Antena TV: Sumsonic UHf/VHf Indoor TV Antenna

Semalam jenjalan kat kedai elektronik. Mula-mula nak survey kipas. Nak beli kipas yang besar sedikit. Coz kipas kat umah kurang deras anginnya.

Sampai je kat kedai tu, banyak sungguh barang-barang baru pelbagai jenama. Tengok washine machine muatan 9kg terus jatuh cinta. Tengok peti ais 4 pintu, harga ribu-ribuan jatuh cinta pandang pertama. Tengok tv, woo macam-macam visual! Tergodaaaaa!

Tetibe terpandang Antena TV atau dikenali arial tv. Automatik aku teringat kat bilik ada tv kecik. Hanya digunakan untuk main PSP je. Tetibe dapat idea. Nak beli! Boleh tengok channel kesukaan just dari bilik je.

Antena TV, gambar Antena TV, arial tv, kegunaan Antena TV, gambar Antena TV, arial tv, Sumsonic UHf/VHf Indoor TV Antenna Harga Antena TV: RM45.00 Harga promosi Antena TV sempena Gawai Promotion: RM40.00
Sumsonic UHf/VHf Indoor TV Antenna
Harga asal: RM45.00
Harga promosi sempena Gawai Promotion: RM40.00

See, ada penjimatan sebanyak RM5.00. Dengan 5 ringgit boleh beli macam-macam. Pembelian yang berbaloi di musim perayaan. Tak sabar nak test Antena TV ni kat umah. Umah kampung, agak jauh dari kawasan Bandar. Siaran tv pun kurang jelas kalau pakai antena tv biasa. Tu cina kedai yang cakap. That’s why dia suggest aku beli mahal sikit. Biar jelas antena tv ni tangkap siaran.

Tapi memang aku akui apa yang cina kedai tu cakap. Kat kawasan kampung aku, agak rendah capaian siaran tv. Even pakai arial tv setinggi langit tu. Tv tetap akan kelihatan seperti semut. Kurang jelas siarannya. So, tak menghairankan kalau orang kampung pasang Astro setiap rumah. Bukan pasal mereka kaya. Tapi tiada alternatif lain untuk mendapat siaran yang jelas. Dapat Antena TV: Sumsonic UHf/VHf Indoor TV Antenna ni, tak sabar nak pasang kat plug tv! Horey! 

21 comments

Nanti Yumida tak kuar bilik la yer :))

nak beli jugakkkkkkkkkkkkk la...

Teringat masa bujang dulu, duduk rumah sewa... antena dalam ni lah yg digunakan. Dulu orang xramai pakai astro tapi sekarang ni dah ramai sebab tu antena ni dah tak berapa nak clear gambarnya, semuanya dah ditarik oleh piring astro... Kalau kat kampung memang kena pakai astro kalau tak, tengok lebah aje le...

tv umah liz pn sama. nnti akak bgtau ye kalau berkesan

hehehe alhamdulillah bertambah kemudahan ya Yumida..

Best la blh nonton dlm bili sorg lps nie ..
Takder la yg berani ganggu siaran kita lg hehee

Kat bilik Muz pon ada tv, ariel pasang lua la, tp bila cuaca tak ok, siaran pon mcm bengong, Yumida share la mcm mana gambar bila dah guna ariel ni, kalau ok, Muz nak beli jugak..Hehe

Masa saya mula2 kawin & berpindah dulu, itulah antena yg menjadi kenangan berharga... nostalgia.. :D

nnti ada orang tak keluar bilik ler gamoknyer..hehe

Meh tengok siapa kena TAG
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-liza-izara-fazriel.html

insha Allah muz..tggu balik umah nanti
skg masih kat umah my mil

haha..sokong sgt
tu la nak x nak kena pasang astro
ada tv lebihan dlm bilik tu nak try antena ni. hope berjaya tangkap siaran

Hrp2 dpt la siarannya kan..klu ok, lps nih Yumida tgk tv kt bilik jelah..hehehe..

kalau dah malam tu tengok tv dalam bilik jelah ye..pastu terus tido...hehehe

mudah sgt ada tv kat dlm bilik tak payah berebut2 :D

Kt umh kta mula2 pkai juga antena cmni.. Line ttap x okay.. Last2 kna jgk psang astro.. Bru ok...

Amacam??? Dah pasang ok tak??? Kalu ok nak beli gak... rumah xde astro... pakai antena murah jer tp x bapr clear... beli kat mana ni???

beli kat kedai jual barangan elektrik
line depend dgn sesuatu kwsn, klo area bandar rasanya line xde masalah
cuma klo kat kpg line kurang jelas gak. suara tv jelas. gambar je ada gangguan


EmoticonEmoticon