata sahaja. Pada awalnya, mereka begitu bingung apa yang telah terjadi pada diri mereka. Secara perlahan-lahan mereka beradaptasi dengan kelebihan magic yang ada pada mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah kuasa magic ini akan digunakan oleh Aditya, Reza dan Broki sebaik mungkin? Sama-sama kita tonton Sinetron Magic di kaca tv saluran 104. Kredit: Magic

Jangan lupa saksikan Magic di kaca tv anda. Ketahui perkembangan Sinetron Magic:
Pelakon Sinetron Magic

Gambar Sinetron Magic

Sinopsis Magic, Sinopsis Sinetron Magic drama Astro Ria, review Sinetron Magic, gambar Sinetron Magic, pelakon Sinetron Magic

Saksikan Sinetron Magic
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 2.00 petang
Saluran: 104

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

Timing salah eh! Cuba jam lain, tok time tgk tv3 T.T haha